Wednesday, March 11, 2009

Keperluan Pekerja Asing?

1. Mukaddimah

Malaysia adalah di antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing tertinggi di dunia. Di UK, Pejabat Statistik Kebangsaan menghebahkan maklumat pertambahan pekerja asing seramai 175,000 orang kepada angka 2.4 juta pada tahun 2008. (The Times, February 12, 2009) Fenomena lambakan pekerja asing yang berlaku di semua pelosok dunia, termasuk di Malaysia secara sah dan haram atau di negara kita diistilahkan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) akan terus menghantui kita buat sekian lama.

Mengapa kehadiran mereka diperlukan kerana di sektor-sektor kritikal mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Tambahan pula, sikap penduduk tempatan yang tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang dianggap kritikal seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. Malaysia amat bergantung kepada pekerja asing dan akhirnya negara kita sinonim dengan perkataan “buruh asing”, khusus pekerja asing yang bekerja di sektor pembinaan.

Kebanyakan mereka datangnya dari negara jiran iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, China dan negara di benua Afrika. Mereka sanggup melakukan kerja-kerja jenis kotor, berbahaya dan menggunakan tenaga, tulang empat kerat.

Pekerja asing yang datang ke Malaysia dikategorikan kepada dua iaitu:-
Secara sah, pada umumnya telah ditentukan jenis pekerjaan, majikan, tempat tinggal, dan faedah perubatan. Mereka telah melalui pelbagai proses untuk memenuhi kelayakan sebagai pekerja, mempunyai dokumen perjalanan yang sah, bebas daripada penyakit berjangkit, mempunyai kontrak pekerjaan yang sah dan diberi permit kerja, jenis pekerjaan dan tempoh kerja mereka di negara ini. Mereka diharapkan bekerja tanpa menyusahkan masyarakat tempatan.

Kategori kedua ialah PATI. Mereka kerap tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, termasuk menyalahguna pas pelawat dan mereka mudah dieksploitasi. PATI yang ditangkap kerana pelbagai kesalahan imigresen dan jenayah hanya membebankan kerajaan kerana terpaksa menanggung kos penahanan dan penghantaran ke negara asal mereka. Isu PATI di Sabah sehingga kini adalah teramat rumit dan kerajaan masih tercari-cari penyelesaian dan kerap bertangguh untuk mengambil tindakan sewajarnya. Lihatlah ulasan mengenai isu di Sabah mengenai pendatang asing di laman blog seperti, http://pemuda sabah.blogspot.com/

Kementerian Sumber manusia semasa di bawah Menterinya, Datuk Dr. Fong Chan Onn menyatakan langkah pengambilan pekerja asing adalah bersifat sementara.

2. Bahan Perbincangan

Aku sempat memperolehi statistik untuk tatapan dan bolehlah masing-masing menganalisa sendiri secara rasional.

Jadual 1: Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia, mengikut sektor, Tahun 2008

PEMBANTU RUMAH/Maid 293,359, 14.2%
PEMBUATAN/Manufacturing 728,8673, 35.3%
PERLADANGAN/Plantation 333,900, 16.2%
PEMBINAAN/Construction 306,873, 14.9%
PERKHIDMATAN/Services 212,630, 10.3%
PERTANIAN/Agriculture 186,967, 9.1 %
Jumlah 2,062, 596 100

Jadual 2: Jumlah Pekerja Asing mengikut Negara asal, Tahun 2008
Indonesia 1,085,658, 52.6%
Bangladesh 316,401, 15.3%
Thailand 21,065, 1.0%
Filipina 26,713, 1.3%
Pakistan 21,278, 1.0%
Lain-lain 591,481, 28.7%

SUMBER: KEMENTERIAN DALAM NEGERI,MALAYSIA

3. Analisa ringkas dari aspek positif dan negatif

3.1 Aspek Positif

Persaingan dan Perkembangan Ekonomi dan Industri. Semua Negara di benua ini akan menjadi tempat penghijrahan mencari nafkah. Mobilisasi pekerja tidak dapat dielakkan. Ekonomi negara wajar memberi ruang yang sama kepada semua warganegara dunia. Pertumbuhan ekonomi yang sentiasa di paras berkembang membuka peluang yang rancak di dalam sektor perniagaan dan perdagangan. Malaysia dianggap salah satu negara yang aktif menarik pelaburan asing. Syarikat multinasional turut mencari ruang perniagaan dan perdagangan dan tentunya, kakitangan mereka terdiri daripada ‘orang mereka’ turut ingin bekerja di suasana masyarakat dan budaya yang berlainan. Kerajaan sering menegaskan pelaburan asing amat diperlukan untuk perkembangan ekonomi di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada semua dan masa yang sama, turut direbut oleh pekerja asing, dirasakan tidak menjadikan satu kesalahan.

Pemilihan negara mana, dalam pengambilan pekerja asing melalui ’outsourcing’, maka agen-agenpun berkembang, sehingga menjadikan negara terkenal sebagai sebuah negara perdagangan manusia yang terbesar di Asia.

Konsep hak pekerja asing. I think, sometimes, under poor economic circumstances, foreign workers easily become the ‘scapegoat’. The entire structure of the migrant labour market is built on it being low-priced and easily replaceable. Dalam keadaan dan alasan apa juapun, pekerja asing, ingin bekerja bagi menyambung kehidupan mereka. Mereka akan memilih negara mana yang mereka suka atau dirasakan boleh menyelesaikan permasalahan kehidupan mereka.

Isu Mangsa/Pelarian Perang. 150,000 people are believed to be either refugees or asylum seekers, only a third of whom have been registered by UNHCR. Anggaran terkini oleh UNHCR mengenai pelarian yang berada di Malaysia ialah seramai 28,000 orang. Lebih kurang 10,000 adalah mangsa peperangan daripada Aceh, Indonesia dan 10,000 yang lain adalah orang muslim daripada Rohingnya (Myanmar). Pemerhati Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan kebenaran yang diberi oleh Malaysia kepada Rohingya untuk tinggal di negara Malaysia. Ini tidak termasuk pelarian perang di Filipina Selatan, tanpa angka yang jelas. Mereka juga adalah manusia, yang perlu mencari kehidupan dan menyara keluarga. I think, there is still unsolved issue. The lack of a formal agreement in no way affects UNHCR's universal mandate to protect refugees. But because it has no formal agreement with the Malaysian government, UNHCR's interventions with the government on behalf of refugees are ad hoc.

3.2 Aspek Negatif

Beban kewangan kepada negara. Malaysia membelanjakan RM1.169 juta sehari. Sehingga kini hampir 24,000 PATI berada di 54 penjara dan 15 pusat tahanan.

Pendapatan dan kadar upah tetap rendah dan ada elemen pengeksploitasian oleh para majikan dalam negeri dan 'foreign-based companies.' Kesannya beberapa tuntutan Malaysian Trade Union Congress (MTUC), termasuk mengenai isu ‘minimum wage’ tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan sehingga sekarang.

Kadar pengangguran turut meningkat. Faktor ekonomi yang meruncing, sikap rakyat tempatan yang enggan bekerja atas faktor memilih atau peribadi masing-masing memburukkan keadaan pengangguran di kalangan warganegara sendiri. Pada suku kedua, tahun 2007, kadar pengangguran ialah 3.4%. Pada tahun 2008 data menunjukkan, kadar pengangguran berada pada tahap 3.2%. The 4.5% figure represents perhaps a more accurate assessment based on the current economic situation as Malaysia is now preparing the backlash of the credit crunch and subprime mortgage originating from the United States. In November 2008, the second finance minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcob issued a statement that the country’s unemployment rate would not go beyond 4% in 2008 and even in 2009. Pengangguran boleh diistilah atau dikategorikan kepada empat iaitu:-

(i) pengangguran geseran - iaitu pekerja yang bertukar kerja yang mengambil masa untuk mendapat pekerjaan baru;

(ii) pengangguran struktur - pekerja yang tidak dapat bekerja akibat penggunaan robot, mesin jentera, peralatan canggih dan sebagainya;

(iii) pengangguran pusingan - akibat turun naik ekonomi, kemelesetan, inflasi dan sebagainya; dan

(iv) pengangguran bermusim - seperti nelayan di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu, Pahang yang tidak dapat ke laut apabila musim tengkujuh tiba.
Semua angka masih teka-teki. Sincerely, please, government reveal, the actual data.

Masalah sosial adalah fenomena biasa apabila berlaku proses penghijrahan. Kesudahannya lebih ramai pekerja asing dan PATI membuka kawasan kediaman/kampung sendiri, ataupun setinggan, menyekolahkan anak-anak di sekolah kerajaan, menggunakan semua perkhidmatan termasuk kesihatan kerajaan. Contoh terbaik di Sabah. Mereka bukan sahaja berkongsi segala kemudahan dengan penduduk tempatan, sebaliknya ada yang lebih berjaya sehingga dapat berniaga sama ada membuka kedai runcit atau menjaja di tepi jalan. Bebanan kewangan kepada sektor awam tentunya meningkat, melainkan mereka yang bekerja turut dikenakan cukai pendapatan. Di Sabah, jumlah komposisi pendatang disebutkan amat tinggi. Penduduk Sabah pada tahun 1970 adalah 648,693 meningkat kepada 3.13 juta tahun 2005, pertambahan hampir 400%. (Media statement given by Lim Kit Siang, MP Ipoh Timor, on Sabahans "refugees in their own land" because outnumbered by foreigners- Nazri adds insult to injury, 30.9.2006) Fenomena pergaduhan etnik turut terjadi dan kita perlu mengawasi perkara ini bagi mengelakkan rusuhan etnik. Perkara ini kerap berlaku di Lembah Klang. Aktiviti jenayah yang dikaitkan dengan pendatang asing turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat, walaupun kadang-kadang pihak PDRM tidak bersedia berterus dengan penjelasan angka, maklumat data yang sebenar, dikhuatiri menjejaskan imej negara dan menjaga hubungan negara tetangga. Sincerely, please, police reveal the actual data.

Aspek Politik.
Isu pendatang asing yang dikaitkan dengan penghijrahan mereka secara besar-besaran, menetap lama, tanpa aspek pengawalan seperti yang berlaku di Sabah, dikhuatiri akan diambil kesempatan untuk melibatkan diri dengan aktiviti mengundi dan mencorakkan kepimpinan negara. Isu warganegara dan pemalsuan kad pengenalan dan 'pengundi hantu' kerap didengar di negeri tersebut dan tentunya sebagai rakyat biasa, kita tidak mahu perkara ini berpanjangan dan boleh menjejaskan keselamatan negara. Ahli politik yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, perjuangkanlah secara jujur dan penuh integriti.

4. Langkah-Langkah Pengurangan atau Pergantungan Pekerja Asing

Agen dan negara pembekal pekerja. Negara berkenaan dan agen-agen mereka semestinya menapis, mendaftar semua pekerja mereka dengan sistematik. Manakala mengenai isu PATI, kerajaan wajar mengwujudkan memorandum persefahaman (MOU) semula bagi mencari langkah-langkah yang jitu bagi menghalang penghijrahan secara haram. Negara penghantar wajar menyediakan semua dokumen perjalanan dan bantuan logistik termasuk perlindungan dan pengangkutan untuk mereka yang akan dihantar pulang.

Kajian, Laporan Tahunan & Pengawalan Pangkalan Data dan berpusat. Kajian yang menyeluruh melibat keperluan di sektor yang kritikal, asas dan keperluan yang dikehendaki dan jenis majikan yang diperlukan. Prosedur pengambilan pekerja asing, kemudahan kepada pekerja asing, masalah-masalah yang dihadapi oleh majikan, kesan pengambilan dan pengurangan pekerja asing hendaklah dijadikan asas untuk setiap penggubalan undang-undang dan peraturan bagi memenuhi tuntutan semasa. Semua majikan, NGOs, kerajaan negeri bahkan tempatan, publik turut bebas terutama mengakses atau membaca laporan yang disediakan bagi pandangan, maklum balas dan pandangan.

Denda & Tindakan Mahkamah kepada Majikan. Suatu sistem yang berkesan hendaklah diwujudkan bagi mengenalpasti semua majikan berdaftar dengan pihak berwajib dan mereka yang menyalahi undang-undang hendaklah diberi tindakan dengan pantas.

Pendaftaran, Institusi Latihan rakyat tempatan & Tabung Khas Pekerja.
Kementerian Sumber Manusia sudahpun banyak membina institusi-institusi bagi menyediakan latihan kepada golongan muda. Persoalannya, aspek modul dan latihan semula yang sesuai dengan industri terkini hendaklah diberi keutamaan bagi memberi peluang anak tempatan memperolehi pekerjaan dan kadar upah yang munasabah. Kerajaan negeri dan institusi-institusi di bawahnya disarankan mendaftar semua orang termasuk belia menganggur, menyediakan tabung khas dan kursus atau latihan singkat/jangka pendek bagi menyediakan belia yang menganggur atau lepasan sekolah/universiti bagi menyertai program ini dan seterusnya berusaha dicarikan kerja yang bersesuaian dengan latihan yang telah diperolehi.

Mengenai isu insentif, Kerajaan dan majikan wajar menyediakan insentif yang lebih baik dalam menarik minat pekerja tempatan. Kerajaan sewajarnya berusaha berunding dengan kesatuan sekerja seperti MTUC dalam memperjuangkan nasib pekerja di sektor swasta.

Penguatkuasaan & Kerjasama Orang Ramai. Penguatkuasaan dan undang-undang yang sedia hendaklah diketatkan, pendaftaran pekerja dan usaha kerajaan seperti pengampunan, sebatan dan pembekuan pengambilan pekerja asing yang baru tidak pernah menghalang lebih ramai PATI untuk mencari rezeki di negara ini.

Maka, adalah disarankan pihak berkuasa melipat-gandakan penguatkuasaan dan penyiasatan selama 14 hari bagi setiap kes dan kemudiannya mendakwa mereka di Mahkamah dengan segera. Askar wataniah dan ahli RELA yang menjalani latihan penguatkuasaan bersama-sama pihak polis dan Imigresen hendaklah jujur di dalam menjalankan tugas. Mereka yang didapati bersalah di bawah Akta Imigresen 2002 mungkin disebat, dipenjarakan untuk tempoh 5 tahun, denda secara maksimum dan ditahan sementara sementara menunggu dihantar pulang ke negara asal. Kawalan di setiap pantai negara dan pintu sempadan hendaklah diawasi secara beramanah dan tidak berlaku rasuah.

Publik boleh menyalurkan maklumat dan memberi kerjasama kepada agensi penguatkuasa untuk melicinkan operasi pembasmian dari semasa ke semasa. Mereka tidak seharusnya memikirkan ganjaran atau menutup mata apa yang terjadi di hadapan mereka.

Sistem pendaftaran pekerja yang sistematik dan tempoh bekerja. Mungkin jawapannya bukan kepada jumlah pekerja asing tetapi cara mengawal kedatangan mereka, cara menentukan sektor pekerjaan untuk mereka dan mungkin tempoh visa bekerja untuk mereka di negara ini. Pihak swasta bertanggungjawab mempastikan pekerja mereka yang terlibat dalam sektor mempunyai permit kerja yang sah dan turut mengutamakan pekerja tempatan.

5. Kesimpulan

Kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana faktor penarik; tawaran yang diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang dimiliki.

Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia, majikan (swasta) dan masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian seperti memperkasa progam kesedaran, integriti dalam urus-tadbir dan pada masa yang sama menambah baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada PATI dan pekerja asing yang tidak terkawal.

Rakyat Malaysia khususnya belia menganggur, lepasan sekolah atau universiti, mesti berdaftar dengan sistem Electronic Labour Exchange (ELX) di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mendapatkan pekerjaan di samping mereka disediakan suatu mekanisme latihan semula yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan mereka, bagi menyediakan peluang pekerjaan yang ada di pasaran. Gaji dan insentif untuk pekerja tempatan perlulah disemak semula supaya lebih ‘competitive’ dan sesuai dengan taraf kehidupan terkini. Akhirnya, aku ingin melihat anak bangsaku sendiri mampu menjadi usahawan yang maju, berdikari tanpa ‘makan gaji’ lagi. Bila lagi kita hendak berubah, ayuh mulakanlah sekarang.

Pekerja asing disifatkan sementara dalam sektor guna tenaga manusia, namun hakikatnya, tiada arah untuk berakhir. Aku juga tertunggu bila agaknya, tarikh keramat pekerja asing dihentikan……………..Adakah pengumuman Menteri Dalam Negeri melibatkan seramai 55,147 orang bakal pekerja dari Bangladesh, dibatalkan visa bekerja bermulanya era ini… Sila lawati laman Menteri,Syed Hamid Albar

No comments: