Monday, December 20, 2010

TERAPI KESIHATAN

Salah satu keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang kita nikmati ialah manusia akan berinteraksi dengan alam. Berinteraksi dengan kejadian atau ciptaan Rabbul Jalil termasuk berinteraksi dengan tubuh badan sendiri banyak memberi manfaat terutamanya mengurangkan tekanan dan menyembuhkan penyakit.

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan tugasan mencari kehidupan, mengurus anak yang kurang sihat dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Walau bagaimanapun sibuk, kesihatan diri wajar diambil perhatian dan diutamakan. Saya sempat menghadiri satu program terapi kesihatan yang sebenarnya didapati tidak akan memerlukan banyak belanja, namun dengan menggunakan kekuatan minda atau tenaga kita, kita mampu untuk melawan pelbagai penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita.

Manusia sebenarnya sebaik kejadian. Bercakap dengan diri sendiri (self talk) adalah langkah melatih seseorang untuk berinteraksi dengan diri bagi menyelesaikan masalah. Umpamanya, kita bercakap-cakap dengan jantung atau dengan kepala atau tangan kita. Cuba kita tanyakan jantung kita, seperti; bagaimana engkau wahai jantung hari ini, mudah-mudahan engkau sihat dan berfungsi. Dengan cara bercakap-cakap dengan jantung, seolah-olah kita berdoa bersama-sama. Sebab itu, bila kita maki kepala atau gigi kita yang sakit, sebenarnya, gigi kitapun akan marah kepada kita dan akhirnya, gusi semakin sakit dan kita pening kepala atau mendapat demam yang agak berat.

Terapi menggunakan air biasa atau mineral sebagai penawar kesihatan dengan kita bercakap-cakap dengan air, air akan turut mendoakan kita. Seperti halnya, ada di antara kita yang suka atau gemar membela kucing atau ikan, binatang-binatang ini turut mendoakan kita untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Begitu juga ambillah sedikit masa, untuk memaksakan kaki kita memijak tanah dan berkata-kata dengan tanah agar tanah dapat menarik keluar toksid atau kekotoran yang di dalam tubuh badan kita. Amat malang, ketika ini, halaman rumah dipenuhi dengan batu ditutup dengan simen. Kalau tidak keberatan, pecahkan simen tersebut dan buatlah tempat khas untuk kita dapat memijak tanah kerana tanah mampu menyejukkan diri kita. Kalau boleh, tidak perlulah makan ubat hospital kerana ubat ini tetap mengandungi 'dadah'.

Dengan kita memandang rumput pada waktu pagi dan bercakap-cakap dengan pokok, mudah-mudahan tanaman, pokok, sayur dan pisang kita hidup subur dan mengeluarkan buah yang lebat.

Berinteraksilah dengan alam ciptaan Allah seperti pokok, kerana pokok sentiasa berzikir dan turut mendoakan rezeki untuk kita. Sayangi air, tumbuhan, kucing atau apa sahaja, mudah-mudahan makhluk Allah ini mampu berbuat kebaikan untuk kita.

Berbuat baiklah untuk semua manusia sejagat, haiwan dan tumbuhan, mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi kesihatan yang baik. Marilah kita berniat dengan menyebut, I am congruen physically, mentally, psychologically & spiritually. Bawalah duduk selama 40 minit di atas kerusi untuk menenangkan diri ini. Bercakap-cakaplah atau mengadu kepada Allah agar Allah menghilangkan kesakitan yang ada. Gunakan banyak masa untuk berinteraksi kepadaNya.

Friday, November 05, 2010

Pilihanraya Kecil DUN Galas

Pagi ini, ada sahabat saya SMS, minta pandangan saya, mengapa kerusi ini dapat dirampas oleh Barisan Nasional (BN).

Saya bukannya pakar strategik untuk mengulas atau menganalisa sebab-sebab kekalahan Pakatan Rakyat (PR), namun secara ringkas komen saya seperti berikut:-

1. Pengundi di kawasan tertentu menginginkan sesuatau yang diinginkan perlu diselesaikan secepat mungkin.

2. Pujuk rayu dan janji-janji pilihanraya yang nampaknya rasional boleh dilaksanakan.

3. Berusaha menawan para pengundi dengan tumpuan untuk menyelesaikan kehidupan mereka serta merta.

4. Memberi ganjaran dalam bentuk wang yang tinggi sebagai ganti sokongan.

5. Serangan provokasi, agresif dan mendedahkan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri dan akhirnya pengundi mempercayai dan yakin.

6. Kempen PR masih stereotype.


Thursday, September 16, 2010

BAGAIMANA ISLAM MEMBENTUK KEPIMPINAN?

Suatu hari isteri saya bertanya saya, ketika berbahas mengenai melahirkan atau membentuk kepimpinan, "bagaimana Islam membentuk kepimpinan"?

Sukar bagi saya untuk mencari fakta yang ditulis secara teori di dalam buku-buku ilmiah memperincikan secara jelas, bagaimana agama Islam memproses manusia menjadi pemimpin.

Kebanyakan pengarang beragama Islam atau penulis buku-buku kepimpinan menukilkannya secara tidak langsung dengan memetik ayat dalam surah-surah tertentu di dalam Al Quran untuk membuktikkan agama ini berupaya membentuk kepimpinan kemanusiaan yang unggul.

Sejarah Islam turut disandarkan di dalam menghuraikan bagaimana hasil kepimpinan Islam mampu atau berupaya merubah kehidupan dan tamadun kemanusian sejagat.

Bernard Lewis menulis ungkapan kehebatan Islam di dalam bukunya, What Went Wrong seperti ini, " for many centuries, the world of Islam was in the forefront of human achievement - the foremost military and economic power in the world, the leader in the arts and sciences of civilization --- and then everything changed".

Sebagai pencinta agama dan perjuangan ini, mengapa Islam dipandang sepi oleh penganutnya sendiri, seolah-olah tidak mampu menjana kemajuan peradaban yang diharapkan dewasa ini. Soalan saya, adakah sesiapa yang menjadikan kita semakin lemah?

Perbahasan wajar untuk kita melihat kembali bagaimana roh yang terkandung di dalam Al Quran terutama penghayatan aqidah yang mantap merencana roh dan semangat keimanan yang kental sehingga merubah pendekatan berfikir dan bertindak merubah kehidupan dunia ini.

Sejarah yang dilalui oleh para ilmuan Islam silam di dalam menyediakan pelbagai karangan buku dan melahirkan kecintaan umat kepada ilmu menjadikan mereka maju untuk sentiasa memperjuang agama Allah di persada global berteraskan tauhid dan dakwah.

Membentuk kepimpinan juga salah satu siri program tarbiyah dan jihad atau perjuangan yang penting. Intipati yang amat mustahak ialah pada peringkat awal ini, bersediakan kita mengambil dan mempunyai sikap berbaik sangka dengan Al Quran yang selayaknya menjadi pedoman kehidupan sepanjang jalan dan hayat.

Kepelbagaian isu, nilai, ramuan yang dipersembahkan oleh Allah di dalam Al Quran berupaya merencanakan manusia untuk dididik seluruh umat manusia pelbagai bangsa dan ras ke Jalan Allah.

Secara ringkasnya, nilai atau persoalan aqidah, kepercayaan, perencanaan moral, akhlak dan suatu sistem peraturan yang digariskan di dalam kitab Al Quran berupaya membentuk kepimpinan bersih, menjaga kepentingan negara dan rakyat sehingga umat keseluruhannya mencintai Islam dan mengetahui Allah sebagai pencipta untuk diletakkan kepercayaan dan bertaqwa kepadaNya semata-mata.

Untuk penutupnya, agaknya apakah formula yang sesuai untuk kita pergunakan untuk membentuk kepimpinan diri terutama di dalam kita ini bergelut dengan pelbagai isu masyarakat seperti perzinaan, pembuangan anak hingga melonjaknya kadar peningkatan kes pembunuhan kejam tanpa mengira siapa mereka itu?



MAJLIS SILATURRAHIM

Saya menerima panggilan dan jemputan ke Majlis Sambutan hari Raya Masjid Felda Bukit Cherakah pada Sabtu ini, 18 September 2010, berkumpul mulai jam 10.00 pagi.

Saya merasakan amat menarik kali ini kerana untuk julung kalinya diadakan majlis ceramah mulai 11.00 pagi bertajuk silaturrahim.

Para jemputan pelbagai lapisan, teristimewa jemputan kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor.

Pada saya yang amat mengkagumkan sekali jawatankuasa sambutan boleh mendapat khidmat sukarelawan dan penajaan daripada AJK Masjid, JKKK, JKKKP dan ahli Koperasi untuk aktiviti meriah ini.

Saya dimaklumkan oleh pengerusi sambutan ini, "kita ingin mencari kelainan dan berusaha merapatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira prinsip, pegangan dan idealogi parti".

Semua ahli kariah difahamkan dijemput hadir.




Friday, September 10, 2010

ROH HARI RAYA 'IDULFITRI

Sepanjang bulan Ramadan yang dilalui tahun ini saya penuhi dengan kunjungan ke masjid atau surau di sekitar kampung di Bukit Hijau dan di Puncak Alam. Itupun saya tidak sempat berkunjung ke semua masjid dan surau.

Pada tahun ini, saya mengambil masa, berhasrat untuk meninjau-ninjau, memerhati dan memahami setiap pengisian tazkirah dan pemilihan imam tahfiz serta cara mengalunkan rentak, irama dan taranum bacaan di solat tarawih.

Saya banyak 'menghilang' daripada menjadi imam dan makmum di Fasa 1 kerana turut menerima undangan berbuka di rumah teman, di surau lain, program anjuran penduduk, mengiringi atau menemani sahabat seperjuangan dan tazkirah. Saya hanya muncul di Fasa 1, apabila ada program khusus atau jika program di tempat lain habis lebih awal dan yang benar-benar memerlukan khidmat saya.

Saya rasa seronok beralih-alih tempat solat tarawih dan solat subuh di hujung minggu kerana berkesempatan bertemu dengan pelbagai peringkat masyarakat untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra.

Ketika makan moreh, dapatlah saya mengenali dengan lebih dekat para ustaz/penceramah dan kenalan-kenalan baru. Saya rasa dengan cara ini, saya berupaya untuk memahami dan menilai corak pemikiran masyarakat dewasa ini.

Walaupun agak penat, letih dan kerap tidur lewat pada waktu malam, namun 'exercise' di bulan Ramadan ini, menguji daya tahan saya 'berjaga' dan mempunyai daya stamina terutama untuk mencari dan meneroka hikmat berada di bulan ini.

Saya menyedari dan mengakui bahawa terlampau banyak perkara yang boleh dipelajari apabila berada di bulan ibadat ini.

Satu-satunya yang saya hendak berkongsi bersama ialah ikatan kasih sayang, simpati dan sumbangan atau ciri-ciri kerjasama di dalam membantu orang susah terutama orang miskin atau anak yatim.

Kehidupan di dunia ini, tidak semua orang akan diberi 'kesenangan' atau 'kemudahan' di dalam hidup. Di dalam bulan Ramadan, kadar sumbangan untuk tabung membantu orang 'susah' amat menggalakkan dan dianggap positif.

Saya mohon aktiviti derma atau sedekah mampu diteruskan sama ada untuk membiayai aktiviti harian masjid atau surau, terutama untuk membiayai infrastuktur/ kemudahan para jemaah dan bayaran penceramah atau bil-bil tertentu.

Roh bulan Ramadan sewajarnya dilipatgandakan di bulan-bulan seterusnya, seolah-olah kita hanya dapat tanggap, semua bulan seolah-olah Ramadan.

Roh 'Idulfitri dijangkakan berupaya mendidik, membimbing dan memimpin semua orang yang berharta atau berada atau berwang untuk menderma dan membantu menegakkan syiar agama dan turut dapat menyelesaikan permasalahan hidup sesama Islam dan insan yang lain.

Saya terfikir, rapat manapun kita dengan Allah, namun tidak berusaha untuk menunjukkan rapat dan membantu menyelesaikan masalah insan lain, dikhuatiri kita tidak akan diikhtiraf sebagai kelompok umat Muhammad s.a.w.

Zakat fitrah yang diwajibkan hanya setahun sekali adalah berfungsi, berperanan mendorong ke arah merancang aktiviti untuk menyelesaikan masalah ekonomi umat, namun saya dapati ada juga hamba Allah yang seolah-olah terlupa untuk melunaskan bayarannya sebelum solat sunat 'Idulfitri.

Di Surau Ar-Rahimah, Fasa 1, sebelum 1/2 jam solat, ada seorang ahli jemaah tergesa-gesa dan kelam-kabut bertanya saya, amil fitrah. Saya kata, amil fitrah tiada di surau pagi ini dan saya meminta beliau segera pergi ke Masjid Felda (Bukit Cherakah) untuk menyelesaikannya. Saya nampak beliau tidak biasa dengan surau atau masjid kerana tetap 'menghilang diri', walaupun saya tahu anak siapa. Mujurlah ada bulan Ramadan membolehkan beliau berkunjung ke surau atau masjid dan dapat bertemu atau bercakap dengan saya, "geng surau". Saya berdoa moga beliau atau orang sepertinya di beri hidayah dan mampu dijinakkan untuk ke rumah ibadat dan memikir secara serius mengenai persoalan kewajipan atau hukum agama.

Sebelum terlambat, saya ucapkan 'taqabbalallah minna wa minkum-minal 'aiedin walfa iezin-kullu a'mmun wa antum bi khair'.

Sunday, August 08, 2010

SAMAN EKOR MENYUSAHKAN RAKYAT?

Saman ekor sebenarnya menyusahkan rakyat dari pelbagai aspek iaitu:

1. Pihak polis cuba mengintai-intai kesalahan atau kesilapan pengguna jalan raya di tempat-tempat yang telah dinyatakan di sepanjang lebuh raya atau di jalan-jalan biasa seperti Jalan Persekutuan atau yang melanggar syarat kelajuan yang ditetapkan. Pihak polis trafik akan 'memacakkan diri' di tempat yang jelas nampak seperti di bawah jambatan, kerana mudah mendapat tempat teduh dan mengelakkan pancaran terik matahari atau menyorokkan diri di belakang gerai buah-buahan, memasang kamera dan merakam 'pesalah'. PDRM tidak pernahpun menghebah atau mengiklan atau menyedia peta laluan di ruang akhbar arus perdana di mana-mana 'spot area' mereka, seperti halnya memaklumkan kawasan kemalangan yang kerap berlaku. Soalnya, adakah adil menyorok dan merangkap pesalah dan mengenakan denda tinggi? Adakah semua pengguna jalanraya berduit untuk membayar saman? Pengalaman saya dan rakan-rakan, saman ekor biasa 'terkena' di laluan jalan negeri yang kadar kelajuannya di bawah 90 km sejam. Ada beberapa teman saya berpandangan kerajaan yang ada ini, kemaruk duit rakyat untuk membiayai pembangunan PDRM. Adakah kerajaan tidak rasa bersalah mengutip denda yang tinggi daripada rakyat dan rata-rata yang membayar saman adalah kerana terpaksa, nama disenarai hitam, hakikatnya, batin tersiksa, merana, melahirkan perasaan benci, maki saranah, umpatan dan tidak ikhlas . Adakah kerajaan ingin menyiksa batin pemandu?

2. Kebanyakan pemandu kita berpendapatan sederhana dan rendah. Adakah mereka mampu atau berupaya menjelaskannya semua? Adakah PDRM tidak sedar dan membuat kajian mengapa masih banyak lagi tunggakan denda atau ramai yang gagal membayar denda? Saya ingin menegaskan, rakyat Malaysia rata-rata berpendapatan rendah dan terpaksa membayar semua perkhidmatan atau barangan dengan harga tinggi? Soalnya, di mana keadialan sosial dan untuk memberi kebajikan kepada rakyat. Kerajaan sewajarnya sedar betapa bebanan kewangan cukup tinggi yang perlu ditanggung oleh semua orang, melainkan menjelang 2020 Malaysia menjadi negara maju dan semua orang berpendapat tinggi seperti yang terkandung di dalam pelan strategik 'New Economic Model'. Tiada sikap timbangrasa dan keperihatinan kerajaan kepada rakyat mengenai perkara ini masih boleh dan tetap dipersoalkan. Terlampau banyak rungutan, namun 'dollars and cents' masih menjadi pertimbangan kerajaan. Kadar saman juga adalah tinggi berbanding dengan negara lain. PDRM wajar mencari maklumat dan melihat kadar saman di UK sebagai perbandingan.

3. Adakah PDRM ingin mendidik pemandu untuk belajar memandu berhemah dan tidak terlibat dengan kemalangan jalan raya? Saya berpendapat, PDRM boleh buat sekatan jalanraya dan cari kesalahan yang nampak jelas yang ada kaitan dengan kemalangan, seperti cara pemanduan merbahaya, kelajuan yang luar biasa, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar atau memandu tanpa cukai jalan atau tanpa lesen memandu yang sah atau apa-apa yang boleh diistilahkan sebagai 'merbahaya'. Di sesuatu sekatan jalan raya, PDRM berupaya berinteraksi terus atau berbual mesra dengan para pemandu dan boleh memberi nasihat atau teguran atau yang tidak makan saman, boleh dikenakan tindakan amaran, saman dan reman, yang munasabah.

4. Tidak semua rakyat ada internet dan menyemak saman ekor sendiri dan ada kesedaran tinggi untuk membayar. Saya beberapa kali terpaksa tengok sendiri atau bila hendak bayar cukai jalan, baru tahu ada kena saman. Jarang sekali saya terima surat saman daripada PDRM serta merta.

Itu antara beberapa perkara yang saya boleh bangkitkan dan rumusan saya, saman ekor menyusahkan, maka wajar dibatalkan serta merta. PDRM carilah idea atau kaedah lain dan yang pentingnya mesra pengguna serta tidak menyusahkan duit rakyat. Kalau saman ekor tidak selesai, macam-macam nanti 'tumbuh ekor' atau masalah lain yang akan datang. Jangan semua denda hanya dalam bentuk duit dan saman ekor akan menjadi hutang bagi para pemandu.

Monday, August 02, 2010

NATURE OF LEADERSHIP

Please identify your leadership qualities.

1. Less-trained leaders

2. Dictated leaders

3. Middle-road leaders

4. Less authority & autonomy

5. Self-centred leaders

6. Incompetence nepotism & cronyism leaders

7. Ceremonial/fuctional leaders

8. Managers/administrators