2. Aku tertarik dengan ulasan para bloggers, antara lainnya menyebutkan kerajaan baru Perak sememangnya dirancang dengan rapi tanpa disedari oleh PR. Rancangan yang strategik dilakukan oleh UMNO bersama-sama dengan agensi kerajaan, terutama BPR yang dipergunakan untuk merangkap 2 orang ADUN PKR yang sememangnya bermasalah dengan kepimpinan PKR dan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
3. Adakah sekarang, kerajaan baru sebenarnya mendapat mandat dan direstui oleh rakyat? Apa yang berlaku ialah bukan rakyat yang memberontak hendak menumbangkan kerajaan secara kekerasan atau secara sepak terajang politik, namun hakikatnya pemimpin UMNOlah yang hendak menukar kerajaan dan rakus berkuasa. Sejarah lompat berlaku akibat permainan pemimpin UMNO. Di bawah ini disenaraikan fakta sejarah.
3.1 PRU 1959
PAS memenangi 13 kerusi, Parti Negara 4 kerusi dan Perikatan (UMNO + MCA) hanya 7 kerusi. Kerajaan PAS Terengganu tumbang melalui undi tidak percaya akibat tindakan 3 ADUN PAS dan 3 ADUN Parti Negara menyertai UMNO.
3.2 Kes Pindaan Perlembagaan 1994 Negeri Kelantan
Enakmen anti lompat Kelantan diluluskan dan serentak dengan itu kerusi Limbungan dan Sungai Pinang diisytiharkan kosong kerana ADUNnya melompat dari S46 kepada UMNO. Apabila berlaku pilihanraya kecil, calon UMNO yang diwakili oleh 2 ADUN lompat, dan bertanding dengan lawannya, calon S46 yang baru, ADUN lompat iu ditewaskan. Enakmen itu menyaksikan Kelantan mendapat 2 ADUN baru yang menang dengan majoriti selesa, namun UMNO Kelantan tetap dengki dan khianat dan mencabar keputusan itu di mahkamah. Akhirnya, mahkamah membatalkan keputusan pilihanraya dan menyerahkan kerusi ADUN pada calon yang tewas. ADUN lompat itu diisytiharkan kekal menang oleh mahkamah.
3.3 Kes Pilihanraya SABAH 1994
PBS memenangi 25 kerusi, manakala BN memiliki 23 kerusi. Perlembagaan Sabah mengizinkan Parti yang memerintah melantik 6 orang ADUN tambahan dan menjadikan jumlah 31 kerusi PBS. UMNO terlibat mengeruhkan politik Sabah dengan mencadangkan penubuhan parti baru dengan begitu singkat. Akhirnya, terjadinya peristiwa 'shopping' ADUN PBS secara besar-besaran dan akhirnya PBS hanya tinggal 6 kerusi dan runtuhlah Kerajaan PBS. Ekoran daripada itulah akhirnya UMNO masuk ke Sabah dan USNO dimatikan.
4. Ada orang bercakap, apakah bentuk kerajaan yang sesuai untuk dipanggil kerajaan baru Perak ini, termasuk MB yang baru? Aku suka menganalisa apa yang difikirkan dan disebutkan oleh orang lain, rata-rata yang menyokong PR, yang teramat marah dan masih bersedih dengan tumbangnya kerajaan PR, menyebutkan kerajaan baru ini sesuai dinobatkan sebagai kerajaan lompat, 'shopping', tidak bermoral, berwajah perasuah dan kerajaan haram yang boleh disabitkan semacam Yahudi.
5. Soalan yang lain, adakah kerajaan yang disebutkan seperti itu, mampu mengambil hati rakyat dan memerintah seolah-olah mesra rakyat dan dapat membela nasib mereka?
5.1 UMNO berpendapat bahawa partinya adalah terbaik dan mampu melakukannya dengan alasan-alasan berikut:-
5.1.1 Mereka hendak berubah mengikut selera rakyat sekarang dan berusaha melakukan yang terbaik, pro-aktif dan konstruktif, yakni lebih baik daripada PR dahulu. Mereka akan mula memantau keinginan dan menunjukkan minat untuk menyelesaikan masalah dan kehendak rakyat terutama kebajikan dan keharmonian kaum.
5.1.2 UMNO telahpun berjanji, bahawa projek-projek pembangunan yang menguntungkan rakyat terutama orang Melayu dapat dilaksanakan. Pendekata, Perak dijadikan medan untuk 'wow factor' untuk menarik orang Melayu dan bukan lagi pendekatan cara lama untuk mendekati mereka. UMNO mesti memastikan parti ini sentiasa relevan sampai bila-bila.
5.1.3 UMNO akan memastikan rakyat lebih terbela daripada PR sendiri. UMNO menjanjikan kepimpinan yang baik dan berkesan, apatah lagi UMNO mempunyai banyak kerusi di DUN.
5.1.4 UMNO wajar mengukuhkan taringnya di Perak kerana kepimpinan UMNO dan peribadi mereka yang terdahulu dianggap lemah dan hanya mempertahankan 'status-qua' dan jika tidak diperbaiki tentunya akan melemahkan dan menghancurkan UMNO.
5.1.5 Aku berpendapat, mungkin seperti orang lain, TPM kita sudahpun menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri tentunya beliau ingin membuktikan betapa dakwaan UMNO selama ini untuk merampas kerajaan secara 'lompatan ADUN' telah terbukti berjaya daripada strategi Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Kalau DSAI boleh mengheboh-hebohkan kehebatannya untuk merampas Putrajaya, nampaknya belum menjadi kenyataan, muslihat TPM didapati jauh lebih berkesan.
6. Apapun perkara yang berlaku, begitulah yang sudah ditakdirkan. Biasalah adat bermain politik, strategi dan 'kepintaran' sememangnya diperlukan. Walau bagaimanapun, pilihanraya semula dan mendapat mandat baru adalah wajar. Sultan Perak wajar memerhatikan 'mood' rakyat. Maka, aku berpendapat, semua parti yang bertanding di dalam pilihanraya hendaklah membuktikan kemampuan mereka sendiri dan berusaha lebih keras untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menubuhkan kerajaan. Cara 'shopping' atau melompat-lompat tidak menunjukkan kematangan dan 'gentleman'. Aku setuju kalau hendak lompat juga, sebelum jadi ADUN. Di mana maruah dan hendak letak muka orang macam ini. Kerajaan yang dibentuk daripada permainan lompat melompat mengkhianati amanah rakyat yang diberikan. Sifat malu dan harga diri sudah tidak ada lagi. Malulah pada dunia, main masuk pintu belakang 'and easy way to wrest the power'. Apa ertinya suara rakyat dan makna demokrasi sebenar.
No comments:
Post a Comment