Sejak aku berada di dalam negeri, aku terasa letih, penat dan sentiasa mencari jawapan mengapa saka difahamkan telahpun menguasai isteriku dan anak-anakku. Isteriku keturunan keenam dan anakku keturunan yang ketujuh. Hari semalam Sabtu, aku membawa kedua-dua anakku yang sulung dan kedua ke Taman Sri Sulong, Batu Pahat untuk menemui seorang guru perempuan, sekadar berikhtiar untuk membunuh saka.
Aku difahamkan, saka manusia dan serigala ada pada anakku, walaupun di peringkat awal, aku semacam tidak percaya. Isteriku saka positif dan anak-anakku saka negatif. Isteriku dikatakan ada saka pelindung.
Pada hari tersebut sejumlah 8 ekor jin dapat disembelih (dibunuh).
Aku diberi nasihat, langkah-langkah, pantang larang dan petua bagaimana untuk menghalang dan menghindarkan diri daripada gangguan jin dan saka setelah saka yang sedia ada dibuang atau dibunuh.
Di antaranya ialah dari aspek menjaga soal keimanan dan kelakuan.
Dari aspek keimanan ialah;
1. Mandi salawat dan bacaan salawat mengikut umur. Jirusan terakhir adalah air yang telah dibacakan salawat dan niatkan di sebelah kiri dahulu untuk menjauhi segala gangguan, bisikan dan perkara-perkara yang buruk dan di sebelah kanan berniat untuk kebaikan.
2. Membaca surah Yasin 3 kali berturut-turut selepas solat maghrib selama 40 hari dan boleh diteruskan untuk menjadi amalan harian. Air Yasin boleh digunakan untuk seisi keluarga dan apa jua aktiviti seperti memasak nasi. Gunakan air mineral.
3. Solat hajat selepas solat Isyak setiap hari
4. Sentiasa memandang tempat-tempat yang baik dan jangan sekali berjalan-jalan di tempat yang mempunyai dosa seperti memandang tempat jualan minuman keras.
Dari aspek kelakuan pula ialah;
1. Tidak dibenarkan tidur secara terlentang, hendaklah mengiring ke kanan.
2. Pastikan makanan yang dimakan benar-benar halal. Tidak dibenarkan makan, makanan sejuk dan berbuah seperti sayur terung, kacang, buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, melainkan betik.
3. Tidak dibenarkan makan makanan berbisa seperti ikan pari, sembilang
4. Makan makanan yang mempunyai atau berbentuk vitamin dan susu segar. Pantang seperti orang baru bersalin atau melahirkan anak.
5. Jangan mandi pada awal pagi.
6. Mandi dengan menggosok kaki dahulu, jirus air ke badan mulai bawah (kaki) ke atas. Gosok gigi setelah selesai menggosok atau membersihkan kaki.
7. Makan secara bersila, elakkan duduk di atas kerusi, terutama saka serigala suka bertenggek.
8. Tidak menjemur pakaian di awal pagi.
9. Ketika keluar rumah, mulakan langkah kanan, pakai kasut mulakan daripada sebelah kanan, lantas cekak pinggang dan baca 3 kali ayat kursi.
Beberapa petua atau panduan lain untuk isteri;
1. Cuba suapkan anak, supaya ada perasaan kasih sayang.
2. Perbanyakan solat hajat.
Petua untuk suami;
1. Ketika bercakap tenung isteri, berbincang di telinga isteri (dekat), pegang bahu untuk tarik perhatian.
2. Ketika berbincang, seboleh-bolehnya mengambil masa tarik kaki isteri, kanan kiri, jangan bercakap untuk tenangkan otak dan fikiran isteri.
3. Sentuh tangan isteri.
4. Makanan lebihan suami untuk isteri makan, mengeratkan kasih sayang.
5. Tidur mengiringi isteri.
Petua untuk elakan cakaran saka serigala;
1. Minum air suam bercampur garam kasar dan salawat.
2. Letakkan tuala lembab di atas kepala, bilas kepala dengan air Yasin.
3. Minum minuman air akar kayu, herba juice.
Wajar adakan doa selamat untuk sempurnakan roh nenek moyang terbabit.
Perawat: Marwan, Sarijah dan Mohd Hamisa.