1. Keunikan kejadian manusia kerana dianugerahkan akal untuk berfikir. Dengan berfikiran tajam, menganalisa dan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, maka kehidupan manusia akan semakin bertambah baik, subur dan melebarnya manfaat yang boleh dirasai nikmatnya untuk manusia sejagat. Lantaran itu, tujuan dunia ini dihamparkan kepada manusia adalah medan memperkembangkan ilmu dan ilmu dimanfaatkan untuk membina kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
2. Rupa paras, warna kulit, keturunan, bangsa dan silang budaya bukannya halangan manusia pelbagai rumpun dan benua hidup bertaaruf dan menjalinkan hubungan dan ukhuwah. Natijah perkenalan bukannya semata-mata berkomunikasi atau berbual-bual bertanya khabar, namun kehidupan ini mengehendaki kita semua mencapai matlamat bertolong-tolongan. Manusia yang dipandang mulia di sisi Allah s.w.t. ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menyeru kepada jalan dakwah, mencari kebenaran dan menegakkan maaruf, menyelesaikan masalah kehidupan dan kerumitan bersama-sama di samping berusaha meningkatkan darjah ketinggian ketaqwaan kepada Pencipta.
3. Soalnya, bagaimana setiap diri boleh berperanan, sedar dan istiqamah dengan amanah yang dipikul ini? Ya, tidak semua manusia sedar tentang hakikat dirinya dijadikan dan peranan yang sepatutnya dilakukan. Mereka lupa atau lalai, lantas menghabiskan usia yang ada tanpa pedoman atau panduan. Akhirnya, kembali menemui Allah usang dengan bekalan dan menyesal tanpa ada hujungnya.
4. Mengapakah perlunya kita berfikir meningkatkan kemahiran dan pembangunan diri ke arah kehidupan yang sempurna sementara di dunia ini dan untuk hidup kekal di hari akhirat?
5. Apa yang maksudkan ialah setiap manusia semestinya berfikir untuk memajukan diri masing-masing, meyakini diri ini ada sesuatu yang wajar dilakukan untuk melakukan sesuatu kebaikan kepada dirinya, memberi sumbangan kepada masyarakat, memimpin keluarga dan ummah serta mengetahui sebenarnya ada tugas terhadap Penciptanya.
6. Aku tertarik untuk membicarakan persoalan ini, apabila membaca buku-buku 'leadership and styles', seolah-olah menunjukkan dan membuktikan orang Barat, merekalah orang yang terawal menerokai dan menguasai ilmu dan menjadi pemimpin terulung dunia, walaupun tidak menyampingkan Muhammad Rasullullah s.a.w. Namun, ditonjolkan mereka mempunyai ramai tokoh terbilang dan pelbagai lapisan kepimpinan sama ada politik, ekonomi, sosial, pendidikan, para ilmuan, cendiakawan atau lainnya. Bahkan terdapat pensyarah pengurusan di Business School di sini turut mendabik dada dan merasa bangga bahawa merekalah mempelopori asas pengurusan dan kepimpinan. Mereka menyatakan, "leadership is our culture and way of life". Mereka menjadikan soal pemimpin dan kepimpinan yang beramanah, telus atau "integrity" sesuatu yang 'vital' dalam hidup dan setiap organisasi dan individu mesti mahir dan cekap memimpin. Memang tidak dapat dinafikan, di sekolah, di universiti, orang British mahir berhujjah, mengulas sesuatu, berkomunikasi secara efektif dan tidak seperti orang Asia yang malu-malu bercakap atau enggan bahkan diam seribu bahasa, tanpa mengutarakan pandangan atau petah berhujjah. Inilah juga antara punca mereka memandangkan rendah orang lain. Lantaran itu, tidak ramai graduan bahkan pensyarah kita yang mahir berbicara atau menulis di jurnal, di majalah antara bangsa atau menghasilkan karya bersifat dan bertaraf internasional. Aku sendiri nampak, anak bongsuku selalu meminta ibunya membacakan buku dan bercerita kepadanya dan selalu menyoal dan banyak soalan atau pertanyaan, antara, skripnya yang popular ialah " why this mummy?, can you explain, why?
7. Dakwaan mereka berasas kerana perkembangan penyelidikan secara ilmiah dan bersifat 'developing new theories and creating or contributing for new knowledge" adalah menyebelahi mereka. Faktor inilah antara pendorong mereka menjajah negara-negara di benua ini dan tidak terkecuali dunia Islam sehinggakan mereka menguasai keseluruhan harta khazanah, bahkan keseluruhan minda umat Islam sehingga kini. Buku-buku Islam yang ditulis oleh orang Islam bahkan buku-buku lainnya yang dihasilkan oleh orang Malaysia sendiri, masih tidak bersifat ilmiah. Kebanyakan karya terutama mengenai kepimpinan ditulis secara mendatar, ulasan 'on surface, very plain and short forcasting' dan tidak bersifat mendalam, menyelidiki secara tersurat atau makna sebenar dan tidak menjadi penarik ke arah membentuk kepimpinan yang jitu terhadap penganut-penganut Islam sendiri. Natijahnya, kita dapati banyak kepincangan dan kelemahan di institusi, organisasi bahkan badan politik termasuklah kepimpinan negara.
8. SO, LET ME SUMMARIZED, BY SUGGESTING FEW QUESTIONS TO BE ANSWERED, PATIENTLY:- Some answers or explanations already given. Please have youself.
8.1 WHY WE NEED CREATIVITY IN OUR TEACHING METHOD?
8.1.1 We know, creativity is an ability to imagine or invent something new, the ability to generate new ideas by combining, changing, or reapplying existing ideas. It is also, an attitude; the ability to accept change and newness, a willingness to play with ideas and possibilities. It also means a process, where people work hard and continually to improve ideas and solutions. The creative person knows that there is always room for improvement.
8.2 HOW TO DEVELOP CREATIVITY FOR OUR NEW GENERATIONS AND INCREASE OR GENERATE OR INSPIRE OWN POTENTIAL AND LEADERSHIP?
8.3 HOW TO CAPTURE NEW IDEAS AND WHY LEADERSHIP IS VERY IMPORTANT IN OUR LIFE AS MUSLIMS?
8.3.1 Please think and analysis tools to help elicit new form of learning strategies. Please purchase good books and start reading. I have a book, may be is really inspiring for everybody. Leadership: An Islamic Perspective by Rafik Issa Beekun and Jamal A. Badawi, Amana Publication, Maryland, 1999 (see above).
8.4 HOW TO APPLY CREATIVITY AND CRITICAL THINKING?
8.4.1 To survive and thrive, individual needs to be constantly innovating. Emphasizes the potential skills.
9. Kesimpulannya, didiklah anak kita mengenali kepimpinan Islam, terutama kepimpinan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan pelajari teori mengenai kepimpinan daripada pelbagai arena pembacaan. Jadikan anak kita kreatif dan mampu menganalisa sesuatu yang ada di persekitaran dengan kaca mata yang jernih, matang dan kritis berdasarkan ilmu asas yang kukuh. Pada masa yang sama, anak-anak kita khususnya yang masih belajar terutama di sekolah rendah dan menengah diharapkan atau didorong untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berpersatuan untuk membina syaksiyah dan kepimpinan dan "self management", agar mereka tidak bergantung hidup atas bantuan orang lain. Sebenarnya, sukar untuk membentuk orang menjadi "orang", yang mampu berdikari dan menyumbang kepada komuniti setempat. Hidup di dunia, bukan hidup sendiri, tetapi hidup bersama orang lain. Mudah-mudahan hidup di dunia ini lebih bermakna dan ada tujuan.
No comments:
Post a Comment