Tuesday, December 06, 2011

NIKMAT HIDUP

Hujung tahun mula menjelang. Urusan pejabat masih banyak yang perlu diselesaikan. Urusan keluarga begitu juga. Kedua-dua urusan mencari nafkah dan mengurus keluarga perlu dibereskan pada suatu masa.
j
Ditambah pula, kerja-kerja persatuan, surau dan politik memerlukan tenaga, buah fikiran, masa bahkan wang ringgit.

Sememangnya letih, penat dan terasa bebanan untuk melaksanakan semua tanggungjawab serentak, namun apabila memikirkan tentang anugerah yang Pencipta berikan, dengan keupayaan kewangan, kenderaan, kesihatan dan pencapaian kerjaya, terasa rendah diri kepadaNya, jika tidak melaksanakan suruhannya; bersama-sama dengan teman-teman menunaikan hak Allah, Rasul dan umat seluruhnya.

Sejak dua bulan lepas, out station, bermesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), di Kota Kinabalu, seterusnya di Langkawi, wakil Malaysia SLOM WG, ASEAN dan hari ini baru selesai Program Memupuk Keharmonian di Johor Bahru, terasa terubat dapat mencuri-curi masa bertemu/menziarah kawan-kawan lama di negeri Johor, Kedah dan Johor, walaupun sibuk dengan urusan kerja (OGS).

Hidup ini sebenarnya punya keseronakan tersendiri pada sesiapa yang ingin melihat sesuatu usaha yang dilakukan untuk dikecapi di hari kemudian.

Maka, walaupun kita rasa teramat-amat penat, lakukanlah dengan ikhlas, redha, sentiasa memohon taufik hidayahNya, semoga yang dilaksanakan memperolehi ganjaran di sisiNya, itupun terpulang kepadaNya jua.

Pengorbanan masa,. tenaga, fikiran dan ringgit serta sen janganlah dikira-kira sangat. Laburkan diri berbakti kepada Pencipta melalui aktiviti yang kita minat dan suka, maka terasa hidup ini ada maknanya.