Wednesday, April 21, 2010

Cara Bekerja

Ketika Ronald Reagen bertanding Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1981, beliau sentiasa konsisten menengahkan lima isu di dalam kempen pilihanraya iaitu keluarga, pekerjaan, masyarakat, kebebasan dan keamanan.

Saya turut tersentuh, apabila Ketua Pengarah IKIM, pada Isnin lepas di Radio IKIM ada menyebutkan bahawa 40% penduduk (isi rumah) berpendapatan RM1,500.00 dan ke bawah. Menurut beliau, 72% adalah terdiri daripada orang Melayu.

Saya melihat kita perlu berubah dari pelbagai sudut iaitu pertamanya memilih pemimpin yang berupaya menyelesaikan atau membantu mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah yang dikehendaki oleh manusia dan masyarakat. Suasana politik yang lebih matang mesti diwujudkan.

Malaysia wajib diselamatkan dari penyelewangan kuasa dan ketidak-adilan di dalam pengagihan kekayaan negara.

Keduanya, sistem pelajaran mesti mengambilkira merubah pelajar untuk lebih berdikari, mampu bekerja sendiri daripada makan gaji (melahirkan usahawan).

Sekolah, kolej dan universiti mesti turut bersedia melahirkan, pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dan kritikal, agar peningkatan upah turut meningkat dan membebaskan diri daripada dibelenggu oleh pemikiran dan terikat kepada kefahaman politik sempit.

Saya bersetuju dengan cara pemimpin negara maju menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh manusia dan masyarakat mereka. Di Malaysia, masalah yang sama masih berlaku, sehingga berpanjangan dan pemimpin politik masih membahaskan isu yang sama tanpa ada noktahnya.

Bila semua orang mampu berdikari, mereka bebas bertindak dan berfikir secara rasional, waras dan tidak mudah mengikut telunjuk sesiapapun.

Politik berjanji hendak buat itu dan ini, terutama ketika suasana kempen pilihanraya kecil berlangsung, hanya gimik politik dan inginkan pengaruh semata-mata. Sudah tiba masanya, menteri-menteri memotong elaun atau saraan mereka dan hidup lebih sederhana seperti orang kebanyakan dan memberi banyak sedekah kepada orang ramai. Adakah mereka hendak merasa sama-sama susah seperti orang lain?






No comments: