Thursday, June 23, 2011

KABINET PAS SELANGOR SESI 2011-2013

PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR PADA 20 JUN 2011

PJ: YB.DR. ABD RANI OSMAN

TP1: YB. ISKANDAR ABDUL SAMAD

TP2: UST. SALLEHEN MUKHYI

TP3: YB. KHALID ABD SAMAD

S/U: MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN

BENDAHARI: IR. IZHAM HASHIM

KETUA PENERANGAN: YB SAARI SUNGIB

PENGARAH PILIHANRAYA: JAAFAR SAMSUDIN

AJK

YB. DATO’ DR. HASAN MOHAMAED ALI

AHMAD MOHAMAD

MOHD SANI HAMZAN

ABDUL RAHMAN SADIKIN

YB. DR. HALIMAH ALI

USTAZAH MARIAM ABDUL RASHID

NORAINI HUSIN

Saturday, June 11, 2011

KEBERSIHAN KERETA

Saya tidaklah kerap menumpang kereta kawan untuk ke mana-mana, namun sekali sekala, adalah kesempatan naik kereta 'member' bila ada 'hal bersama' ke satu-satu tempat.

Kereta apa jenis, kecil ke besar, saya tak kisah, tetapi saya kisah tentang kebersihan di dalamnya. Maaf, cakap, macam-macam ada, bersepah-sepah dan boleh saya sifatkan, macam tempat kucing beranak.

Saya selalu pesan kepada anak-anak, jika hendak ajak kawan naik kereta sekali pergi 'berjalan-jalan', pastikan tayar, minyak cukup dan ada bawa 'belanja' serta terpenting, buang benda-benda yang tak patut dan bersihkan 'cushion' dan nampak selesa dan kemas. Kalau ada pewangi, lagi bagus, tetapi syarat setelah benar-benar bersih dan tak ada bau busuk.


Wednesday, June 08, 2011

NICE WORDS


'I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow.'

'I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life.'

'I've learned that making a 'living' is not the same thing as making a life.'

'I've learned that life sometimes gives you a second chance.'

'I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back...'

'I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision..'

'I've learned that even when I have pains, I don't have to be one..'

'I've learned that every day you should reach out and touch someone. People love a warm hug, or just a friendly pat on the back...'

'I've learned that I still have a lot to learn..'

'I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.'


Friday, May 13, 2011

Selamat Hari Guru

Gambar diambil daripada blog As-Sarawaki


Kepada semua guru diucapkan Selamat Hari Guru.

Mudah-mudahan semua guru adalah pejuang dan pendidik anak bangsa.

Bakti guru akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.

Tarikh 16 Mei adalah tanda penghargaan kepada semua guru.

Teruskan perjuangan anda semua sebagai penyuluh kehidupan.

Kepada teman-teman guru di Jeram dan di Kuala Selangor, bakti anda tetap dikenang.

Tuesday, April 05, 2011

UMRAH

Kali terakhir saya ke tanah suci pada tahun 2005. Pada tahun tersebut saya bersama adik ipar, ibu mentua, isteri menunaikan ibadat umrah kerana merasakan sudah terasa lama tidak menziarahi Rasulullah s.a.w. selepas menunaikan haji pada tahun 2001.



Desakan adik ipar yang sudah agak lewat usia untuk bertemu jodoh, akhirnya terpanggil ke tanah suci untuk bermunajat, memohon hajat, berdoa sungguh-sungguh agar bertemu jodoh dan akhirnya dalam masa yang dianggap singkat, adik ipar dilamar, bertunang dan berkahwin.



Pada 22 Mac hingga 4 April 2011, saya berkesempatan dan bersyukur dapat pergi semula ke tanah suci selepas enam tahun berlalu bersama emak sendiri yang sudah berusia 69 tahun, isteri dan anak perempuan saya.



Kali ini saya berurusan dengan C. S. Holidays Sdn. Bhd. untuk berangkat ke tanah suci dan dapat menunaikan ibadat ini dengan sempurna dengan bimbingan ustaz, mutawwif yang terlatih.



Dirasakan selepas beberapa tahun kebelakangkan ini, kehidupan semakin mencabar dan ujian pelbagai ditempuh dan menuntut saya ke tanah suci untuk membuat beberapa keputusan penting di dalam aspek kerjaya, memohon hajat mudah-mudahan dipermudahkan pintu rezeki dan diberi kejayaan anak-anak di dalam apa jua bidang yang akan diceburi. Kami memohon agar hidup ini sentiasa diberi keselamatan dan kesejahteraan, di samping diberikan keyakinan serta bertambah kelazatan di dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.



Pelbagai doa kami panjatkan kepada Allah s.w.t., namun saya pohon dapat bertemu Rasulullah s.a.w. saban tahun, terasa rindu untuk terus bersama dengannya, mati di dalam iman, ketaatan dan mati di Madinah.



Ustaz yang membimbing kami ada menjelaskan sesiapa yang mati di kota suci Madinah akan terlepas daripada azab kubur dan ahli-ahli kubur di perkuburan Baqi' akan dibangkitkan lebih awal bersama-sama nabi Muhammad s.a.w. di barisan pertama menuju ke padang mahsyar.



Saya dapat minum air zamzam berliter-liter setiap hari bahkan isteri dan anak saya berkesempatan mandi air zamzam setiap petang di Makkah untuk memulihkan semangat dan kesihatan.



Hari ini ada beberapa teman yang sempat menziarahi saya di rumah dan dapat merasa pelbagai jenis kurma yang dibeli terus daripada ladang kurma di Madinah.



Mudah-mudahan ada teman yang bercadang ke tanah suci dan boleh memilih bulan Mac/April, cuaca yang masih nyaman, hampir sama suhu dengan kita di Malaysia.








Sunday, January 30, 2011

REUNION PELAJAR SAAS 1975-1979






Hari Sabtu, 29 Januari 2011, saya dan beberapa kenalan lama, semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor dapat bertemu selepas 30 tahun yang lalu.

Terima kasih tidak terhingga kepada Jawatankuasa yang dibentuk terutama kepada teman Jaafar Sidek Kamsah, Kamaruddin Arif, Khairuddin Abdul Rahman yang sudi berkongsi maklumat dan menjemput ke program reunion tersebut.

Perasaan bercampur-campur, gembira bahkan terasa sayu, bila dinyatakan ada beberapa teman yang telahpun meninggal dunia.

Semuanya nampak sihat dan berjaya di bidang masing-masing. Kepada Dr. Mohd Saupi Hj. Md Said, Mohd Aris Mohd Arif, Ahmad Suratman Hayroni dan yang lainnya, semoga semuanya sihat dan maju di dalam lapangan masing-masing.

Boleh layari facebook Reunion SAAS 1979 untuk paparan selanjutnya.

Monday, December 20, 2010

TERAPI KESIHATAN

Salah satu keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang kita nikmati ialah manusia akan berinteraksi dengan alam. Berinteraksi dengan kejadian atau ciptaan Rabbul Jalil termasuk berinteraksi dengan tubuh badan sendiri banyak memberi manfaat terutamanya mengurangkan tekanan dan menyembuhkan penyakit.

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan tugasan mencari kehidupan, mengurus anak yang kurang sihat dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Walau bagaimanapun sibuk, kesihatan diri wajar diambil perhatian dan diutamakan. Saya sempat menghadiri satu program terapi kesihatan yang sebenarnya didapati tidak akan memerlukan banyak belanja, namun dengan menggunakan kekuatan minda atau tenaga kita, kita mampu untuk melawan pelbagai penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita.

Manusia sebenarnya sebaik kejadian. Bercakap dengan diri sendiri (self talk) adalah langkah melatih seseorang untuk berinteraksi dengan diri bagi menyelesaikan masalah. Umpamanya, kita bercakap-cakap dengan jantung atau dengan kepala atau tangan kita. Cuba kita tanyakan jantung kita, seperti; bagaimana engkau wahai jantung hari ini, mudah-mudahan engkau sihat dan berfungsi. Dengan cara bercakap-cakap dengan jantung, seolah-olah kita berdoa bersama-sama. Sebab itu, bila kita maki kepala atau gigi kita yang sakit, sebenarnya, gigi kitapun akan marah kepada kita dan akhirnya, gusi semakin sakit dan kita pening kepala atau mendapat demam yang agak berat.

Terapi menggunakan air biasa atau mineral sebagai penawar kesihatan dengan kita bercakap-cakap dengan air, air akan turut mendoakan kita. Seperti halnya, ada di antara kita yang suka atau gemar membela kucing atau ikan, binatang-binatang ini turut mendoakan kita untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Begitu juga ambillah sedikit masa, untuk memaksakan kaki kita memijak tanah dan berkata-kata dengan tanah agar tanah dapat menarik keluar toksid atau kekotoran yang di dalam tubuh badan kita. Amat malang, ketika ini, halaman rumah dipenuhi dengan batu ditutup dengan simen. Kalau tidak keberatan, pecahkan simen tersebut dan buatlah tempat khas untuk kita dapat memijak tanah kerana tanah mampu menyejukkan diri kita. Kalau boleh, tidak perlulah makan ubat hospital kerana ubat ini tetap mengandungi 'dadah'.

Dengan kita memandang rumput pada waktu pagi dan bercakap-cakap dengan pokok, mudah-mudahan tanaman, pokok, sayur dan pisang kita hidup subur dan mengeluarkan buah yang lebat.

Berinteraksilah dengan alam ciptaan Allah seperti pokok, kerana pokok sentiasa berzikir dan turut mendoakan rezeki untuk kita. Sayangi air, tumbuhan, kucing atau apa sahaja, mudah-mudahan makhluk Allah ini mampu berbuat kebaikan untuk kita.

Berbuat baiklah untuk semua manusia sejagat, haiwan dan tumbuhan, mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi kesihatan yang baik. Marilah kita berniat dengan menyebut, I am congruen physically, mentally, psychologically & spiritually. Bawalah duduk selama 40 minit di atas kerusi untuk menenangkan diri ini. Bercakap-cakaplah atau mengadu kepada Allah agar Allah menghilangkan kesakitan yang ada. Gunakan banyak masa untuk berinteraksi kepadaNya.