Sekali lagi calon UMNO yang mewakili BN tewas di tangan PAS dengan majoriti 4,551 undi. Calon PAS Mohd Salleh Man memperolehi 9,618, manakala calon BN, Rohaizat Othman 5,067 undi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kempen pilihanraya Permatang Pasir kecewa dengan sikap pengundi yang menolak 'pembangunan' untuk perubahan.
Di antara sebab UMNO tewas ialah pemimpin UMNO masih menganggap rakyat boleh mengikut telunjuk mereka, buta politik dan ' gula-gula pembangunan' hanya boleh dilakukan oleh parti politik mereka sahaja. Ini bermakna, mereka tidak percaya dan tidak bersedia menghormati bahawa parti lain juga turut berkebolehan dan berkemampuan untuk melakukan perubahan; seolah-olah UMNO/BN sahajalah yang boleh mengurus negara secara "bijaksana".
Hakikatnya, di mata para pengundi, pemimpin UMNO belum bersedia mengurus negara ini dengan penuh integriti, keadilan dan 'menjadi keutamaan rakyat', yang umumnya mereka masih banyak mengulangi penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, institusi, pegawai-pegawai awam, undang-undang dan masih bersifat "kebudakan".
Tahniah PAS dan takziah UMNO.
2 comments:
UMNO sudah beberapa kali kecundang, strategi tidak mengena dan kepimpinannya masih korup, turut mengutuk pemimpin PR, seolah-olah mereka bersih, tahu mentadbir dan menganggap otang lain hampas. Sebenarnya pemimpin UMNO masih berjuang untuk kepentingan diri.
Biarkanlah UMNO mati bersendirian.
UMNO SUDAH WAJAR DITALKINKAN.
Post a Comment