Pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera sukar terlaksana dan tercapai peratusan sasaran memandangkan sebahagian besar masyarakat ini hanya melibatkan diri dengan kerjaya makan gaji (pekerja semata-mata) dan bekerja sendiri (self employed-secara kecilan).
Angka ini meliputi secara mudah melebihi 90% daripada kelompok tersebut. Bolehlah disebutkan hanya di bawah 10% orang Melayu & Bumiputera yang dikelompokkan sebagai usahawan (busineesman ) dan pelabur (sama ada terlibat dengan pelaburan saham, emas atau hartanah).
Dengan perkataan lain orang Melayu (Islam) tidak memiliki ilmu berniaga dan tidak terkucuali tiada punya kemahiran dan kepakaran ini. Selama mana kita masih mengharapkan orang lain dan tidak mampu berdikari dan tidak dapat menggabungkan diri dlm konsortium besar (dan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti), makan masa lagi untuk dapat orang Islam khususnya menguasai ekonomi dan berpendapatan selesa.
Kerja dakwah dan tarbiyah bahkan untuk menarik orang Cina dan bukan Islam yang lain kepada mempercayai agama Islampun dan memeluk Islam sukar dicapai kerana persepsi orang Islam miskin dan terlibat dengan memperkayakan diri sendiri dengan kelebihan naungan politik yang diberi kepada sebilangan kecil korporat Melayu.
Orang politik dan pemimpin dalam parti yang memperjuangkan Islam, mestilah menyedarinya hakikatnya bukan orang Islam yang menguasai ekonomi negara ini.
Maka, pengajaran yang saya ingin kongsikan ialah khususnya para pendakwah mesti tergolong dalam rangka membangunkan kerjaya di dalam kelompok businessman dan pelabur. Kita perlu ingat hendak menjadi ahli perniagaan dan pelabur tidak semestinya perlu modal yang banyak. Perolehi ilmu dan mentor yang betul untuk membimbing arah atau sasaran yang ingin dicapai.
Ubahlah minda daripada terkongkong dengan ungkapan saya yang menurut perintah dan senang makan gaji dan berusahalah untuk memikirkan langkah bersara daripada makan gaji. Saya sedang dalam proses membuat keputusan ini. Yang lain ada berani?
Sunday, September 15, 2013
Thursday, June 06, 2013
Berfikir
Apa yang sedang kita fikirkan?
Bila kita berfikir?
Mengapa kita berfikir?
Siapa pula berfikir?
Di mana kita berfikir?
Bagaimana berfikir dengan baik?
Persoalan yang saya bangkitkan ini, jika kita semua sentiasa berfikir untuk kebaikan, manfaat untuk diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya, insyaAllah jiwa ini sentiasa pasrah, reda, ikhlas dengan apa yang kita miliki dan semua boleh bekerjasama dan tidak menjurus berkepentingan diri.
Maka, marilah kita berfikir secara rasional, berakhlak dan tidak emosional untuk mencapai hasrat kebaikan semua.

Saturday, May 04, 2013
UNDILAH PAKATAN RAKYAT
PRU ke 13, untuk perubahan kerajaan baru daripada Pakatan Rakyat.
Rakyat inginkan kerajaan yang lebih telus, beramanah dan urus tadbir yang baik.
Rakyat ingin memastikan kehidupan selesa, terbela dan tiada dibebankan dengan cukai dan harga barang dan perkhidmatan tidak cekap.
Rakyat ingin berubah. Ini kalilah!

Thursday, April 04, 2013
Melayu Islam dan Agama
Ceteknya ilmu agama umat ini,
Ditambah kurangnya amalan ibadat harian,
Ramai tidak menyedari persahabatan sesama Islam,
Urusan peribadi dan perkhidmatan berasaskan wang,
Keikhlasan perjuangan dipinggirkan,
Musim pilihanraya tiba,
Taburan janji disemai,
Taraf ekonomi ramai yang miskin, walaupun negara kaya,
Sebab tiada kecekapan berfikir,
Pemimpin menginginkan kemegahan dan kemewahan dengan jalan korup,
Rakyat kebanyakan hanya menjadi penonton setia dan alpa,
Bila lagi bangsaku ingin maju ke hadapan,
Ilmu tidak ditimba, amal ditangguhkan,
Bahkan akhlak disampingkan.

Friday, March 29, 2013
Ceroboh Nafsu
Ceroboh minda sepanjang masa
Ceroboh hati menjadi gundah dan berduka
Ceroboh kekuatan diri menjadi layu
Ceroboh emosi tidak tahan uji
Ceroboh pemikiran merosakkan keyakinan
Ceroboh roh hilang pertimbangan
Ceroboh fizikal, lemah segalanya
Ceroboh jiwa hilang maruah
Ceroboh akan diceroboh segalanya
Akhlak, pegangan dan hukum hakam
Hinggakan pupusnya iman dan pergantungan
Kerana nafsu buas inginkan kepuasan, menjaga keegoan dan kuasa

Friday, March 15, 2013
Kagum
Ada manusia merasa kagum terhadap kehebatan diri sendiri sehingga memandang rendah keupayaan orang lain.
Seseorang itu akan menjadi sombong, angkuh, bongkak dan megah.
Sifat demikian ini merupakan cita-cita dan kehendak nafsu dan hasutan iblis yang menyesatkan.
Agenda manusia yang lalai dan lupa ini boleh kita temui pada orang kaya yang tamak dan rakus, orang politik yang gilakan kuasa dan mabuk pengaruh dan orang yang miskin merasa diri dihargai, namun hakikatnya maruah diri dijual dengan tukaran harga benda yang murah.

Subscribe to:
Posts (Atom)