Di sebelah pagi hari ini, jam 10.33 pagi, aku keluar rumah ke Bank Islam, Seksyen 14, P.J. untuk menyerahkan surat memaklumkan pembatalan kontrak dengan bank tersebut, ekoran tidak berpuas hati dengan layanan daripada bank tersebut mengenai 'bad collection or recovery issue".
Semasa keluar, langit masih sedikit kebiruan, namun setelah sampai ke Puncak Perdana, melalui Lebuh Puncak Alam-Batu Arang, langit kebiruan mula diselaputi dan diselimuti dengan warna keputihan dan sampai di Tol Batu 3, Lebuh raya Persekutuan, hakikatnya jerebu sememangnya memedihkan mata dan pemandangan tidak nampak ceria.
Sejak beberapa hari ,cuaca panas terik yang dianggap melampau dan tiada hujan lebat. Fenomena debu, asap dan zarah pencemaran adalah punca sebenar. Musim kering yang berpanjangan yang dikaitkan dengan kesan el Nino dikatakan punca asal yang sudah diterima dan disepakati.
Kita juga sekadar melihat Indeks Pencemaran Udara (IPU) di setiap bandar utama dan meneliti keadaannya dari semasa ke semasa.
Semua kejadian yang berlaku, pada asasnya kerana kesilapan manusia menanangi isu alam sekitar. Isu pembakaran hutan atau yang dikaitkan dengan pembakaran terbuka pembuangan sisa hasil pengeluaran pertanian tertentu belum dapat ditangani dan masing-masing negara di Asia Tenggara, terutama di Indonesia atau Malaysia tiada pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan.
Di UK, tiada jerebu kelihatan kerana kilang-kilang hanya membenarkan asap yang tertentu dilepaskan ke udara, setelah pengawalan dilakukan secara ketat.
No comments:
Post a Comment