Monday, March 02, 2009

IBU MITHALI SEJATI

Penerima ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama-sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itupun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan-rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izinNyalah saya dan mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya."

"Membantu menjaga anak-anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anak-anak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak-kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya.

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segala-galanya untuk kakak-kakak dan abang-abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.

Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. "Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.

Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap-harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini, saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan karenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak-kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang-abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah."

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apapun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak-kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti. "Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerja-kerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui, segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Mithali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak-anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak-anak "Ibu Mithali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat-saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Mithali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu-sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartawan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.

Paparan ini adalah untuk mereka yang bergelar ibu dan kepada anak yang masih mempunyai ibu. Kasih dan sayang ibu sentiasa berkekalan. Renung-renungkan dan selamat beramal dan berbakti kepada ibu tercinta.

Sunday, March 01, 2009

Sistem pendidikan di UK

Sistem pendidikan di UK dibahagikan kepada empat bahagian penting iaitu pendidikan rendah, menengah, pendidikan lanjutan dan pendidikan tinggi. Kanak-kanak di UK adalah tertakluk kepada undang-undang (mandatory) untuk bersekolah di sekolah rendah dan menengah seawal umur 5 tahun hingga 16 tahun.

Sistem pendidikan di UK turut dipecahkan kepada beberapa tahap seperti berikut:-

  1. Tahap 1 - 5 ke 7 tahun
  2. Tahap 2 - 7 ke11 tahun
  3. Tahap 3 - 11 ke 14 tahun
  4. Tahap 4 - 14 ke 16 tahun

Pada umumnya, tahap 1 dan 2 di peringkat sekolah rendah dan ketika umur 11 tahun, murid akan bersekolah di sekolah menengah dan menyelesaikan tahap 3 dan 4. Pelajar-pelajar diuji pada setiap hujung tahap. Penilaian yang terpenting apabila berusia 16 tahun, mereka akan menduduki peperiksaan General Certificate of Secondary Education (GCSE). Setelah selesai mengambil peperiksaan GCSE ini, mereka bebas memilih untuk menyambung pelajaran dan potensi ke peringkat lebih tinggi atau berhenti sekolah dan mencari pekerjaan.

Selepas umur 16 tahun, melanjutkan pelajaran adalah ‘optional’ sahaja. Pada mereka yang ingin meneruskan pelajarannya, sebaik menamatkan peperiksaan GCSE, pilihan terbuka untuk mengambil A-Levels,
General National Vocational Qualifications (GNVQ), Business & Technology Education Council (BTEC) atau kelayakan yang setaraf dengannya. Pelajar-pelajar yang berminat dan merancang untuk melanjutkan pelajaran di kolej dan universiti mestilah menamatkan pendidikan lanjutan ini.

Sebagai bahan perbincangan, apakah kelebihan/kebaikan sistem ini yang boleh dipelajari oleh kita?

i) Pada setiap tahap umur 5 – 16 tahun, ujian di peringkat tahap sebelum menduduki peperiksaan GCSE akan menentukan minat, kecenderungan setiap pelajar. Guru akan menetapkan sama ada setiap pelajarnya akan menduduki GCSE tahap asas (foundation level) atau tinggi (higher level). Peperiksaan GCSE adalah sama tarafnya dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita. Di Malaysia, setiap pelajar akan menduduki jenis peperiksaan yang sama, walaupun mungkin pencapaian mereka lemah. Di UK, GCSE inilah peperiksaan kebangsaan yang pertama, tetapi pelajar yang didapati lemah akan hanya dibenarkan menduduki ‘foundation level’ dan markah yang tinggi sekali ialah “C” dan pelajar yang diakses mampu dan menonjol penampilannya akan menduduki peperiksaan “higher level”. Di peringkat GCSE, pelajar-pelajar telahpun didedahkan dengan tugasan tertentu seperti konsep ‘course work’ di universiti. Sistem kita didapati terlampau menitikberatkan peperiksaan dan tiada ruang menyediakan ‘assignments’ dan pemikiran kiritis.

ii) Setiap kanak-kanak menikmati pendidikan seawal 4 tahun (‘reception class’) dan setelah mencapai umur 5 tahun adalah diwajibkan bersekolah sehingga umur 16 tahun. Bahkan pendidikan adalah percuma sehingga umur 18 tahun. Ini bermakna, setiap pelajar dan keluarga tiada terbeban dengan pelbagai yuran sekolah, kolej atau PIBG. Buku teks turut disediakan untuk setiap pelajar. Secara positifnya, pelajar yang tercicir dapat dielakkan. Pada pelajar yang dianggap miskin, akan menikmati makanan di sekolah dan tambang bas percuma, mengikut jarak rumah dan sekolah yang telah ditetapkan. Semua urusan pembiayaan diurus oleh setiap Majlis Perbandaran (City Council). Ini bermakna, penurunan kuasa (desentralisasi) telahpun dilakukan di UK.

iii) Kelas adalah kecil dan tidak melebihi 30 orang pelajar. Kelas adalah bergantung kepada bilangan murid dan guru yang munasabah. Most teachers think smaller class sizes would help to improve learning.

iv) ‘Nursery’ dan pendidikan pra sekolah memperuntukan 10 ½ jam percuma seminggu untuk para ibu bapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke mana-mana institusi. Setiap sejam tambahan menghantar anak ke tempat-tempat berkenaan dikenakan bayaran 3.00 paun. Ini bermakna semua penjaga bebas memilih masa yang sesuai untuk menikmati bayaran percuma.

v) Sekolah adalah satu sesi, mulai jam 8.30/8.55 pagi- 3.00 petang. Di sekolah rendah, pelajaran bermula jam 8.55 pagi dan waktu perhimpunan dan ‘break’ mulai jam 10.25 pagi-11.00 pagi. Waktu ‘lunch’ mulai 12.00 tengahari-1.00 tengahari. Sesi persekolahan bermula pertengahan bulan September setiap tahun dan cuti panjang pada musim panas. Selain daripada cuti semester break, cuti yang berkaitan dengan ‘teachers training’ juga turut dijadualkan. Sebagai contoh, jika sebuah sekolah memerlukan guru-guru mereka diberi latihan tertentu pada hari persekolahan, maka sekolah akan ditutup dan murid-murid akan dibenarkan bercuti.

vi) Pelajar dikehendaki bersekolah di kawasan berdekatan rumah mereka, melainkan sekolah penuh dan tidak dapat menampung bilangan yang telah ditetapkan oleh City Council.

vii) Mata pelajaran yang diajar adalah mendedahkan pelajar kepada ilmu alat (bahasa), kemahiran menulis, mengira, membaca, bertutur, kesenian, menganalisa dan kemahiran teknologi. Di sekolah rendah, murid-murid mempelajari bahasa French dan English dengan menitik-beratkan spelling, hand writing, and literacy (the ability to use language to read, write, listen, and speak). Mereka juga perlu mempelajari ‘number work’ selain mata pelajaran science, computer, geography, history, religion (RE), Art and design technology di samping aspek ‘guided leading’ and physical education (PE) in hall/field. Mata pelajaran Maths dan literacy diajarkan setiap hari. Di sekolah Menengah pula, mata pelajaran kemahiran hidup diajarkan di samping ICT, bahasa asing seperti French, German, dan lain-lain bahasa bergantung kepada bilangan murid yang berminat atau bertutur dalam bahasa tersebut, career dan citizenship.

viii) Impak yang ketara ialah dari aspek perbualan dan pertuturan/percakapan. Anak-anak Melayu mampu menguasai bahasa Inggeris dengan mudah dan fasih bertutur dalam bahasa ini. Di samping itu, mereka dapat menganalisa dan berfikiran secara kritis dan kreatif. Mereka juga mempunyai fikiran yang positif dan berdikari.

Saturday, February 28, 2009

Pemimpin yang sederhana, jujur dan bersahaja

1. Pemimpin amat diperlukan dalam setiap kehidupan dan masyarakat di mana kita tinggal. Pemimpin besar atau kecil berada di sekeliling kita sama ada di sekolah, tempat kerja, rumah tangga, di antara kawan-kawan, organisasi, sesuatu pasukan atau kumpulan.
2. Tulisan ini ingin menampilkan tentang konsep kesederhanaan kepimpinan yang dapat menyentuh hati nurani kita. Buatlah kajian dan selidiki diri kita dan apa yang terjadi atau yang sedang dan akan berlaku di sekeliling kita setiap hari.
3. Kita semua wajar menyedari betapa kita sebenarnya dilahirkan sebagai pemimpin dan di hari akhirat kelak, kepimpinan kita akan ditanya dan diadili. Maka, kita akan sentiasa berwaspada dan mencari jalan memperbaikinya.
4. Beberapa ciri dan personaliti kepimpinan yang jujur seharusnya wujud pada setiap pemimpin dan bakal pemimpin. Aku melihat ciri-ciri kepimpinan asas yang semestinya kita miliki merangkumi kerendahan hati, kepandaian berkomunikasi dan berdiplomasi, kesantunan budi pekerti, kesederhanaan, ketegasan dan kedermawanan.
5. Maka, diperincikan, pemimpin mempunyai peranan, tugas dan misi penting seperti berikut:-
5.1 Menyedia dan mengukuhkan prinsip, nilai dan objektif atau sasaran yang hendak dicapai atau dihajati
5.2 Menyediakan ruang berkomunikasi yang seluas-luasnya bagi membentuk suasana yang menceriakan dan menggalakkan perkembangan motivasi diri, 'inspiring', dedikasi dan bertanggungjawab
5.3 Melahirkan dan membentuk persekitaran yang sihat untuk diamalkan budaya mendengar, percaya mempercayai (trusting) dan saling bekerjasama dalam aktiviti perancangan dan pelaksanaan.
6. Apakah personaliti yang terbaik untuk menjadi penyumbang kepada kepimpinan sederhana, jujur dan bersahaja?
6.1 Aku berpandangan ciri-ciri di bawah ini diharapkan dapat membentuk keperibadian kepimpinan yang sejati, seperti yang dimaksudkan, di antaranya ialah:-
6.1.1 trust, truth, and transparency, caring, sharing, and daring
6.1.2 integrity, loyalty, and courage
6.1.3 respect, recognize, and reward
6.1.4 empower, empathize, and encourage
6.1.5 coach, communicate, and collaborate
6.1.6 approachable, fair, and logical
6.1.7 passionate,persistent, and persuasive
6.1.8 calm, creative, and curious
7. Aku juga ingin memaparkan ciri-ciri di bawah ini tidak akan menjadikan kita pemimpin yang jujur dan bertanggungjawab lantaran kita mempunyai perangai-perangai hodoh di antaranya ialah:-
7.1 easy to criticize, blame, or ridicule
7.2 demean, embarrass, or undermine
7.3 intimidate, threaten, or bully
7.4 lie, cheat, or exploit
7.5 badmouth, belittle, or backstab
8. Sila perhatikan diri kita masing-masing di manakah letaknya darjah, kedudukan dan martabat kita sekarang, khususnya para suami, isteri, 'boss' sehingga orang bergelar Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Besar.
8.1. Please check and know what are your values, principles and beliefs
8.2. Are you really passions and interests, having sufficient, appropriate skills and abilities?
8.3 How is your inner weaknesses and blind spots?
8.4 How do you allocate your time to develop your potential career, family, children, offices, communities and followers.
9. Maka, aku melihat dan boleh merumuskan setiap pemimpin yang berwawasan, berstrategik semestinya berakhlak mulia dari segi perwatakan, pertuturan dan cara berfikir. Seseorang itu wajar mempunyai keyakinan tersendiri, 'self discipline", nilai, hubungan kemesraan, hati yang terdorong atau ada kecenderungan dalam menyelesaikan perkara yang menjadi keperluan, tujuan kehidupan dan keutamaan (beliefs, interests, purpose and priorities). Pada waktu yang sama, seseorang ketua sewajibnya mempunyai nilai-nilai 'embody competence, commitment, and compassion'.
10. Contoh kepimpinan sebagai ikutan dan sifat-sifat akhlak terpuji, tentunya Muhammad Rasulullah s.a.w. Tauladani ciri-ciri kepimpinan baginda dalam memantapkan diri, keluarga, masyarakat, negara, politik dan ummah global. Aku berpendapat kita mesti melahirkan manusia dan pemimpin yang berspiritual tinggi, sehingga ramai penulis Barat kini ingin mengulas hal-hal spiritual. Aku percaya orang Barat tercari-cari nilai hidup beragama, namun mereka masih tersasar dan belum menemui agama Islam sebagai jalan penyelesaian kemelut kehidupan yang kita hadapi.
11. Baginda tetap hidup sederhana walaupun khazanah negara boleh memberikan pelbagai kemudahan dan kesenangan dan kemewahan yang baik kepadanya. Baginda tidak bercita-cita memanfaatkan kedudukannya untuk memperkaya diri sendiri, keluarga, kaum kerabat, bahkan keturunannya atau bangsanya, namun apa yang difikirkan ialah kemakmuran, kesejahteraan ummah dan rakyatnya. Baginda sentiasa berfikir untuk melayani, menyelesaikan masalah ummah dan melakukan segala tindakan bersesuaian dengan tuntutan Al Quran dan Al Hadith.
12. Alhamdulillah, Allah s.w.t. memberikan satu contoh di dunia ini iaitu Mahmoud Ahmadinejad, seorang Presiden Iran yang dapat menjadi contoh tauladan kita. Beliau dianggap pemimpin yang sederhana, jujur dan bersahaja. Mungkin anda semua boleh mencari contoh yang lain yang paling hampir dengan diri anda.
13. Di mana dan siapakah yang boleh melatih, mendidik dan melahirkan pemimpin harapan rumah tangga dan komuniti kita? Sistem persekolahan formal kita yang berorentasikan peperiksaan dikhuatiri tidak boleh diyakini dan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang terdidik dari aspek pengurusan dan kepimpinan.
14. Cadangan kepada pihak yang berwajib, jadual waktu pelajaran sewajarnya memuatkan masa mempelajari pengetahuan dan pemahaman mengenai dunia (knowledge and understanding of the world), 'communication language' dan 'hal ehwal negara' bagi menyediakan semua rakyat sedar mengenai proses pemilihan dan kepimpinan. Sukatan pelajaran di USA dan UK menyediakan masa yang munasabah untuk diajarkan mata pelajaran berkenaan di bilik-bilik darjah. Sebagai contohnya, di USA, budak-budak sekolah darjah satu, telahpun mengetahui pemimpin-pemimpin agung mereka seperti Abraham Lincoln dan George Washington. Mereka telahpun 'bermain politik' di bilik-bilik darjah. Ingatlah kata Obama, "USA will lead the world". Di UK, anakku Hakim, yang sedang belajar di Year Nine di Sydney Smith School turut mempelajari bahasa Perancis dan 'subject of citizenship'.
14.1 Subjek kewarganegaraan diajar di sekolah di UK bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar mengenai isu "the legally enforceable duties of citizenship vary depending on one's country, and may include such items as:-
14.1.1 paying taxes (although tourists and illegal aliens also pay some taxes such as sales taxes, etc), serving on a jury, voting, serving in the country's armed forces when called upon, obeying the criminal laws enacted by one's government, even while abroad.
14.2 It also includes purely ethical and moral duties tend to include:-
14.2.1 demonstrating commitment and loyalty to the political community and state, constructively criticizing the conditions of political and civic life, participating to improve the quality of political and civic life, respecting the rights of others, defending one's own rights and the rights of others against those who would abuse them.
15. Apakah sikap kita terhadap kepimpinan sederhana? Aku percaya pemimpin yang bertaqwa sama ada di sekolah, tempat kerja, rumah tangga, di antara kawan-kawan, organisasi, sesuatu pasukan atau kumpulan akan dapat melaksanakan konsep kesederhanaan, jujur dan bersahaja. Pemimpin yang sentiasa merendah diri, tidak megah dan sombong sentiasa menolong orang bawahannya dengan ikhlas dan mesra. Balasannya pahala dan anugerah Allah s.w.t. menjadi matlamatnya.

Friday, February 20, 2009

LEADERSHIP, CREATIVE AND CRITICAL THINKING


1. Keunikan kejadian manusia kerana dianugerahkan akal untuk berfikir. Dengan berfikiran tajam, menganalisa dan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, maka kehidupan manusia akan semakin bertambah baik, subur dan melebarnya manfaat yang boleh dirasai nikmatnya untuk manusia sejagat. Lantaran itu, tujuan dunia ini dihamparkan kepada manusia adalah medan memperkembangkan ilmu dan ilmu dimanfaatkan untuk membina kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

2. Rupa paras, warna kulit, keturunan, bangsa dan silang budaya bukannya halangan manusia pelbagai rumpun dan benua hidup bertaaruf dan menjalinkan hubungan dan ukhuwah. Natijah perkenalan bukannya semata-mata berkomunikasi atau berbual-bual bertanya khabar, namun kehidupan ini mengehendaki kita semua mencapai matlamat bertolong-tolongan. Manusia yang dipandang mulia di sisi Allah s.w.t. ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menyeru kepada jalan dakwah, mencari kebenaran dan menegakkan maaruf, menyelesaikan masalah kehidupan dan kerumitan bersama-sama di samping berusaha meningkatkan darjah ketinggian ketaqwaan kepada Pencipta.
3. Soalnya, bagaimana setiap diri boleh berperanan, sedar dan istiqamah dengan amanah yang dipikul ini? Ya, tidak semua manusia sedar tentang hakikat dirinya dijadikan dan peranan yang sepatutnya dilakukan. Mereka lupa atau lalai, lantas menghabiskan usia yang ada tanpa pedoman atau panduan. Akhirnya, kembali menemui Allah usang dengan bekalan dan menyesal tanpa ada hujungnya.

4. Mengapakah perlunya kita berfikir meningkatkan kemahiran dan pembangunan diri ke arah kehidupan yang sempurna sementara di dunia ini dan untuk hidup kekal di hari akhirat?
5. Apa yang maksudkan ialah setiap manusia semestinya berfikir untuk memajukan diri masing-masing, meyakini diri ini ada sesuatu yang wajar dilakukan untuk melakukan sesuatu kebaikan kepada dirinya, memberi sumbangan kepada masyarakat, memimpin keluarga dan ummah serta mengetahui sebenarnya ada tugas terhadap Penciptanya.

6. Aku tertarik untuk membicarakan persoalan ini, apabila membaca buku-buku 'leadership and styles', seolah-olah menunjukkan dan membuktikan orang Barat, merekalah orang yang terawal menerokai dan menguasai ilmu dan menjadi pemimpin terulung dunia, walaupun tidak menyampingkan Muhammad Rasullullah s.a.w. Namun, ditonjolkan mereka mempunyai ramai tokoh terbilang dan pelbagai lapisan kepimpinan sama ada politik, ekonomi, sosial, pendidikan, para ilmuan, cendiakawan atau lainnya. Bahkan terdapat pensyarah pengurusan di Business School di sini turut mendabik dada dan merasa bangga bahawa merekalah mempelopori asas pengurusan dan kepimpinan. Mereka menyatakan, "leadership is our culture and way of life". Mereka menjadikan soal pemimpin dan kepimpinan yang beramanah, telus atau "integrity" sesuatu yang 'vital' dalam hidup dan setiap organisasi dan individu mesti mahir dan cekap memimpin. Memang tidak dapat dinafikan, di sekolah, di universiti, orang British mahir berhujjah, mengulas sesuatu, berkomunikasi secara efektif dan tidak seperti orang Asia yang malu-malu bercakap atau enggan bahkan diam seribu bahasa, tanpa mengutarakan pandangan atau petah berhujjah. Inilah juga antara punca mereka memandangkan rendah orang lain. Lantaran itu, tidak ramai graduan bahkan pensyarah kita yang mahir berbicara atau menulis di jurnal, di majalah antara bangsa atau menghasilkan karya bersifat dan bertaraf internasional. Aku sendiri nampak, anak bongsuku selalu meminta ibunya membacakan buku dan bercerita kepadanya dan selalu menyoal dan banyak soalan atau pertanyaan, antara, skripnya yang popular ialah " why this mummy?, can you explain, why?

7. Dakwaan mereka berasas kerana perkembangan penyelidikan secara ilmiah dan bersifat 'developing new theories and creating or contributing for new knowledge" adalah menyebelahi mereka. Faktor inilah antara pendorong mereka menjajah negara-negara di benua ini dan tidak terkecuali dunia Islam sehinggakan mereka menguasai keseluruhan harta khazanah, bahkan keseluruhan minda umat Islam sehingga kini. Buku-buku Islam yang ditulis oleh orang Islam bahkan buku-buku lainnya yang dihasilkan oleh orang Malaysia sendiri, masih tidak bersifat ilmiah. Kebanyakan karya terutama mengenai kepimpinan ditulis secara mendatar, ulasan 'on surface, very plain and short forcasting' dan tidak bersifat mendalam, menyelidiki secara tersurat atau makna sebenar dan tidak menjadi penarik ke arah membentuk kepimpinan yang jitu terhadap penganut-penganut Islam sendiri. Natijahnya, kita dapati banyak kepincangan dan kelemahan di institusi, organisasi bahkan badan politik termasuklah kepimpinan negara.

8. SO, LET ME SUMMARIZED, BY SUGGESTING FEW QUESTIONS TO BE ANSWERED, PATIENTLY:- Some answers or explanations already given. Please have youself.

8.1 WHY WE NEED CREATIVITY IN OUR TEACHING METHOD?

8.1.1 We know, creativity is an ability to imagine or invent something new, the ability to generate new ideas by combining, changing, or reapplying existing ideas. It is also, an attitude; the ability to accept change and newness, a willingness to play with ideas and possibilities. It also means a process, where people work hard and continually to improve ideas and solutions. The creative person knows that there is always room for improvement.

8.2 HOW TO DEVELOP CREATIVITY FOR OUR NEW GENERATIONS AND INCREASE OR GENERATE OR INSPIRE OWN POTENTIAL AND LEADERSHIP?

8.3 HOW TO CAPTURE NEW IDEAS AND WHY LEADERSHIP IS VERY IMPORTANT IN OUR LIFE AS MUSLIMS?

8.3.1 Please think and analysis tools to help elicit new form of learning strategies. Please purchase good books and start reading. I have a book, may be is really inspiring for everybody. Leadership: An Islamic Perspective by Rafik Issa Beekun and Jamal A. Badawi, Amana Publication, Maryland, 1999 (see above).

8.4 HOW TO APPLY CREATIVITY AND CRITICAL THINKING?

8.4.1 To survive and thrive, individual needs to be constantly innovating. Emphasizes the potential skills.
9. Kesimpulannya, didiklah anak kita mengenali kepimpinan Islam, terutama kepimpinan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan pelajari teori mengenai kepimpinan daripada pelbagai arena pembacaan. Jadikan anak kita kreatif dan mampu menganalisa sesuatu yang ada di persekitaran dengan kaca mata yang jernih, matang dan kritis berdasarkan ilmu asas yang kukuh. Pada masa yang sama, anak-anak kita khususnya yang masih belajar terutama di sekolah rendah dan menengah diharapkan atau didorong untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berpersatuan untuk membina syaksiyah dan kepimpinan dan "self management", agar mereka tidak bergantung hidup atas bantuan orang lain. Sebenarnya, sukar untuk membentuk orang menjadi "orang", yang mampu berdikari dan menyumbang kepada komuniti setempat. Hidup di dunia, bukan hidup sendiri, tetapi hidup bersama orang lain. Mudah-mudahan hidup di dunia ini lebih bermakna dan ada tujuan.

Thursday, February 19, 2009

Graduation Ceremony, Ice Skating Programme for Children & Ucapan Penghargaan Daripada Education Attache


ICE SKATING ACTIVITY AT HULL ICE, ARENA

1. Sekadar ingin merakamkan ucapan penghargaan tahniah kepada teman-teman yang telah berjaya dalam pencapaian akademik. Khusus kepada mereka yang akan menghadiri majlis konvokesyen University of Hull pada 19 dan 20hb Februari 2009. Selamat datang kepada Sdri Roslin Hashim dianugerahkan Distinction in MSc Financial Management. Tahniah diucapkan kepada Tok Penghulu Melayu Hull, sdr. Shafudin yang turut menerima Master in Research. Saya dimaklumkan juga Sheeda dan Ikmal Hisham ( tetapi tidak dapat hadir kerana urusan tugas, pensyarah di UiTM, kampus Jengka, Pahang). Semoga semua ceria hendaknya.
2. We are also very proud that we had successfully organized ice skating activity for our children during school holiday, this week at Hull Ice Arena. Congratulations to the committee member. See the pictures taken on 17 February, 2009 by Arief, the eldest son of Azli. He will become a professional photographer, Insya-Allah. Bolehlah layari link di bawah ini. http://uk.groups.yahoo.com/group/MelayuHull/photos/album/629033498/pic/list
3. Ucapan Penghargaan.
Assalamualaikum wbrth,

Saudara Shafudin,

Terima kasih di atas e-mel yang dikirim serta maklumat yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada semua AJK di atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli untuk menerajui Kelab Melayu Hull dan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada AJK terdahulu di atas sumbangan dan kerjasama rapat yang diberikan. Sampaikan salam saya kepada barisan AJK baru, AJK terdahulu dan semua ahli. Mohon maklumkan kepada semua bahawa setiap pelajar Malaysia perlu berdaftar dengan JPM. Pendaftaran boleh dilakukan secara on-line via http://www.masduke.net/ Mohon juga dimaklumkan alamat saya kepada ahli.

Akhir kata, salam mesra.

AZIMAH AZIZ
Education Attache Malaysian Student Department,
Office of the High Commissioner for Malaysia,
Office Address :
MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT, Representative Office for Midlands & Scotland,
Suite 6, Parkway Five, Parkway Business Centre, Princess Road ,Manchester M14 7LU
Tel : 0161 232 3017 (Mobile)