Wednesday, July 08, 2009

Kematian

MUSANIF AB. RAHMAN

Malam Selasa, 6 Julai, 2009, aku dimaklumkan oleh kakak iparku bahawa bapa saudara isteriku, cikgu Mat Piah @ Md Hanafiah Ibrahim baru meninggal dunia pada jam 8.15 malam di Hospital Temerloh setelah sakit teruk beberapa hari. Kakak iparku baru singgah kira-kira jam 2.00 petang di hospital tersebut sebelum meneruskan perjalanannya ke Putrajaya, Shah Alam untuk urusan anaknya mendaftar di UiTM dan singgah di rumahku untuk bermalam.

Cikgu Mat Piah ialah abang sulung, ibu mentuaku Munah Mat, berlainan bapa, tetapi satu ibu, namanya Tijah. Isterinya, (kahwin kali kedua) ialah Cek Wok (panggilan).

Esoknya, selepas sarapan, kira-kira jam 8.20 pagi aku bertolak ke Kg. Seberang Guai, Mengkarak, Bera dan alhamdulillah aku sampai di rumah arwah jam 11.15 pagi dan tepat jam 11.20 solat jenazah diadakan di rumah arwah. Sempatlah aku solat jenazah arwah.

Solat jenazah diadakan sekali lagi di pondok (madrasah) Kg. Bukit Keledang kerana menunggu penggali kubur sedang mengurus kubur dengan sempurna. Ada beberapa orang muda menggali kubur dengan cangkul. Jentera jentolak tidak digunakan. Kubur terletak di belakang pondok, wakaf kebun getah yang sudah dibersihkan. Pondok ini didirikan sejak tahun 1963. Tok guru pertama telahpun meninggal dunia dan disemadikan di sini.

Kira-kira jam 12.50 tengahari, jenazah selesaikan disemadikan dan upacara talkin dibaca. 10 minit sebelum solat zohor, semua upacara pengkembumian selesai.

Pada Selasa 7 Julai, 2009 inilah untuk kali pertama aku dapat bertemu dengan anak sulung arwah, Rosli (panggilan), nama sebenarnya, Md Mokhtar, pesara Yayasan Pelajaran MARA. Aku berjumpa dan berkenalan dengan Ahmad Nizam Bin Hamid, seorang peguam, bekas calon parlimen Temerloh, daripada PKR, ayahnya Hamid sepupu dengan siarwah. Aku juga bertemu dengan Bendahari PAS Negeri 2009, sdr. Musanif Ab. Rahman, turut bertanding di DUN Guai. Nampaknya, saudara sebelah isteriku ramai terlibat dengan politik. Sebab ada urusan kematian inilah aku dapat berkenalan dengan saudara-saudara atau kaum kerabat sebelah isteriku. Aku berterima kasih kepada abang iparku, Adnan, kerana inisiatifnya dan yang bersedia memperkenalkan aku dengan mereka.

No comments: