Monday, July 27, 2009

Car Boot Sales


Sudah lama juga aku tidak ke 'Car Boot', namun kerana ajakan kuat daripada 'Uncle Z', jiran hadapan rumahku, aku, isteri dan dua orang anakku yang perempuan dan yang bongsu serta Dr. Syafa memanaskan enjin kereta menghala ke Doncaster, setelah singgah sebentar meninjau 'Car boot' di Walton Street dan North Cave. Ada kawan dari Norwich bermalam di Hull sempena cuti sekolah, waktu 'summer' begini, masing-masing mengambil peluang keemasan berjalan-jalan.

Akupun tidak pernah sampai ke bandar Doncaster, kerana aku sudahpun faham, keadaan jalan, bangunan dan persekitaran di UK hampir sama, melainkan ada tempat yang menarik yang menjadi daya tarikan utama.

Kami tiga kereta bergerak ke Doncaster, secara konvoi.

Hari Ahad, semalam, aku dan isteri hanya hendak mencari sedikit barangan lama iaitu cermin, bekas gula, garam (dibuat daripada kayu) untuk dihantar balik, 'shipping' pada bulan Ogos ini, apabila Dr. Safa dan suaminya sudah hendak berhenti bekerja di UK dan berhajat bekerja di tanah air.

Satu 'car boot' yang agak menarik ialah di Stadium Keepmoat di Lakeside. Boleh dikatakan pada waktu musim panas ini, hari Ahad ramai 'booters' menjual barangan mereka dan pengunjung berpeluang menawar dan menggembirakan keluarga, apatah lagi setelah selesai 'shopping', kami sempat makan beramai-ramai, dengan bekal yang dibawa dan diakhiri sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

'Car Boot Sales' menyediakan ruang atau inisiatif kepada penjual dan pembeli 'menghabiskan masa' di hujung minggu. 'Car boot' di sini diurus oleh Doncaster's Keepmoat Stadium Company dengan kerjasama dan sokongan majlis Perbandaran Lakeside & Kejirananan Lower Wheatley. Hampir pukul 1.00 tengahari, kami bergerak pulang. 'Uncle Z' meneruskan perjalananan ke Manchester, katanya hendak ke Wing Yip Superstores, beli ikan kembung, manakala kawan kami dengan panggilan mesra, "Nana", balik ke Norwich dan aku terus balik ke rumah.

Agak lewat juga sampai ke rumah, kerana dengan tiba-tiba, meter temperature kereta naik hampir melebihi 3/4. Alhamdulillah, dengan air mineral yang ada, bolehlah disejukkan kereta dan berhenti di tepi jalan diisikan air untuk menyejukkan 'radiator'. Hampir 6 minggu aku tidak menyentuh kereta dan berjalan jauh, kadang-kadang 'orang perempuan' lupa hendak 'check' air. Musim panas, suhu cepat naik dan perlu bawa air. Kalau waktu musim sejuk, air biasa tidak boleh dipakai, takut air jadi beku dan 'retakkan' atau rosakkan 'radiator'. Dekat musim sejuk, perlu isikan 'antifreeze'.

Sememangnya berjalan memenatkan, termasuk mengeringkan poket, namun natijah positifnya ialah menyukakan ahli keluarga terutama anak-anak semasa cuti sekolah panjang. Ini adalah di antara tanda kasih sayang kita kepada mereka.










No comments: