Friday, April 30, 2010

Program Pidato Pemimpin Muda


Dijemput pada semua teman yang berkelapangan, bersama dalam aktiviti ini.
Setakat ini sudah ada lapan meja ditempah.
Saya sekadar membantu untuk menghebahkan aktiviti ini.

Wednesday, April 21, 2010

Cara Bekerja

Ketika Ronald Reagen bertanding Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1981, beliau sentiasa konsisten menengahkan lima isu di dalam kempen pilihanraya iaitu keluarga, pekerjaan, masyarakat, kebebasan dan keamanan.

Saya turut tersentuh, apabila Ketua Pengarah IKIM, pada Isnin lepas di Radio IKIM ada menyebutkan bahawa 40% penduduk (isi rumah) berpendapatan RM1,500.00 dan ke bawah. Menurut beliau, 72% adalah terdiri daripada orang Melayu.

Saya melihat kita perlu berubah dari pelbagai sudut iaitu pertamanya memilih pemimpin yang berupaya menyelesaikan atau membantu mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah yang dikehendaki oleh manusia dan masyarakat. Suasana politik yang lebih matang mesti diwujudkan.

Malaysia wajib diselamatkan dari penyelewangan kuasa dan ketidak-adilan di dalam pengagihan kekayaan negara.

Keduanya, sistem pelajaran mesti mengambilkira merubah pelajar untuk lebih berdikari, mampu bekerja sendiri daripada makan gaji (melahirkan usahawan).

Sekolah, kolej dan universiti mesti turut bersedia melahirkan, pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dan kritikal, agar peningkatan upah turut meningkat dan membebaskan diri daripada dibelenggu oleh pemikiran dan terikat kepada kefahaman politik sempit.

Saya bersetuju dengan cara pemimpin negara maju menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh manusia dan masyarakat mereka. Di Malaysia, masalah yang sama masih berlaku, sehingga berpanjangan dan pemimpin politik masih membahaskan isu yang sama tanpa ada noktahnya.

Bila semua orang mampu berdikari, mereka bebas bertindak dan berfikir secara rasional, waras dan tidak mudah mengikut telunjuk sesiapapun.

Politik berjanji hendak buat itu dan ini, terutama ketika suasana kempen pilihanraya kecil berlangsung, hanya gimik politik dan inginkan pengaruh semata-mata. Sudah tiba masanya, menteri-menteri memotong elaun atau saraan mereka dan hidup lebih sederhana seperti orang kebanyakan dan memberi banyak sedekah kepada orang ramai. Adakah mereka hendak merasa sama-sama susah seperti orang lain?






Friday, April 16, 2010

Komitmen

Sekadar renungan, terdapat empat kategori manusia iaitu:-

1. Cop-outs. Mereka ini tidak menanamkan atau tanpa cita-cita dan tiada mempunyai komitmen yang hendak dicapai dalam hidup ini.

2. Hold-outs. Mereka ini tidak yakin sama ada berjaya ataupun tidak. Oleh itu mereka tidak melakukan sesuatu bersungguh-sungguh.

3. Drop-outs. Mereka yang berusaha untuk mencapai cita-cita, namun berputus asa, setiap kali menghadapi kesukaran atau kegagalan.

4. All-outs. Mereka yang komited kepada cita-cita dan matlamat yang hendak dicapai. Oleh itu, mereka sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja bagi mencapainya.


Saturday, April 10, 2010

KEPIMPINAN

Apakah yang anda mampu katakan, jika boss anda menyoal dirinya di hadapan ramai ahli mesyuarat; am I a good leader?

Tanggapan dan persepsi adalah pelbagai, bergantung bagaimana anda melihat dan menganalisa organisasi dan personaliti boss anda.

Di dalam sesebuah organisasi, pemimpin menentukan dasar dan hala tuju, manakala pengurus melaksanakan hal ehwal operasi atau objektif yang hendak disasarkan.

Semua proses kerja dan matlamat memerlukan kekuatan sumber manusia dan komitmen yang sebenar.

Terbinanya budaya kerja yang berkualiti didorong oleh komitmen dan misi daripada pengurusan atasan, pastinya akan mampu mencetuskan perubahan dan kejayaan cemerlang.

Wujudnya kelemahan sikap didorong untuk memenuhi cita-cita atau matlamat individu atau keinginan mencapai kuasa mutlak atau kepentingan diri, tentunya akan mencetuskan perasaan sangkaan buruk sehingga objektif organisasi terkubur.

Ada baiknya, para boss berfikir sejenak, adakah aku pemimpin yang baik? Ini bertujuan untuk memastikan organisasi, sistem dan sumber manusia terarah ke matlamat atau objektif yang dikehendaki.


Thursday, April 01, 2010

Kerja Baru

"Muka seperti awak ini, susah nak dapat kerja baru, lagilah CEO, angan-angan bolehlah", seorang teman menegurku beberapa hari lalu.

Saya memang akui, saya bukanlah orang yang dianggap 'perfect' atau sesuai untuk jawatan CEO di GLC kerana bukan berpengalaman di sektor swasta mahupun dunia korporat, lagipun umur masih lagi dianggap terlalu awal untuk berkecimpung dengan suasana atau persekitaran tersebut.

Namun saya ada orang tegur, bukan faktor pengalaman atau kelayakan akademik atau kekurangan 'net-working' yang menyebabkan kegagalan untuk menikmati kerja tersebut, tetapi perangai atau tingkahlaku atau watak saya yang tidak disenangi kerana muka nampak macam garang, bengis, tak berapa 'friendly', atau diistilahkan sebagai "tak mesra alam".

Sebab lain, saya dianggap bukan orang yang sensitif atau suka ambil berat atau "caring".

Faktor lain, apabila kita hendak masuk kerja di tempat baru, kita kena tahu 'persaingan' dan mahir 'internal politic' dan budaya kerjanya. Soal operasi, semua orang boleh buat.

Ada kawan yang lain komen bahawa saya jenis orang berfikiran selapis, bukan ada kekuatan berfikir dan menyelesai masalah.

Saya hanya berusaha untuk menyemak diri daripada pelbagai kelemahan dan kekurangan.

Semua respons, hujjah atau 'feedback' saya raikan dan terima dengan hati dan fikiran terbuka.

Saya rela menulis secebis coretan ini, untuk memperbaiki diri jika benar-benar komen dan persepsi mereka itu dibuat secara jujur dan diri ini perlu berubah. Saya bersedia bermunajat kepada Allah untuk Ilahi ubah perangai saya yang dianggap tidak 'baik' ini.

Rumusannya, nilai kemanusiaan dan kepimpinan wajar dipertingkatkan untuk seseorang itu menerokai suatu kerjaya yang baru dan mencabar.