Friday, March 13, 2009

Cross cultural management

1. Pengenalan

Pepatah Melayu mengatakan, “Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya”. Pepatah ini mencerminkan betapa setiap masyarakat, apalagi berbeza negara pastilah terdapat perbezaan budaya, baik dari segi tingkah laku, berkomunikasi, termasuklah pandangan dan pegangan hidup. Pengaruh budaya mempunyai kesan secara langsung kepada pembentukan keperibadian seseorang. Budaya, termasuk juga bahasa, adalah hasil pembentukan dan buah fikiran manusia, namun akhirnya, budayalah yang terus membentuk pola pemikiran setiap manusia yang lahir. Seseorang individu berfikir dalam konteks budaya di mana dirinya hidup.

Pada amnya, budaya disosialisasikan dan diamalkan dalam lingkungan persekitaran masyarakat dan keluarga. Setiap nilai yang mereka miliki dan percayai akan diwarisi kepada generasi seterusnya. Pengaruh budaya apatah lagi, sejak lahir mampu melahirkan ‘vested interest’ dan primordial (pandangan/kefahaman sebati sejak kecil), maka kemahiran dan sensitiviti silang budaya (cross-cultural) diperlukan ketika berada di luar negara, sama ada ketika belajar, bekerja, urusan perniagaan atau sedang bercuti. Pendekata, kita mestilah mampu untuk berurusan dengan semua orang dari pelbagai latar belakang budaya.

2. Mengapa perlu berinteraksi dengan budaya lain?

Kesempatan yang ada ini, aku ingin berbicara dan mesti memahami silang budaya. Kita wajar mengetahui peri pentingnya memahami budaya orang lain, di antaranya untuk tujuan;

2.1. Mengelak daripada kejutan budaya (culture shock). Sesuatu yang menjadi kelaziman diamalkan pada seseorang, kelompok masyarakat mahupun negara, tidak sama seperti apa yang dilakukan di sesuatu tempat baru yang kita sedang berada di dalamnya. Kita tidak perlu terperanjat dan akhirnya memberi kesan negatif terhadap diri sendiri. Reaksi kita terhadap sesuatu yang asing dilihat, mesti dinilai secara positif dan lantas menyedari persefahaman dan toleransi. Kekuatan nilai iman yang dimiliki oleh seseorang akan mengemudi semua bicara dan tingkahlaku, apabila terpandang sesuatu yang dianggap tidak bermoral di sisi agama, namun dianggap ‘common’ dan tidak dianggap ‘bersalah’ oleh budaya orang lain. Contohnya, ramai orang English, Irish, Welsh dan Scottish pergi ke pub pada malam Sabtu untuk menikmati muzik, tarian dan minum arak, atau tinggal bersekedudukan (many couples live together, without marriage), tanpa nikah sehingga melahirkan anak luar nikah/anak zina (anak tak sah taraf), suatu norma hidup yang tidak dibantah oleh masyarakat. Itu dianggap sebagai ‘privacy’.

2.2. Proses memudahkan semua urusan dan komunikasi/pergaulan. Kekuatan emosi dan tutur kata mencerminkan identiti seseorang. Komunikasi yang berkesan terutama dalam perbualan harian, mahupun melibatkan perbincangan dan keputusan penting yang akan dibuat, seperti memertai perjanjian hubungan perdagangan, maka proses mengenal hati budi berdasarkan budaya masing-masing perlu diterokai dan dilakukan secara berhati-hati.

2.3. Memahami dan menghormati orang lain. Dalam hal ini, penyesuaian dan kepentingan memenuhi tuntutan masyarakat setempat hendaklah diselaraskan dengan budaya yang dimiliki oleh mereka yang mendatang.

2.4. Sifat dan kehidupan manusia bersifat kompleks dan seni. Keperluan memerhati sikap dan pandangan hidup yang berbeza sebenarnya menuntut kepada proses kebaikan sejagat. Budaya yang bersifat ‘universal’ (ada persamaan) dan menghayati aspek ‘cultural awareness’ memungkinkan memenuhi impian dan cita-cita bersama. Sifat manusia, pada penghujungnya, ingin memenuhi proses kehidupan bersama-sama. Maka, semua orang semestinya mempunyai pendekatan bergaul yang sesuai, dengan maksud berkongsi atau mengurus budaya untuk kehidupan ketika berhadapan dengan kepelbagaian budaya bahkan perbezaan personaliti.

Seorang ahli antropologis yang terkemuka, Clifford Geertz, memberikan pandangan bagaimana terdapat perbezaan dari segi sosial dan budaya di muka bumi, dalam sebuah karya yang membincangkan perbezaan antara manusia dan haiwan, “Kalau kita ingin mengetahui apa yang membentuk manusia, kita boleh melihatnya daripada manusia itu sendiri: tetapi apa yang menjadikan manusia itu manusia, di antara yang terunggul ialah kepelbagaiannya. Hanya dengan memahami kepelbagaian ini-baik dari segi jenisnya, bentuknya, asasnya, dan kesannya, barulah boleh kita membentuk satu konsep berkenaan sifat manusia, iatu konsep yang mempunyai isi dan kebenaran, yang bukan dibayangi oleh perangkaan dan gambaran mimpi yang agak kabur”. (Geertz 1973, h. 529)

3. Ulasan perbandingan budaya Barat dan Timur

Perbincangan ini kita lanjutkan dengan menyentuh orientasi nilai yang dorminan, di antaranya;

3.1. Pilihan kumpulan. Di Barat, kebebasan/tiada kongkongan, manakala di Timur, rasa bersama, selamat, kekeluargaan/bimbingan

3.2. Sanjungan. Di Barat, “privacy”, manakala di Timur, rangkaian/pertalian keluarga

3.3.Objek. Di Barat, pemilikan harta, manakala di Timur, harmoni dengan alam

3.4. Dihormati. Di Barat, equality/efficiency/intellectual, manakala di Timur, umur/seniority/power

3.5. Pengurusan. Di Barat, persaingan, manakala di Timur, kerjasama/kompromi

3.6. Masa. Di Barat, orientasi masa hadapan/wang, manakala di Timur, masa lalu/kini/sabar

3.7. Ukuran kejayaan. Di Barat, simbol-simbol material, manakala di Timur, perhubungan manusia/persahabatan

3.8. Menerima risiko. Di Barat, pemikiran strategik, manakala di Timur, menerima takdir

3.9. Sanjungan. Di Barat, creativity/problem solving, manakala di Timur, kejayaan kumpulan/status/tradisi/

3.10. Gaya interaksi. Di Barat, tidak formal, manakala di Timur, ikut hiraki/formal

3.11. Komunikasi. Di Barat, direct/terus kepada inti pati/, manakala di Timur, indirect/third party

4. Contoh-contoh budaya orang British yang positif, yang aku lalui/alami di sini

4.1 Budaya yang tidak sihat, tidaklah aku sentuh di dalam ulasan ini, kerana sesiapapun cekap mencarinya. Berdasarkan orientasi nilai yang dinyatakan di atas, ulasanku meneliti beberapa perkara penting, pada pandanganku ada manfaatnya untuk dipraktikan:-

a) maka didapati setiap individu adalah bebas menentukan dan memilih jalan sendiri. Mereka tidak boleh dikongkong dari aspek pemikiran, kehendak dan keinginan. Umur 18 tahun sudah dianggap dewasa. Indeed, British citizens aged 18 years or over can vote at all elections. Mereka mempunyai pegangan prinsip tersendiri tanpa digugat atau dicerobohi atau dipengaruhi oleh sesiapa. Ini tidak bermakna, mereka dianggap “introvert” atau “just think own self or having own perception or perspective”. Mereka turut “extrovert”, berusaha untuk menjaga kepentingan orang lain dan penuh integriti apabila diminta, terutama melibatkan kepentingan bersama. Di dalam proses membuat keputusan, yang diamalkan ialah, “make decisions for yourself and don’t just follow the crowd”. Hal ini turut mempengaruhi cara tindakan dan fikiran mereka kerana kebanyakan urusan pejabat kerajaan telahpun didesentralisasikan. Masing-masing pejabat boleh membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan pusat.

b) Semua dan semasa urusan di majlis-majlis rasmi, adalah terlalu ‘simple’, ringkas, padat, cepat tidak begitu formal, tiada elemen ‘pembaziran’. Contohnya, upacara rasmi seperti majlis konvokesyen tidak dipenuhi dengan ‘addressing and long speech’. Rehearsal langsung tidak ada, manakala banners, look so simple’. Just imagine, how much did we spend on the ceremony and the dinner, if any.

c) Pengurusan di pejabat semua dengan secara temujanji, efisien dan sistematik. Budaya temu janji suatu yang melicinkan proses dan semua dilayan tanpa pilih kasih. Teknologi yang dianggap pemudah cara pengurusan dimanfaatkan untuk tujuan melicinkan pengurusan. Cawangan bank, pejabat pos, klinik kesihatan boleh ditemui di mana-mana tempat tumpuan orang ramai dan kediaman, bagi memudahkan semua urusan orang ramai, walaupun mungkin pejabat/bangunan tersebut kecil dan ‘not looking grand’. Customers do waiting, but without long standing. Offices treat customers with courtesy and respect. Ucapan, “what can I help, thank you/cheers mike, brilliant”, adalah ucapan biasa, semacam kita dengan spontan mengeluarkan perkataan Allah dan Alhamdulillah, dalam keadaan tertentu.

d) Semasa perbincangan diadakan, masing-masing memberi maklumat, penjelasan, huraian tanpa segan silu, tidak “berlindung”, sentiasa berterus terang, tidak berlapik atau berbahasa kiasan, yang kemungkinan menyukarkan mengenalpasti maksud yang sebenar. Most Asian cultures, similar like Malaysian, being considered high context culture, meaning they speak indirectly and looks conservative. Malaysia ada bahasa sindiran. Orang British tidak faham bahasa kiasan atau sindiran atau bahasa berlapik. Di dalam kelas, mereka suka bertanya, walaupun kadang-kadang kita menganggap, seolah-olah itu soalan bodoh dan menunjukkan kebodohan kita. Budaya bertanya, sudah sebati dengan kehidupan mereka, terutama di dalam proses mencari maklumat tepat dan bertanggung-jawab. Mereka suka semua perkara ‘just get to the point’. Siapa sahaja boleh membuat keputusan sedangkan di dalam konteks kita, pada amnya, kita perlu memberi penghormatan kepada orang atasan dan kelazimannya menyebabkan proses berakhir dengan lambat akibat ‘red tape’.

e) Budaya belajar sudah sebati dengan masyarakat. Mungkin anak-anak mereka merasai sudah memadai dengan pencapaian GCSE, namun sistem pendidikan, life-long education and adult education boleh membantu mereka pada ketika yang diperlukan. Mereka boleh menyambung dan melanjutkan pelajaran, tanpa had umur kerana sistem pendidikan telahpun diatur berdasarkan “level” tertentu.Di Hull, pihak City Council turut menyediakan peluang ‘adult education’ yang meliputi bidang-bidang seperti language courses, English for Speakers of other languages (ESOL), Spanish & Italian for beginners, Workforce Development Courses, Learning for Leisure & Pleasure, such as photographs, dress making, IT Courses, Sport and Health. Semua kursus adalah percuma, melainkan beberapa kursus yang memerlukan yuran, di antara 10 paun ke 320 paun untuk tempoh 5 minggu ke 9 minggu. Falsafah pendidikan dewasa ialah ‘to provide quality education and training linked to the needs of local businesses and the community.

Pada hari Khamis, minggu lepas, 5 Mac, lalu, aku sendiri dan anakku Hakim yang bersekolah di Sydney Smith School, menghadiri taklimat pelaksanaan ofsyen, pengajaran Diploma di sekolah di seluruh sekolah di UK yang akan diperkenalkan dan dilaksanakan pada Sesi September, tahun ini untuk pelajar di Year 10. Pendedahan pelajaran peringkat Diploma di sekolah, ketika umur 14/15 tahun mungkin ‘not practical/suitable at that age’, namun sukatan pelajaran yang dianggap menumpukan soal teori, mula disemak semula. Pelajar akan berada beberapa hari di sekolah dan di Kolej yang mempunyai MOU. Peperiksaan GCSE masih berjalan ketika umur 16 tahun, namun tambahan sijil diploma, sebagai ofsyen adalah “nilai tambah” (value added).

f) Mereka masih cintakan membaca, walaupun orang muda sekarang, didapati mula “malas” membaca atau belajar. Rakan di tempat kerjaku, kerap membeli novel dan membacanya pada waktu malam, sebelum tidur. Harga bukupun tidaklah mahal seperti di tempat kita, lagipun banyak buku ‘second hand’ di jual di mana-mana, termasuk di’charity shop’, bahkan di klinik kesihatan. Pada hari semalam, Khamis, 12 Mac, 2009, aku menghantar anakku yang bongsu, Hidayat ke Newland Group Medical Practice, Alexandra Road, kerana deman campak, aku dapati di suatu sudut, buku diletakkan dengan cantik untuk dijual dengan harga 25pence. Sesiapa yang berminat boleh membelinya, dengan mengambil dan bayar sendiri (self service).

Pada setiap bulan, aku turut menerima majalah khas untuk pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Hull iaitu Hull Talk. Di dalam majalah ini, ada sudut ruangan temuramah, ‘small talk’, seorang pekerja dari Majlis dipilih setiap bulan dan di antara soalan biasa yang ditanya, what are you reading at the moment? Well, the story of Pink Floyd.

Di serata bandar di UK, ada suratkhabar tempatan masing-masing. The "Hull Daily Mail' and ' East Riding Mail' are the only two local newspapers in Hull. The Hull Daily Mail is the local newspaper of Kingston-upon Hull, East Yorkshire. It has been in circulation since 1885. It is also in print together with the free weekly, Hull Advertiser. This paper attracts around 170,000 readers and is published daily except for Sundays. It has also won an award twice in the year 2003 and 2004, for Yorkshire Daily Newspaper. The East Riding Mail is a newspaper, which publishes all the stories that occur in and around Hull's rural environment.

g) Orang Jepun dan Taiwan suka bekerja ‘long hours’, namun orang Eropah termasuk di UK, ramai orang suka bekerja ‘short hours and long rests’. Waktu kerja di UK juga teramat flexible. Waktu kerja adalah bertepatan dengan kemampuan dan keupayaan sesuatu kerja yang hendak dijalankan. Hakikatnya, Ini terkandung dan termaktub di dalam ‘Working Time Regulations, 1998’. Seorang doktor yang bekerja terus menerus 4 hari, selama 8 jam sehari, ‘will take a rest for three days’. Seorang pelajar, dibenarkan bekerja sambilan (part time), tetapi tidak dibenarkan bekerja melebihi 20 jam seminggu, seperti yang aku alami semasa belajar dan bekerja pada tahun 2006 dahulu. Di Malaysia, mana salah satu yang hendak dipilih. Kita dapati, pekerja-pekerja kilang di Malaysia, gajinya agak kecil, terutama yang baru masuk kerja dan baru kahwin dan baru dapat anak, mula penghidupan baru, di rumah sewa baru, baru beli kereta, semuanya baru…..maka terpaksalah kerja ‘over time’ sehingga ada yang ‘stress’ dan ramai yang diserang penyakit, walaupun usia masih muda dan akhirnya cepat mati.

h) Orang British, suka melancong seperti orang di benua Eropah. They keep money for leisure and happy life, because they don’t have any religion obligation. Walaupun, mereka mengakui penganut Keristian, namun kehidupan mereka tidak bersandarkan agama. Kita katakalah, mereka tidak hidup secara beragama, namun mereka ada sesuatu yang dirancang dan bertanggungjawab di dalam kehidupan. Mereka suka merancang untuk kebaikan keluarga dan pasangan mereka terutama di dalam program melancong. Kita yang beragama Islam, adakah kita merancang mengerjakan haji dan umrah dengan segera? Adakah budaya merancang, merupakan budaya orang British, bukan daripada ajaran Islam?

Aku tidak bermaksud ingin menyamakan budaya dan ajaran Islam. Hakikat sebenarnya, jika ajaran agama dijadikan panduan di dalam kehidupan, ianya akan sebati dan menjadi amalan biasa dan akhirnya menjadi ikutan dan tentunya amal hidup Islam atau budaya ini menjadikan kita maju ke hadapan.

i) Budaya ‘charity’(kebajikan) dalam pelbagai bentuk. A charity is an organisation that exists to enable one group, to help another group, whether that the people, animals or nature. Many of the best-known charities were set up by people who felt passionate about a situation that they believed was wrong or preventable. There are 180,000 charities in the UK. They have been helping each other out, looking after those in need. They, speaking out for people, organising volunteers, raising money like a sponsored event or in a street collection, such as clothes, bags, coats, running campaigns, and empowering people to change their lives for the better. Orang ramai akan mensedekahkan barang-barang yang tidak diperlukan lagi ke kedai-kedai ‘charity’ dan sesiapa yang berminat boleh membelinya dengan harga yang murah. Bersama-sama ini aku sertakan senarai ‘charity shops’ di Hull.

A.

Scope

- www.scope.org.uk - 01482 323298

B.

Oxfam

- www.oxfam.org.uk - 01482 446245

C.

Scope

- www.scope.org.uk - 01482 655109

D.

Oxfam

- www.oxfam.org.uk - 01482 642350

E.

British Red Cross

- www.redcross.org.uk

01482 493130

F.

British Red Cross shop

- www.redcross.org.uk - 01482 784533

G.

Age Concern

- www.ageconcern.org.uk - 01482 610272

H.

Salvation Army

- www2.salvationarmy.org.uk - 01482 218275

I.

Age Concern

- www.ageconcern.org.uk - 01482 580735

J.

Dove House Hospice

- www.dovehouse.org.uk - 01482 342744

Sesiapa juga boleh mendaftar di laman web tertentu untuk memberi sumbangan, seperti di Hull freecycle. Sesiapa sahaja boleh menyumbang atau meminta dan istilah yang biasa digunakan ialah “wanted, offer and taken”. Teman-temanku yang kadang-kadang hendak TV terpakai, boleh mendaftar di laman web dan akan menerima e-mel setiap hari daripada ahli-ahli. Temanku di Stoke on Trent, Fairuzam, biasa menerima e-mel ditawarkan pelbagai barangan rumah, seperti almari, kerusi, meja, ‘toys’ dan sebagainya. Ada di Hull ini, aku dapati suatu hari, keluar dalam e-mel, ditawarkan motosikal yang masih baik. Pemilik motosikal itu tidak sanggup lagi menjaganya, lalu diemelkan kepada sesiapa yang namanya tersenarai di dalam web.

5. Kesimpulan

Setakat ini yang aku sempat sentuh. Ini yang aku lihat dan jika diperhatikan dengan teliti, orang British mempunyai nilai baik dan amalannya amat tinggi, tanpa meminta balasan. Alangkah baiknya, jika mereka Islam dan manfaatnya mungkin lebih. Mereka masih mempunyai nilai menghormati orang lain, bahkan mereka amat sayang dengan binatang (‘pets’). Aku ada terbaca di dalam akhbar di Hull ini, 1/3 penduduk di bandar ini mempunyai ‘pets’. Setiap hari apabila aku keluar rumah, aku sentiasa nampak orang bersiar-siar membawa anjing kesayangannya. Macam-macam jenis anjing aku lihat daripada yang jenis kecil hinggalah yang paling besar seperti Affenpinscher, Old English Sheepdog, German Shepherd Dog. Aku terfikir dan terlintas, adakah sesiapa yang berminat membela kucing seperi sahabat Rasulullah s.a.w., Abu Hurairah r.a. yang gemar dengan anak kucing.

Persamaan budaya yang amnya baik, bolehlah diikuti. Budaya menghormati orang lain, mengurus, belajar, membaca, bersedekah, melancong adalah suatu yang boleh kita manfaatkan bersama walaupun datangnya dari orang yang kita benci. Aku masih ingat, akhlak yang baik yang diamalkan oleh oleh Arab Jahiliyyah di antaranya suka menolong sesama puak dan apabila orang Quraish masuk Islam, mereka mempunyai ikatan ukhuwah yang sungguh sejati dan murni. Orang Arab Jahiliyyah, sebelum Islam memang suka hiburan, pesta ratu cantik, minum arak dan membunuh anak perempuan. Di UK, aku belum lagi mendengar anak baru lahir dibuang di dalam tong sampah atau di dalam mangkuk tandas atau di gereja untuk maksud “membuang anak”, ekoran perbuatan zina. Anak zina dan ibu penzina di sini dapat ‘benefits’.

5 comments:

Anonymous said...

Gooԁ day! I knoω thiѕ is somewhat off tοpiс but I ωas
ωondering which blog platform are you usіng for this website?
Ӏ'm getting fed up of Wordpress because I've had isѕues with hackers and І'm looking at alternatives for another platform. I would be great if you could point me in the direction of a good platform.

Here is my web blog ... River Hill Tawangmangu

Anonymous said...

Admiring the persistence you put into your blog and in depth information you provide.
It's good to come across a blog every once in a while that isn't the same unwanted rehashed information.
Great read! I've saved your site and I'm adding your RSS feeds to my Google account.


Also visit my page: Mantra Pura Resort Pattaya Tel

Anonymous said...

You can definitely see your expertise in the article you write.
The sector hopes for even more passionate writers such as you who
aren't afraid to mention how they believe. At all times go after your heart.

My web page ... Park Hill Hotel Mactan

Anonymous said...

Good article. I am dealing with many of these issues
as well..

My website pattaya marathon 2004

Anonymous said...

excellent submit, very informative. I'm wondering why the opposite specialists of this sector do not understand this. You must proceed your writing. I'm confident,
you've a great readers' base already!

My web blog :: Beach Resort Boracay