Sunday, September 15, 2013

Businessman/Pelaburan Vs makan Gaji (employee)

Pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera sukar terlaksana dan tercapai peratusan sasaran memandangkan sebahagian besar masyarakat ini hanya melibatkan diri dengan kerjaya makan gaji (pekerja semata-mata) dan bekerja sendiri (self employed-secara kecilan).

Angka ini meliputi secara mudah melebihi 90% daripada kelompok tersebut. Bolehlah disebutkan hanya di bawah 10% orang Melayu & Bumiputera yang dikelompokkan sebagai usahawan (busineesman ) dan pelabur (sama ada terlibat dengan pelaburan saham, emas atau hartanah). 

Dengan perkataan lain orang Melayu (Islam) tidak memiliki ilmu berniaga dan tidak terkucuali tiada punya kemahiran dan kepakaran ini. Selama mana kita masih mengharapkan orang lain dan tidak mampu berdikari dan tidak dapat menggabungkan diri dlm konsortium besar (dan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti), makan masa lagi untuk dapat orang Islam khususnya menguasai ekonomi dan berpendapatan selesa. 

Kerja dakwah dan tarbiyah bahkan untuk menarik orang Cina dan bukan Islam yang lain kepada mempercayai agama Islampun dan memeluk Islam sukar dicapai kerana persepsi orang Islam miskin dan terlibat dengan memperkayakan diri sendiri dengan kelebihan naungan politik yang diberi kepada sebilangan kecil korporat Melayu. 

Orang politik dan pemimpin dalam parti yang memperjuangkan Islam, mestilah menyedarinya hakikatnya bukan orang Islam yang menguasai ekonomi negara ini.

Maka, pengajaran yang saya  ingin kongsikan ialah khususnya para pendakwah mesti tergolong dalam rangka membangunkan kerjaya di dalam kelompok businessman dan pelabur. Kita perlu ingat hendak menjadi ahli perniagaan dan pelabur tidak semestinya perlu modal yang banyak. Perolehi ilmu dan mentor yang betul untuk membimbing arah atau sasaran yang ingin dicapai. 

Ubahlah minda daripada terkongkong dengan ungkapan saya yang menurut perintah dan senang makan gaji dan berusahalah untuk memikirkan langkah bersara daripada makan gaji. Saya sedang dalam proses membuat keputusan ini. Yang lain ada berani?

2 comments:

Zali said...

Pemikiran yang jernih dan matang serta bebas atau tidak terkongkong akan sentiasa melihat proses perkembangan sejarah, mas ahadapan secara positif walaupun perlu menerjah style yang telah dilalui oleh keadaan lampau. Mengkritik atau sifat bersembunyi atau hanya menghentam tiada memberi makna penambahbaikan. Dalam dunia bisnes, hubungan dan kordinasi tulus akan membantu meningkatkan imej personaliti businessman dan syarikat/organisasi yang dibawanya. Kejayaan dimiliki hasil muafakatan dan kerja keras yang dirancang secara sistematik. Orang yang berjaya dalam hidup dan berkerjaya turut bermentorkan pengalaman orang lain yang telah sukses. Mudahan semua daripada kita belajar menghargai orang lain dan sentiasa meningkatkan mutu persembahan aqidah, akhlak dan mentaati arahan hukum Pencipta dgn sebaik mungkin.

Unknown said...

Amanda Badan Kredit adalah satu-satunya yang benar pemberi pinjaman online karena saya mendapat pinjaman saya dari mereka.
Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memperingatkan semua orang di sini untuk berhati-hati dari semua pemberi pinjaman pinjaman yang menimbulkan menjadi nyata. Mereka semua penipuan dan palsu dan niat mereka adalah untuk merobek Anda dari uang Anda sulit diperoleh.
Setelah saya bertemu dengan persyaratan dan kondisi perusahaan, pinjaman saya disetujui dan saya sangat mengejutkan, itu ditransfer ke rekening bank saya dalam waktu kurang dari 24 jam.
Anda dapat menghubungi Ibu Amanda melalui emailnya amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com dan Anda juga dapat menghubungi saya di email saya rasheedamuhammad10@gmail.com
Aku ingin kau menjadi penerima manfaat dari tawaran pinjaman nya.