Sunday, January 24, 2010

BERAMAL

Ramai orang beramal tidak mencapai keyakinan, kelazatan, keseronakan disebabkan beberapa sebab atau punca;

1. Tidak belajar secara berguru atau menuntut, maka natijahnya tidak mengetahui selok belok atau cara atau kaedah yang dibenarkan atau sewajarnya dilakukan. Ibadat secara ikut-ikutan tidak akan diterima lantaran tanpa penghayatan ilmu dan tidak memiliki latihan dan kepakaran yang dikehendaki,

2. Amalan tidak dilakukan secara istiqamah atau berterusan. Amalan bermusim menjejaskan prestasi ibadat bahkan ianya boleh menghalang seseorang daripada melaksanakan sesuatu suruhan dengan cermat dan sempurna,

3. Tidak bersedia untuk mengkhusukkan atau mengikhlaskan diri, yang hanya akan melunturkan kekuatan jiwa dan kekuatan berfikir untuk ke arah proses penambahbaikkan amalan ibadat.

4. Melakukan tanpa penuh disiplin, kesabaran kerana hendak bertindak cepat mengurus hal ehwal kerjaya, keduniaan atau kesenangan hidup,

5. Terpengaruh dengan keseronokan kebiasaan atau 'routine' kehidupan sehingga kurang tumpuan untuk beramal seperti bertafakur, menghisab diri akan kesalahan atau dosa yang setiap hari dilakukan, melakukan ibadat utama seperti solat secara khusuk dan akhirnya melahirkan diri kurang bersedia untuk bersifat merendah diri di hadapan Allah s.w.t.

6. Tidak berusaha untuk menyediakan diri berlatih beramal seperti para nabi, rasul, para sahabat, orang yang warak, solihin dan menghabiskan sebahagian malam munajat kepada Allah s.w.t.

Sunday, January 17, 2010

JAWATAN

Seseorang yang diberi jawatan di dalam sesebuah organisasi adalah merupakan tanggungjawab atau amanah.

Ini bermakna, kesedaran dan keinsafan di dalam menunaikan tugasan dengan sempurna merupakan keutamaan dan agenda terpenting.

Ini turut menjelaskan betapa pentingnya, seseorang pemegang jawatan mempunyai pengetahuan atau kemahiran asas atau kebolehan tertentu yang diperlukan di dalam melaksanakan tugasan harian yang diberikan.

Ini juga membawa pengertian, ukurlah potensi diri untuk melakukan perubahan, penambahbaikan dan bijak menilai sendiri tahap kompetensi diri.

Ini bermakna, seseorang individu wajar mengambil sikap memperkaya dan memperluaskan tugas, mempelbagaikan pengalaman, dan 'networking'.

Ini memberikan penjelasan betapa jawatan bukannya elemen status, penghormatan, kebanggaan, kemegahan atau untuk memenuhi tuntutan peribadi dan habuan tertentu.

Keyakinan dan kepercayaan bahawa jawatan sebagai keseronokan pujian akan hanya mengundang terjejasnya amalan untuk berbakti dengan jujur dan ikhlas mencari redha Allah s.w.t.

Kepada teman-teman yang dipilih atau dilantik menganggotai mana-mana jawatankuasa; organisasi khususnya politik, yang mempunyai pelbagai jawatan perlulah muhasabah dan istiqamah memperjuangkan agenda rakyat.








Sunday, January 10, 2010

Wajarkah Gereja dibakar?

Ekoran kontrovesi penggunaan kalimah Allah oleh agama Katholik, beberapa gereja di lembah Klang dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tindakan ini tidak wajar atas beberapa sebab;

1. Proses perundingan dan menyelesai di kalangan umat Islam dianggap masih lemah.

2. Tindakan tersebut akan menambahkan lagi kebimbingan dan pelbagai kerumitan untuk mencari penyelesaian.

3. Tindakan secara beremosi hanya membuktikkan kelemahan kepimpinan umat Islam.

4. Tindakan ini turut melibatkan dosa dan pahala dan tidak wajar dilakukan oleh mereka yang benar-benar beriman.

5. Tindakan tersebut akan mengundang merebaknya angkara benci membenci antara agama dan melahirkan bibit-bibit tidak puas hati dan menyerang balas dan akhirnya Islam dianggap lebih pengganas oleh dunia.

6. Dunia sekarang melihat perkembangan pertembungan agama dan mencari penyelesaian terbaik sesuai dengan budaya dan corak atau gaya hidup, norma Malaysia. Ini adalah ujian terbesar. Mungkin gereja hendak menguji ketabahan, kesabaran dan sensitiviti umat Islam, apatah lagi dari sudut menyebarkan dakyah Keristian di kalangan orang Melayu.


Thursday, January 07, 2010

UNTUK MENCAPAI IMPIAN ANDA DALAM HIDUP

Beberapa langkah di bawah ini wajar diteliti dan dihalusi:-

1. Merasai/menjiwai apa jua matlamat yang hendak dicapai. Maka, sesuatu keinginan atau kehendak yang diimpikan benar-benar tersemat di hati sanubari dan terpahat di fikiran berpanjangan.

2. Sentiasa berusaha untuk 'menampakkan' sesuatu yang hendak dicapai. Pada setiap hari, kita mesti berusaha untuk menggambarkan bahawa kita boleh berjaya.

3. Sediakan rancangan yang diperlukan dengan digariskan atau ditetapkan laluan atau keperluan untuk memudahcara bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

4. Menyediakan diri untuk bersedia beriltizam dengan rancangan atau aktiviti yang telah ditentukan. Sebaiknya, dicatatkan/direkodkan secara bertulis di dalam 'daily dairy' atau sebagainya.

5. Berusaha untuk mencari waktu atau masa untuk menyemak/menilai perkembangan (progress) di kalendar anda. Analisa faktor-faktor yang boleh mempercepatkan atau melambatkan pencapaian yang diinginkan.

6. Sentiasa menyemak semua perkembangan; peningkatan atau penurunan atau kebaikan atau keburukan untuk tujuan MENGKAJI MASALAH sehingga dapat menyelesaikannya sehingga semua usaha diarah kepada mencapai tujuan impian yang hendak dituju.

7. Berdoa, solat hajat dan berserah diri kepada Allah s.w.t. serta bersedia redha dengan takdir

Tuesday, January 05, 2010

ZIKR

For a good start this year, 2010.

Saturday, January 02, 2010

PERANAN DIRI DALAM MEMBANGUN MODAL INSAN

Ada beberapa perkara untuk membolehkan diri kita ini berperanan di dalam pembinaan kemanusiaan dan mampu menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat.

1. Terlebih dahulu berusaha menerokai ilmu, tanpa mudah bosan, yang berkaitan untuk membina kekuatan minda, kerohanian dan matlamat pergaulan yang sihat dan penuh beretika.

2. Merancang, melaksana, menyemak semua tindakan untuk kebaikan diri dan keluarga dari aspek pendidikan, kerjaya, ekonomi, kehendak-kehendak asas sebelum berusaha dan mendorong orang lain berfikir maju dan berjaya seperti kita.

3. Berusaha untuk melahirkan atau mempunyai sikap, tabiat, karektor dan personaliti yang mudah mesra dengan semua orang bagi tujuan memudahkan menyampaikan idea dan saranan, nasihat, teguran untuk membina dan memperbaiki masyarakat di dalam semua bidang kehidupan.

4. Mempelajari semua pengalaman diri dan orang lain yang berjaya bagi membangun dan mengurus perubahan dari sehari ke sehari.

5. Mempunyai niat ikhlas melakukan proses penambahbaikan dari semsa ke semasa.

6. Jangan lokek wang, masa, tenaga, pemikiran dan bimbingan atau nasihat atau kepelbagaian sumbangan untuk berusaha dan menolong semua orang dengan sabar memperbaiki sikap, tabiat, perangai, cara berfikir orang lain. Apalah maknanya kebaikan dan nikmat yang kita perolehi tanpa membantu meringankan kesempitan atau kesusahan orang lain dari pelbagai aspek kehidupan ini.

7. Pelaburan yang terpenting ialah mendidik anak-anak untuk berakhlak mulia, berpelajaran, berpendidikan dan mendorong mereka memiliki kerjaya yang sesuai untuk menyambung kehidupan dan tidak menyusahkan orang lain. Tolonglah dan bantulah anak-anak berjaya di dalam kerjaya, pendidikan, rumahtangga dan agama.

8. Bersama-sama berjuang di tengah masyarakat mengikut bidang yang kita selesa dan sesuai; dengan melibatkan diri dengan aktiviti NGOs atau kemasyarakatan mahupun politik sihat untuk membangunkan nilai dan erti kehidupan yang sebenar semasa hidup di dunia ini dan di akhirat. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.


Thursday, December 31, 2009

Year 2010

May 2010 mark the beginning of Tidal wave of love,
happiness and bright future,
and to those who need someone special, may you find your path.
To those who nee money, may your finance over flow.
To those who need caring, may you find a good heart.
To those who need health, may health find you well.
To those who really need Islam and Allah on this world, may you find the truth and happiness.

Happy new year to all readers and families.