Mukaddimah
Aku ingin sekadar menasihati diriku yang kerdil ini dan para pembaca budiman yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin politik.
Pemimpin yang baik dapat dipupuk dan dibina. Lantaran itu, soal pemimpin dan kepimpinan bukannya anugerah semulajadi keturunan atau mempunyai bakat semulajadi (inborn quality).
Faktor seperti pendedahan dan pengalaman yang dilalui oleh seseorang boleh memberikan peluang untuk menyediakan diri menjadi pemimpin yang baik. Kepimpinan amat diperlukan untuk melaksanakan amanah dan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi.
Ciri-ciri asas yang wajar dimiliki
1. Berpendidikan, berpelajaran yang bersesuaian, berwawasan, dan mempunyai minda/pemikiran yang tajam dan ‘well organized’.
2. Mahir, matang persoalan 'environment' politik berdemokrasi, pentadbiran, pengurusan, pengurusan parti dan berkebolehan atau mampu dalam aspek ‘problem solving, strategic thinking, and decision making’,
3. Personaliti yang berwibawa, mantap, berlapang dada, mudah mesra, bergaul, didekati oleh semua lapisan masyarakat, penyokong, pengikut ‘grass root’ dan rakyat, 'easy going style, caring, humble and cool', emosi terkawal, senang diajak berunding ‘or deal with something and willing to help’. Perwatakan sombong, angkuh dan ego mestilah dijauhkan. Pemimpin mesti mempunyai satu ‘style leadership’ tersendiri dan meyakinkan.
4. Akhlak, budi pekerti terpuji dan beragama atau menjaga batasan hukum hakam.
5. Mampu membimbing, memimpin dan menjadi ikutan atau untuk diteladani. Seseorang itu semestinya berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi di samping mampu melayani karenah dan menghormati pengikut. Pemimpin yang popular mampu menarik keyakinan dan sokongan orang ramai/rakyat terutama golongan professional, terpelajar, generasi muda dan semua peringkat, lapisan termasuklah mereka yang berpendidikan dan berpendapatan rendah.
4. Akhlak, budi pekerti terpuji dan beragama atau menjaga batasan hukum hakam.
5. Mampu membimbing, memimpin dan menjadi ikutan atau untuk diteladani. Seseorang itu semestinya berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi di samping mampu melayani karenah dan menghormati pengikut. Pemimpin yang popular mampu menarik keyakinan dan sokongan orang ramai/rakyat terutama golongan professional, terpelajar, generasi muda dan semua peringkat, lapisan termasuklah mereka yang berpendidikan dan berpendapatan rendah.
6. Mahir berkomunikasi mengenai sebarang isu; berhujah, berdialog, "berbahasa", berbicara, menulis, berbincang, ‘consultation, and negotiation skills’. Kelebihan banyak bahasa adalah satu kelebihan peribadi.
7. Semestinya bersih dari sebarang kontroversi dan skandal yang memalukan maruah diri dan keluarga
8. Mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan, bertenaga untuk bergerak, psikologi, motivasi yang tinggi, dan berfikir secara waras, progresif dan strategik.
9. Bersedia untuk boleh dikritik, ditegur dan bersedia pula untuk memperbaiki kesalahan atau kesilapan dan tidak mudah tersinggung, melenteng, marah, pentingkan diri sendiri, bersangka baik, dan putus asa. Sifat negatif termasuk kurang sabar, dan keras hati hendaklah dijauhi.
10. Seorang yang inginkan perubahan (changes) dan transformasi pada setiap saat dan ketika.
Bagaimana untuk melahirkan pemimpin yang bersifat dinamik
Seseorang itu semestinya melalui sekurang-kurangnya, tiga proses paling utama iaitu; pertama, pendedahan; kedua, latihan; dan ketiga pengalaman.
Bagaimana untuk melahirkan pemimpin yang bersifat dinamik
Seseorang itu semestinya melalui sekurang-kurangnya, tiga proses paling utama iaitu; pertama, pendedahan; kedua, latihan; dan ketiga pengalaman.
Langkah-langkah yang patut diambil ialah;
1. Mempelajari cara atau gaya atau corak kepimpinan rumahtangga sebagai asas membina kepimpinan. Seseorang bapa dan ibu wajib mendoakan dan melatih anak menjadi pemimpin masa hadapan. Pemimpin dunia yang muncul bahkan Rasul dan Nabi adalah dilatih secara langsung oleh malaikat dan Allah sendiri melalui petunjuk kitab atau arahanNya.
2. Mulakan di sekolah, kolej, universiti untuk dibina ‘leadership styles’ masing-masing dengan menyertai aktiviti persatuan-persatuan pelajar.
3. Menyertai aktiviti kemasyarakatan setempat dan menganggotai AJK komuniti atau NGOs.
4. Mengikuti kursus-kursus kepimpinan di peringkat sekolah, universiti, tempat kerja, penglibatan di dalam komuniti dan aktiviti parti.
5. Memegang jawatan-jawatan AJK kecil untuk menimba pengalaman memimpin dan memberi arahan dan menyelesaikan segala permasalahan urusan aktiviti dan program.
6. Latihan dan pembangunan berterusan dan ditampilkan oleh penyokong untuk diketengahkan memegang jawatan penting dalam parti.
Kesimpulan
Proses untuk menjadi pemimpin yang dinamik dan berjaya semestinya bermula daripada peringkat bawah. Pemimpin yang ditonjolkan untuk mengemudi sesuatu organisasi seperti politik sewajarnya mempelajari karenah pemimpin dan kepimpinan. Cuba tanyalah diri kita masing-masing, bagaimana untuk kita menjadi pemimpin yang dinamik bahkan yang disegani dan disanjung oleh Allah s.w.t.
Jangan berebut-berebut, tuduh-menuduh dan melobi untuk jadi pemimpin; takut bila dipilih nanti, tidak dapat menunaikan hak dan tanggungjawab. Kita perlu ingat, peranan, fungsi, tugas dan tanggungjawab pemimpin teramatlah berat.
Kempen yang sihat semestinya berakhlak dan beragama.
1 comment:
Tahniah. Saya kira satu arikel yang sangat baik dari pelbagai sudut. Terima kasih. Sekadar mampir, dayuh wong dekat.
Salam ukhuwah dan jihad.
Post a Comment