Monday, December 20, 2010

TERAPI KESIHATAN

Salah satu keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang kita nikmati ialah manusia akan berinteraksi dengan alam. Berinteraksi dengan kejadian atau ciptaan Rabbul Jalil termasuk berinteraksi dengan tubuh badan sendiri banyak memberi manfaat terutamanya mengurangkan tekanan dan menyembuhkan penyakit.

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan tugasan mencari kehidupan, mengurus anak yang kurang sihat dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Walau bagaimanapun sibuk, kesihatan diri wajar diambil perhatian dan diutamakan. Saya sempat menghadiri satu program terapi kesihatan yang sebenarnya didapati tidak akan memerlukan banyak belanja, namun dengan menggunakan kekuatan minda atau tenaga kita, kita mampu untuk melawan pelbagai penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita.

Manusia sebenarnya sebaik kejadian. Bercakap dengan diri sendiri (self talk) adalah langkah melatih seseorang untuk berinteraksi dengan diri bagi menyelesaikan masalah. Umpamanya, kita bercakap-cakap dengan jantung atau dengan kepala atau tangan kita. Cuba kita tanyakan jantung kita, seperti; bagaimana engkau wahai jantung hari ini, mudah-mudahan engkau sihat dan berfungsi. Dengan cara bercakap-cakap dengan jantung, seolah-olah kita berdoa bersama-sama. Sebab itu, bila kita maki kepala atau gigi kita yang sakit, sebenarnya, gigi kitapun akan marah kepada kita dan akhirnya, gusi semakin sakit dan kita pening kepala atau mendapat demam yang agak berat.

Terapi menggunakan air biasa atau mineral sebagai penawar kesihatan dengan kita bercakap-cakap dengan air, air akan turut mendoakan kita. Seperti halnya, ada di antara kita yang suka atau gemar membela kucing atau ikan, binatang-binatang ini turut mendoakan kita untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Begitu juga ambillah sedikit masa, untuk memaksakan kaki kita memijak tanah dan berkata-kata dengan tanah agar tanah dapat menarik keluar toksid atau kekotoran yang di dalam tubuh badan kita. Amat malang, ketika ini, halaman rumah dipenuhi dengan batu ditutup dengan simen. Kalau tidak keberatan, pecahkan simen tersebut dan buatlah tempat khas untuk kita dapat memijak tanah kerana tanah mampu menyejukkan diri kita. Kalau boleh, tidak perlulah makan ubat hospital kerana ubat ini tetap mengandungi 'dadah'.

Dengan kita memandang rumput pada waktu pagi dan bercakap-cakap dengan pokok, mudah-mudahan tanaman, pokok, sayur dan pisang kita hidup subur dan mengeluarkan buah yang lebat.

Berinteraksilah dengan alam ciptaan Allah seperti pokok, kerana pokok sentiasa berzikir dan turut mendoakan rezeki untuk kita. Sayangi air, tumbuhan, kucing atau apa sahaja, mudah-mudahan makhluk Allah ini mampu berbuat kebaikan untuk kita.

Berbuat baiklah untuk semua manusia sejagat, haiwan dan tumbuhan, mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi kesihatan yang baik. Marilah kita berniat dengan menyebut, I am congruen physically, mentally, psychologically & spiritually. Bawalah duduk selama 40 minit di atas kerusi untuk menenangkan diri ini. Bercakap-cakaplah atau mengadu kepada Allah agar Allah menghilangkan kesakitan yang ada. Gunakan banyak masa untuk berinteraksi kepadaNya.