Ada beberapa perkara untuk membolehkan diri kita ini berperanan di dalam pembinaan kemanusiaan dan mampu menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat.
1. Terlebih dahulu berusaha menerokai ilmu, tanpa mudah bosan, yang berkaitan untuk membina kekuatan minda, kerohanian dan matlamat pergaulan yang sihat dan penuh beretika.
2. Merancang, melaksana, menyemak semua tindakan untuk kebaikan diri dan keluarga dari aspek pendidikan, kerjaya, ekonomi, kehendak-kehendak asas sebelum berusaha dan mendorong orang lain berfikir maju dan berjaya seperti kita.
3. Berusaha untuk melahirkan atau mempunyai sikap, tabiat, karektor dan personaliti yang mudah mesra dengan semua orang bagi tujuan memudahkan menyampaikan idea dan saranan, nasihat, teguran untuk membina dan memperbaiki masyarakat di dalam semua bidang kehidupan.
4. Mempelajari semua pengalaman diri dan orang lain yang berjaya bagi membangun dan mengurus perubahan dari sehari ke sehari.
5. Mempunyai niat ikhlas melakukan proses penambahbaikan dari semsa ke semasa.
6. Jangan lokek wang, masa, tenaga, pemikiran dan bimbingan atau nasihat atau kepelbagaian sumbangan untuk berusaha dan menolong semua orang dengan sabar memperbaiki sikap, tabiat, perangai, cara berfikir orang lain. Apalah maknanya kebaikan dan nikmat yang kita perolehi tanpa membantu meringankan kesempitan atau kesusahan orang lain dari pelbagai aspek kehidupan ini.
7. Pelaburan yang terpenting ialah mendidik anak-anak untuk berakhlak mulia, berpelajaran, berpendidikan dan mendorong mereka memiliki kerjaya yang sesuai untuk menyambung kehidupan dan tidak menyusahkan orang lain. Tolonglah dan bantulah anak-anak berjaya di dalam kerjaya, pendidikan, rumahtangga dan agama.
8. Bersama-sama berjuang di tengah masyarakat mengikut bidang yang kita selesa dan sesuai; dengan melibatkan diri dengan aktiviti NGOs atau kemasyarakatan mahupun politik sihat untuk membangunkan nilai dan erti kehidupan yang sebenar semasa hidup di dunia ini dan di akhirat. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.