1. Aku sempat menyemak dan membaca sebuah buku yang dibeli oleh isteriku, pada bulan Ogos 2008 semasa balik Malaysia sekejap untuk urusan 'collect data', iaitu berhubung dengan ibadat salat. Buku ini bukan dikarang oleh ulama terbilang, namun boleh dibuat rujukan dan dikatakan ada kepentingannya dari aspek menjaga kesihatan. Buku, dengan tajuk, Salat: Benefit From Science Perspective ditulis oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim, Prof. Dr Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menarik perhatianku. Buku ini turut diperbincangkan dan dijadikan bahan untuk tazkirah oleh kaum wanita di dalam program 'Islamic Circle' yang diadakan setiap hari Sabtu di Hull ini.
2. Sememangnya sudah lama juga aku tercari-cari ulasan secara sainstifik mengenai kepentingan ibadat dari sudut kesihatan. Kita sering mendengar, puasa juga baik untuk kesihatan. Aku hanya sekadar untuk mengingatkan diriku dan keluargaku, setiap amalan Islam yang kita tunaikan, seharusnya dijadikan amalan harian tanpa alasan, di samping meneguhkan keimanan, ianya juga turut memberi manfaat di dalam melayari kehidupan ini, maksudnya tidak terkecuali menjaga emosi, fizikal dan mental kita.
3. Mungkin, tidak salahnya, aku hendak promosikan buku ini untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Buku ini dibahagikan kepada 7 bab. Bab 1 - memperihalkan pergerakan di dalam salat yang utama, seperti berdiri, rukuk, sujud, duduk termasuk semasa tahiyat memberi kesan positif kepada fizikal manusia. Bab 2 - kesan salat kepada setiap komposisi badan manusia. Bab 3 - menceritakan tentang kadar dengutan jantung. Bab 4 - mengenai sakit belakang. Bab 5 - otak. Bab 6 - mengenai aktiviti otot dan Bab 7 - kesan salat terhadap "erectile dysfuntion (ED)".
4. Dengan membaca buku ini, aku teringat kembali semasa aku di tingkatan lima di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor, macam susah sikit aku hendak memahami pelajaran biologi yang diajarkan oleh guruku. Kini, aku bolehlah mengulangkaji dan memerhati semula setiap bahagian yang ada di dalam tubuhku sendiri dan berusaha untuk menjaganya dengan sempurna.
5. Izinkan aku memetik beberapa baris kepentingan salat, seperti yang aku baca di muka surat 25. " Salat as a daily habit. .... participants in the group that performed their salat five times a day have higher phase angle value, body capacitance value, basal metabolism rate (BMR) and body cell mass (BCM) than those who performed their salat less than five times a day. ...............A complete act of five obligatory salats a day also boosts the body's immune system and helps guard against the risk of heart disease, stress, cholesterol and other undesirable health conditions". Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari http://umfacts.um.edu.my/gallery/index.php?menu=research_details&cid=88
6. Just a glance, since peace of mind and concentration are essential for performing Salat, it should be performed when one is fresh and free from tiredness. That is to say there emerges a correct salat from a perfect faith and gain perfect health. Let's help ourselves like and enjoy buying and reading books. Apakah sama kedudukan orang yang cintakan ilmu, membaca, mentalaah dan yang tidak?

No comments:
Post a Comment