Thursday, July 16, 2009

Analisa PRK Manek Urai

Kemenangan PAS merosot disebabkan banyak faktor;

Faktor dalaman dan isu

1. Tercetus sedikit pergeseran, perbalahan idea sehingga menyebabkan atau mencetuskan sedikit "suasana atau elemen ketidak-sepakatan dalaman" mengenai isu kerajaan perpaduan dan isu-isu pentabdiran serta pengurusan di dalam kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri dalam menyelesaikan permasalahan rakyat seolah-olah tidak dilakukan secara bijaksana, akhirnya dimanipulasi oleh media dan BN.

Faktor luaran

1. Asakan UMNO. Janji pembangunan dan projek-projek daripada Menteri Pusat; seperti jambatan baru, dan projek pertanian, seperti pusat agropolitan yang melibatkan peruntukan berjuta-juta ringgit.

2. Komposisi kaum; di antaranya Orang Asli yang masih terpinggir. UMNO memenangi peti undi Temalir majoriti 27, Laloh 66, Manek Urai Baru 34, Manek Urai lama 184 (Kawasan ini didiami oleh Orang Asli). UMNO turut memenangi peti undi Manjor. PAS menang di peti undi Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Lok. Pada Pilihanraya 2008, PAS memenangi semua peti undi melainkan Manjor.

Faktor-Faktor lain

1. Calon PAS belum dikenali secara meluas (hati budi) oleh pengundi muda, manakala UMNO memilih orang muda sebagai calon didapati mampu memikat dan menarik pengundi-pengundi muda.

2. Aspek pembangunan dan isu lama bahkan permasalahan semasa yang belum dapat diselesaikan seperti isu tanah, jalan raya, pemasaran hasil pertanian dan usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka. Rata-rata pengundi dan masyarakat Manek Urai lebih bersedia untuk menyokong parti yang mampu menyelesaikan masalah harian.

3. Kawasan desa, pedalaman dan luar bandar rata-rata penduduknya adalah peneroka dan kaum petani yang masih bergantung harap kepada kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan harian mereka.

4. Kapasiti, keterbatasan dan kemampuan PAS sebagai kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan pengaruh, kuasa serta kekuatan peranan kerajaan Pusat dalam mengawal media, peruntukan (bajet) dan kawalan hasil negeri.

5. Isu-isu ketidakpuasan hati kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat seperti isu royalti minyak yang dicanang oleh PAS sukar difahami oleh orang kampung.

Analisa jumlah undi

1. Undi PAS merosot 398 daripada tahun 2008 dan UMNO meningkat 889 undi.

2. Undi pengundi baru yang diperolehi oleh UMNO 369 undi daripada 889 undi tersebut.

Kesimpulan

'Post-mortem' wajar dilakukan untuk mengenalpasti punca sebenar terutama mengapa pengundi muda tertarik kepada janji-janji UMNO, faktor calon dan permasalahan kehidupan rakyat yang masih belum diselesaikan.

No comments: