Thursday, March 18, 2010

POLITIK ORGANISASI

Kesan buruk atau negatif permainan politik atau 'office politic' yang berlaku di dalam organisasi di antaranya ialah:-

1. Tersekatnya proses perkembangan, pembelajaran, prestasi, idealisme, profesionalisme, kemahiran dan kepakaran,

2. Wujud perasaan pentingkan diri atau ego yang menebal dalam semua aktiviti urusan kerja termasuk aspek komunikasi dan pergaulan,

3. Semangat kerjasama semakin luntur, kurang rasa malu atau hormat antara satu sama lain dan melahirkan prasangka buruk,

4. Sentiasa akan mencari kelompok atau membina pelbagai kumpulan yang akhirnya 'berperang/bertempur' sesama rakan sejawat sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni,

5. Melahirkan pegawai atau kakitangan yang berpaut dengan 'boss' untuk dijadikan asas mencari pengaruh atau kekuatan dan untuk menjatuhkan lawan saingan,

6. Melahirkan budaya cantas mencantas atau memijak kawan untuk urusan cepat naik pangkat.

Saya coretkan persoalan ini, sekadar untuk mengingatkan saya jangan sekali-kali mempunyai agenda budaya dan etika yang dianggap jijik ini, terutama kepada setiap Ketua Jabatan mesti bertindak secara adil, saksama dan mempunyai pertimbangan yang waras.

Kita wajar bersaing secara bersih dan sihat. Jangan sekali-kali terlintas di fikiran kita untuk merencatkan dan memusnahkan 'periuk nasi orang lain'.

No comments: