Saturday, January 17, 2009

Car Boot Sales



Pada kali ini, aku ingin menceritakan salah satu aktiviti masa lapang atau untuk menghiasi masa terluang khususnya para pelajar dan orang seperti aku di sini. Car boot sale sememangnya yang aku maksudkan untuk diceritakan pada kesempatan masa yang ada ketika ini. Para asasnya, car boot sale di U.K. dijalankan di suatu tempat seperti halaman sekolah, bangunan dewan orang ramai, padang rumput, tempat letak kereta atau pasar yang bersifat outdoor ataupun indoor yang telah ditetapkan bermaksud “for selling your own personal property or household and garden goods”, seakan-akan untuk ‘disposed ‘barang tersebut atau sebagai sumbangan ‘charity’ atau seolah-olah untuk amal. Pemilik barangan tersebut atau penjual tidak menjual barangannya untuk maksud ‘profit ‘. Adalah menjadi satu kesalahan seseorang yang menjual barangan peribadi untuk maksud perniagaan. Maka , didapati terutama musim panas, car boot sale ini menjadi pesta dan amat meriah kerana outdoor sale amat luas. Masyarakat British tidak gemar menyimpan atau memakai suatu barangan begitu lama dan jika sekiranya mereka tidak gemar atau ‘unwanted items’, disebabkan berpindah dan membersihkan rumah atau disebabkan kematian, mereka ada cara untuk “membuangnya dari rumah mereka”. Satunya, melalui proses menyumbang ke kedai-kedai charity dan mereka hanya meletakkan barangan itu di sini. Keduanya, menghebahkannya di laman web yang telahpun dibina oleh persatuan-persatuan dan sesiapa sahaja boleh menghubungi tuanpunya atau tuanpunya barangan tersebut menghubungi sesiapa sahaja yang telah mendaftarkan namanya di laman web tertentu untuk mengambilnya begitu sahaja. Ketiganya, mereka turut mengambil inisiatif datang ke pasar-pasar car boot terbuka mengikut musim atau tetap dan menjualnya dengan harga yang agak murah. Walaupun mungkin kita beranggapan barangan tersebut sudahpun diguna atau ‘second hand’, namun kebanyakannya masih boleh dipakai dan berkualiti. Keempatnya, menjualnya melalui ebay bagi barang yang berharga dan baru atau tidak dipakai sama sekali.

Di Amerika Syarikat istilah yang sesuai digunakan ialah ‘garage or trunk sale’. Aku dan teman-teman lain, sememangnya pengunjung tetap car boot sale ini. Jualan di bonet kereta sukar diperolehi di Malaysia. Mungkin dekat Pasar Tani Shah Alam konsepnya ada, sebab bonet kereta dibuka dan barangan dilambakkan di dalam bonet tersebut namun barangan yang dijual seperti menjual minyak wangi adalah bertujuan untuk keuntungan dan menambahkan pendapatan. Di Malaysia makna atau istilah ‘unwanted items and unprofitable’ tidak tercapai. ‘Owner’ atau penjual akan membawa kereta atau vannya dan mencari tempat yang telahpun ditetapkan untuk mempamer dan menjual barangan mereka, sama ada di atas tanah/rumput, bonet kereta atau pangkin kecil. Di Bandar Hull, ada beberapa tempat yang sering menjadi tumpuan iaitu Craven Park Market, Preston Road, HU9 5HE, dibuka pada setiap hari Sabtu mulai jam 6.00 pagi dengan bayaran £8.00 kepada penjual yang berkereta dan £10.00 yang memandu van. Di Walton Street,yang dibuka pada hari Rabu dan Ahad, juga Marfleet & Market Car Boot yang dibuka pada hari Sabtu, kesemuanya dibuka awal pagi mulai 6.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan penjual dikenakan ‘charge’ £7.50pence. Pada mereka yang ingin merasakan perjalanan agak jauh boleh juga pergi ke North Cave, B1230 Newport Road HU15 2NU, Doncaster, York, Leeds dan tempat-tempat lain.

Apakah keistimewaan car boot sale ini?

i) ‘Owner’ atau sesiapa sahaja sama adaa first-timer, a regular, or a seasoned professional’, boleh ‘disposed or having a good clear out’ barangan mereka secara terhormat. Di Malaysia, agaknya jarang di antara kita yang pergi ke kedai ‘bundle’ untuk membeli baju, seluar atau coat murah. Jika kita pergi mungkin jatuh status dan tidak ‘standard’ tetapi di York, orang yang dianggap berada akan menjual barangan milik mereka tanpa segan-silu. Barangan mereka sebenarnya masih kelihatan cantik, baru, berkilat dan tetap dijaga dengan baik. Mereka tidak membuang barang di tong sampah begitu sahaja, melainkan barangan tersebut didapati rosak. Tradisi ini masih kekal dan setiap pengunjung boleh tawar-menawar mengenai harga yang ditetapkan oleh ‘owner’. “Great bargains, great prices”. ‘Owner’ tentunya merasakan ‘have some fun and make some money’. Apa yang amat menarik ialah terdapat beberapa laman web yang mempromosikan tempat-tempat car boot sale di seluruh U.K. Setiap penduduk atau pengunjung yang berhampiran boleh berkunjung ke tempat berkenaan dengan mudah kerana laman web tersebut turut menyenaraikan lengkap tempat-tempat, arah laluan dan peta lokasi tersebut. Contohnya, laman web, http://www.yourbooty.co.uk/, http://www.carbootjunction.com/car-boot-by-county.php, menyenaraikan sejumlah 1029 ‘local car boot sales’ di dalam directorynya. Laman web ini turut menyediakan ruang forum dan nasihat kepada semua peminat dan pencinta car boot sale ini. Untuk makluman teman-teman, di sekitar kota London sahaja ada 10 Top Ten Car Boot Sale iaitu;-

· Battersea , Battersea Tec College, Battersea Park Rd, (entrance in Dagnall St) SW11,

· Cuffley, north of Potters Bar at the junction of Cattlegate Rd and Northaw Rd, EN6,

· Hatfield ,Birchwood Leisure Centre, Longmead, Hatfield, Hertfordshire

· Hewitts Farm, Orpington, Hewitts Farm, Court Rd, Orpington, Kent BR6, Orpington rail from Charing Cross

· Holloway ,Opposite Odeon Cinema, Holloway Rd, N7 (01992 717 198) Holloway Road tube

· Hook Road Arena, Epsom, Hook Road Arena, at the junction of Hook Rd and Chessington Road, Epsom

· Kilburn, St Augustine’s C of E Primary School, Kilburn Park Rd, NW6 (020 8440 0170) Kilburn tube.

· Wimbledon Stadium, Plough Lane, SW17

· Wood Green, New River Sports Centre, White Hart Lane, N22 (01992 468 619) Wood Green tube.

· North Weald/Harlow ,Bluemans Field, A414 Road to North Weald, Talbot Round, North Weald, Essex

Agaknya, di Malaysia, siapakah yang hendak melakukan pekerjaan ini?

ii) Pengunjung dapat memperolehi barangan yang pelbagai’ unwanted household goods’ daripada buku-buku lama, rekod lagu, video, permainan kanak-kanak, stem, duit syiling, perabut, perkakas dapur, memasak sehinggalah kepada pakaian dan permainan sukan. Sesiapa yang berminat bertukang atau membaiki kereta juga, terdapat ‘tools’, ‘spanner second hand’ yang masih baik dan berfungsi. Pada amnya, jika ada pelajar-pelajar baru sampai, Persatuan Melayu Hull akan mengorientasikan mereka ke car boot sale ini untuk membeli barangan asas dengan harga yang jauh lebih murah daripada supermarket besar seperti Tesco dan Asda. Pelajar-pelajar baru terutama yang sampai pada musim sejuk, kami akan pastikan mereka dapat membeli baju sejuk, ‘sweater’ atau ‘jumper’ dan yang lainnya, yang sesuai untuk memanaskan tubuh badan mereka. Sebab itu jika mereka sampai ataupun ada teman-teman Malaysia yang hendak makan angin di U.K., setibanya mereka di airport, sama ada di Manchester ataupun Humberside, kami sudah ‘stanby’ dengan baju sejuk kami dan janganlah risau atau membelinya di Malaysia. Kami akan membawa mereka ke car boot sale untuk mencari yang lebih sesuai dan murah. Untuk mereka yang bercadang untuk mempunyai baby baru di U.Kpun jangan risau untuk memperolehi peralatan bayi mereka. Kereta sorong bayi boleh dibeli ‘less than £10.00’. Kaedah ini boleh menjimatkan belanja. Tempat meletak kereta juga luas dan pada kebanyakan tempat pasar seperti ini masuk adalah percuma, walaupun kadang-kadang ‘a small admission charge is made’.

iii) Barangan yang dibeli boleh dikembalikan semula, jika kita tidak berpuas hati, terutama barangan elektrik, seperti peti TV, radio atau basikal dan komputer.

iv) Mengumpul koleksi terpilih. Kepada sesiapa yang berminat dengan barangan antik mahupun barangan lain, boleh memperolehinya sedikit demi sedikit. Anakku yang bongsu, suka sangat dengan teddy bear, maka di dalam bilik banyaklah teddy bear yang dibeli daripada harga 20pence ke £1.00, pelbagai saiz dan warna. Anakku, Fathul sebelum balik pada 29 Disember 2008 ke Malaysia, banyaklah membeli kasut dan jersey bola kerana memenuhi pesanan kawan-kawannya. Pada kami, ini adalah satu aktiviti menarik dan ‘exciting hobby’ khususnya semasa proses memilih barangan tersebut. Kawanku di Hull, Ahmad namanya turut juga berminat dengan perhiasan, maka rumahnya turut dihiasi dengan barangan hiasan daripada Royal Albert. Kaum wanita turut memborong pinggan, piring dan tea set Royal Doulton, Albert, pelbagai bunga seperti Flower of the Month, Lady Carlyle, Lavender Rose, Memory Lane, Moonlight Rose, Old Country Roses.

v) Tempat biasa berkumpul, lepak, bertanya khabar apabila bertemu dengan sesama orang Melayu dan Malaysia di samping program yang bersifat formal. Bagi yang sedang belajar, tempat inilah salah satu yang menarik untuk menghilangkan’ stress and tension’ buat seketika. Kami kadang-kadang berebut-rebut dengan auntie and uncle ‘Mat Saleh’.

vi) Pada masa yang sama, car boot sale ini menyediakan petak untuk para peniaga sebenar untuk menjual apa sahaja barangan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan segar tempatan yang baru dituai daripada ladang. Daging ada juga dijual tetapi tidak halallah. Para peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga. Di samping kami membeli barangan car boot yang diinginkan, kami juga dapat membeli barangan makanan untuk persiapan santapan tengahari dan malam.

No comments: