BUKTI...kesan peninggalan Islam pada masjid yang kini dijadikan gereja di Granada
ISTANA AL HAMBRA...ambil masa beratus-ratus tahun untuk disiapkan
BERSENI...La Sagrada Familia di Barcelona hasil seni bina arkitek terkenal, Gaudi
MEKAR...ladang bunga matahari yang luas di Seville
Location : Madrid, Seville, Toledo, Cardoba, SpainAhmad Zurin Noh
Source :Harian Metro,13 July 2009
Source :Harian Metro,13 July 2009
Banyak keindahan alam semula jadi dan kesan tamadun lama, termasuk tinggalan kerajaan Islam.
SELEPAS menempuh perjalanan sehari suntuk, hati lega sebaik menjejakkan kaki ke bumi Andalus. Mana tidaknya, perjalanan ke Madrid, Sepanyol mengambil masa kirakira 15 jam, termasuk transit di Bangkok selama tiga jam.
Penulis tiba pada jam 8 pagi waktu tempatan dan kehadiran ke negara yang banyak kesan tamadun lama itu pada permulaan musim panas adalah waktu terbaik kerana cuaca cerah memudahkan perjalanan.
Penulis dan kumpulan pelancong Malaysia kemudian manaiki bas pelancong jarak jauh. Bas yang sepatutnya boleh memuatkan 40 orang hanya dinaiki kami seramai 14 orang sepanjang perjalanan merentasi jalan raya lurus menuju ke bandar raya Madrid.
Menikmati pemandangan indah dari bas pelancong, kelihatan stadium laga lembu yang tersergam di tepi jalan. Bangunan besar itu bagaimanapun tidak kami singgah kerana kunjungan ke stadium laga lembu disenaraikan dalam hari lain program lawatan selama 12 hari ke Sepanyol dan Portugal.
Untuk siri ini, penulis ingin tumpukan pengalaman menjelajah ke Madrid, Toledo, Salamanca, Coimbra, Fatima, Lisbon, Seville, Cordoba, Granada, Alicante, Valencia dan Barcelona.
Sepanyol yang bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi banyak bangunan lama kesan peninggalan tamadun beratus tahun lalu.
Waktu siang pada musim panas di Sepanyol lebih panjang dari malam. Suasana cerah mulai jam 7 pagi manakala pada jam 9.30 malam baru masuk waktu Maghrib. Penulis berkesempatan solat Maghrib di sebuah masjid di Madrid yang terletak tidak jauh dari hotel.
Selain terkenal dengan pasukan bola sepaknya, Real Madrid, ibu negara dan juga pintu masuk masuk Sepanyol ini kaya dengan warisan sejarah, kesenian, kebudayaan dan keindahan alam semula jadinya.
Di Madrid, kami melawat Gran Via (ala Bukit Bintang), Plaza de Espana Garden Park, Muzium Prado dan istana Diraja. Istana Diraja mempunyai beribu-ribu bilik dan setiap satu mempunyai hiasan dalaman berbeza.
Selepas menjelajah tempat menarik di Madrid, kami meneruskan perjalanan ke Toledo yang dulunya ibu negara Sepanyol. Toledo ialah kawasan tanah tinggi.
Jalan rayanya sempit dan ada dua pekan iaitu lama dan baru yang dipisahkan oleh sungai.
Pemandangan dari kawasan tinggi sungguh memukau dan negeri ini terkenal dengan lukisan selain pertukangan logam.
Hari seterusnya, rombongan kami bergerak ke Salamanca di sebelah barat Sepanyol. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami berpindah dari satu hotel ke satu hotel untuk meneruskan pengembaraan.
Sepanjang perjalanan, kelihatan kincir angin dalam jarak tertentu yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik.
Difahamkan, satu kincir angin boleh membekalkan elektrik ke 100 rumah. Kami juga melihat banyak ladang pokok zaitun. Sepanyol adalah pengeluar minyak zaitun terbesar dunia.
Di Salamanca ada universiti tertua dibina pada 1218 dan ia tempat paling popular untuk mempelajari bahasa Sepanyol. Kami turut singgah di kawasan laga lembu yang kini digunakan untuk mengadakan konsert.
Destinasi seterusnya yang dilawati merentasi sempadan negara Sepanyol. Kami melawat Coimbra, Fatima dan Lisbon di Portugal sebelum memasuki semula sempadan Sepanyol.
Pada hari kelima, kami melawat Seville yang menempatkan pusara pengembara dan ahli pelayaran terkenal, Christopher Columbus yang menyeberangi Lautan Atlantik dan tiba di Amerika Syarikat pada 1492 di bawah bendera Castilian Sepanyol.
Sepanjang perjalanan, kami disajikan pemandangan menarik ladang bunga matahari yang menguning emas. Lawatan ke bandar itu memberi peluang kami menyaksikan tamadun lama yang tertimbus di bawah tanah.
Apapun, kami cuma dapat mengintainya di sebalik kepungan kanvas kerana kerja-kerja menggali dilakukan. Difahamkan, tiga tamadun lama ditemui di situ.
Ketika menikmati malam malam, kami turut dihiburkan tarian tradisional Sepanyol iaitu flamenco. Tarian ini banyak menggunakan hentakan kaki, manakala pergerakan kaki dilakukan dengan cepat.
Penulis turut dibawa melawat sebuah gereja yang dulunya masjid. Selepas kejatuhan kerajaan Islam, bangunan itu ditukar fungsi sebagai gereja. Walaupun kini sebagai gereja, tempat mengambil wuduk dan menara masjid masih dikekalkan.
Cuaca panas kering 37°Celsius membuatkan tekak cepat dahaga. Setiap kali mengunjungi pasar raya, masing-masing tidak lupa membeli air mineral dalam bekas sebesar botol minyak masak (lima liter). Sebotol air mineral lima liter dijual pada harga 3 euro (RM15) manakala isipadu 500 mililiter pada harga 1 euro (RM5).
Di Cordoba, kami melalui ladang gandum dan jambatan yang menghubungkan bandar baru dan lama. Ketika melawat sebuah gereja, masih jelas kelihatan peninggalan tamadun Islam menerusi seni bina dan ukiran pada dinding di mihrab (tempat imam memimpin solat).
Bangunan itu yang pada mulanya kecil, dibesarkan. Ada dua ciri pada bangunan itu iaitu di bahagian depan berciri Islam manakala di bahagian belakang ciri Kristian.
Kami dimaklumkan, ketika bangunan itu digunakan sebagai masjid, ada banyak pintu masuk tetapi apabila dijadikan gereja, semua pintu ditutup dan cuma satu pintu digunakan sebagai laluan keluar masuk.
Di Granada, kawasan yang mempunyai banjaran gunung tertinggi di Sepanyol, Sierra Nevada, kami berkesempatan melawat Istana al Hambra yang terletak di atas bukit.
Istana al Hambra mengambil masa beratus-ratus tahun untuk disiapkan. Di dindingnya ada ukiran ayat al-Quran. Dari istana, kami dapat melihat bandar Granada, namun tidak memasukinya kerana banyak jalan ditutup berikutan kerja-kerja pengubahsuaian.
Kami melalui Alicante untuk ke Valencia iaitu bandar ketiga terbesar lepas Madrid dan Barcelona. Menariknya, di sini dulu ada sebatang sungai merentasi bandar tapi sudah dilencongkan jauh.
Kawasan yang dulunya sungai kini dibangunkan dengan gelanggang badminton, trek joging, taman dan padang bola.
Kesan kewujudan sungai hanya boleh dilihat melalui pembinaan jambatan yang dulu merentangi sungai berkenaan dan sehingga kini masih kekal sebagai jalan raya.
Jika kebanyakan negeri di Sepanyol mempunyai bangunan lama, Valencia pula banyak bangunan dengan seni bina moden. Di tengah kota ada kubu yang tinggi, kesan peninggalan perang serta gereja lama.
Kami meneruskan perjalanan ke Barcelona yang terkenal dengan sukan bola sepak. Barcelona ialah bandar pelabuhan. Di sana, kami mengunjungi La Sagrada Familia iaitu gereja terkenal yang direka bentuk oleh arkitek terkemuka, Antoni Gaudi.
Bangunan itu kini dalam proses dibesarkan. Atrambla, pusat beli-belah ala Jalan Petaling, turut kami kunjungi. Ada orang berpakaian seperti watak dalam filem dan untuk bergambar dengan mereka, tip perlu diberi terlebih dulu.
Selama beberapa hari mengembara, penulis hanya makan ikan. Makanan orang Sepanyol ialah Paella yang dimasak dalam kuali leper seperti kuali piza. Di bahagian dalam berisi mi atau nasi manakala di lapisan atas ialah keju.
Selepas beberapa hari makan ikan, penulis berpeluang makan kebab biri-biri apabila terjumpa restoran Islam milik peniaga Turki di La Rambla. Seronoknya tidak terkata.
Kebanyakan pengusaha kedai warga Sepanyol di Atrambla sombong dan apabila ditanya dalam Bahasa Inggeris, mereka seperti acuh tidak acuh mahu melayan pelanggan. Sikap mereka berbeza dengan peniaga India yang fasih berbahasa Inggeris dan lebih ramah melayan pelanggan.
Dari Barcelona, kami ke Madrid sebelum pulang ke Malaysia. Kami menaiki kereta api laju merentasi kawasan pedalaman, perkampungan, ladang gandum dan ladang zaitun. Dengan kelajuan 300 kilometer sejam, masa diambil cuma dua jam 30 minit untuk tiba ke Madrid.

No comments:
Post a Comment