Saturday, January 17, 2009

Lawatan ke Land’s End, Cornwall dan London



Teman-temanku sekelian, setinggi kesyukuran serta segala kepujian yang selayaknya bagi Allah s.w.t. Kita perbanyakannya, kerana secara sedar atau pun tidak, kita semua telah diberikan nikmat yang tidak terhingga oleh Allah Azawajal. Seperti yang aku pernah sebutkan terdahulu, manfaat melancong dan kesempatan peluang cuti yang panjang sempena Christmas Eve di U.K. ini, membawa anak-anak berjalan-jalan dan bermain-main dengan mereka perlu dirancang dengan baik. Ianya juga satu pendedahan dan pengalaman yang amat berharga apabila mereka dewasa nanti. Sekembalinya kami dari Belgium, kami dapat berehat selama empat hari dan perancangan seperti yang telahpun ditetapkan dua bulan yang lalu membawa kami sekali lagi ke hujung England iaitu Land’s End, Sennen, Cornwall dan kota London untuk kali yang keempat. Kami ke London untuk membawa dua keluarga iaitu dari Hull dan Stoke on Trent, Staffordshire yang baru tiga bulan sampai di U.K. dan mereka belum pernah melawat London. Kami menjadi teman pengiring atau pemandu pelancong buat seketika. Dari Hull, kami empat keluarga dengan lima buah kereta dan setibanya di M5 di Strensham Road Chet Service Station, kami bertemu dengan dua keluarga dari Stoke on Trent. Perjalanan kali ini adalah sejauh 1,040 km. Perjalanan kali ini dianggap menarik kerana inilah kali pertama kami dapat memandu kereta terus ke tengah-tengah kota London, apabila cuti Krismas ini membenarkan memandu tanpa ‘Congestion Fee’. Congestion Charge Zone (CCZ) meliputi central London dan West London. Bayaran dikenakan £8.00 sehari di antara jam 7.00 pagi-6.00 petang. Denda akan dikenakan di antara £60.00 hingga £180.00 kepada pesalah trafik. Ikuti perjalanan ini seterusnya.

Kami bertolak hari Rabu, 24 Disember 2008 jam 7.30 pagi dan perjalanan hari ini hanya terus ke penginapan kami di Travelodge, Plymouth. Plymouth disebut sebagai bandar ‘spirit of discovery’. Sesiapa yang rasa boleh memandu terus tanpa berhenti, pemandu tersebut boleh sampai enam jam. Aku seperti biasa memandu kereta sewa, sebab anak lima orang dan anak buah seorang memerlukan sebuah lagi kereta. Teman-temanku yang lain, selesa memandu kereta masing-masing. Aku menyewa kereta untuk 6 hari dan perlu membayar £63.76. Kali ini aku pandu kereta kecil, macam kereta Perodua Viva, Chevrolet Matiz, namanya. Memandangkan jarak masa perjalanan agak jauh, kami bersepakat di ‘Highway’, kami perlu memandu agak lama dan kami cuba untuk memandu berapa lama yang boleh, namun kami dapat bertahan selama tiga jam sahaja tanpa berhenti. Apabila kami berkonvoi ramai, tentunya beberapa perkara perlu diambil perhatian.Pertamanya, kami melantik seorang ketua dan Azli, salah seorang ‘student postgraduate’, mengetuai perjalanan ini. Teman aku inipun, orang jenis ‘confident’dan dengan bantuan anak lelakinya serta’ navigator’, kami dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Selepas kami mengisi minyak di Strensham Road Chet Service Station di M5, kami berpecah kepada dua kumpulan. Anakku Fathul bersama dengan teman-teman dari Stoke dalam satu kumpulan dan aku dengan tiga keluarga yang lain, dalam, kumpulan yang kedua. Kami tetapkan siapa yang jalan dahulu dan kemudian. Keduanya, tempat berhenti yang difikirkan sesuai dan mendesak untuk membersihkan diri, makan dan solat. Setiap kereta mesti sekurang-kurangnya ada seorang yang mempunyai ‘mobile phone’ untuk memudahkan perhubungan terutama ketika berlaku kecemasan atau perkara-perkara tertentu. Kami sampai di hotel pada jam 4.30 petang, sudahpun masuk waktu maghrib. Setelah kami selesai mencari tempat ‘parking’ berbayar dan membersihkan diri, dapatlah kami, berkongsi makan dengan lauk pauk yang pelbagai secara bersama-sama dan bersembang-sembang untuk mengurangkan keletihan dan kelaparan.

Apa yang hendak aku kongsikan bersama kali ini ialah pertamanya, kedudukan harga minyak di setiap bandar dan highway yang kami lalui tidak sama. Ini bergantung kepada ‘Duty and Vat’ yang dikenakan oleh kerajaan. Maka, didapati harga unleaded petrol dan diesel adalah berbeza-beza. Sebelum aku memulakan perjalanan setelah mengambil kereta lebih awal pada hari Selasa 23 Disember 2008, aku mengisi minyak petrol di Tesco, Hull, harganya adalah £0.859 dan kesempatan pada pagi yang kami bertolak ke Plymouth aku dapati minyak, apabila keluar sedikit dari Hull, iaitu di North Cave, menghala ke M62, minyak di Shell £0.869, manakala di Total £0.899. Semasa kami berhenti mengisi minyak pertama di M5, di BP, kami perhatikan di BP agak tinggi sedikit daripada syarikat-syarikat yang lain iaitu £0.949. Harga minyak sentiasa turun naik, maka harga minyak di stesen pam minyak bergantung kepada kedudukan harga miyak dunia yang sebenar. Ini bermakna, pada setiap masa, harga akan sentiasa berubah-ubah dengan serta merta atau segera, tanpa menunggu pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Para pemandu juga boleh bebas memilih stesen minyak yang mereka gemari.

Keduanya, di UK tiada tol di setiap lebuhraya melainkan di M6, Birmingham, satu-satunya lebuhraya di U.K. yang dilancarkan pada 9 Disember, 2003 dengan kadar £3.00 sepanjang 27 batu, yang bertujuan asasnya untuk mengelakkan kesesakan di sepanjang jalan yang asalnya, Birmingham Northern Relief Road. Lebuhraya ini diurus oleh Midland Expressway Ltd (MEL). Walau bagaimanapun, jika setengah jalan bukan motorway, maka tol akan dikenakan bagi maksud melalui jambatan seperti di A 15, Humber Bridge, salah satu jambatan gantung, dikenakan tol £2.50 untuk kereta dan A 38, Tamar Bridge £1.00 pada kereta. Semua ‘toll charges’ adalah bergantung kepada ‘major or minor toll routes’ yang ditetapkan dari semasa ke semasa dan turut mengira pandangan umum. Cuba kita perhatikan, berapa banyak rangkaian tol yang ‘menjerat’ pengguna-pengguna jalan raya di Lembah Klang. Inilah lubuk tol dan realitinya, Malaysia adalah negara paling banyak tol. Perjanjian kerajaan dan investors, di antara lain turut menentukan kadar tarif ‘per kilometer’ dengan masa konsesi berpuluh tahun. Mungkin dalam kedudukan ini, pemandu-pemandu di Britain, tidaklah terasa terbeban seperti yang kita alami di Malaysia.

Ketiganya, di sepanjang lebuhraya dan jalan negeri papan-papan tanda peringatan kepada pemandu untuk berwaspada di sepanjang jalan raya sentiasa diletakkan dengan sistematik dan amat jelas kelihatan. Contohnya, “tiredness can kill, take a break, keep your distance, don’t drink and drive and please drive carefully”. Tanda yang mesti berhati-hati adalah ‘speed cameras’ dan van polis yang ‘standby’ di tepi jalan yang dikhaskan untuk polis untuk memerhati gelagat pemandu. Semua ‘speed cameras’ telahpun ditetapkan dan diwartakan. Ini bermakna, hebahan dibuat kepada umum tempat-tempat diletakkan kamera perangkap laju berkenaan. Di Malaysia, polis trafik akan mengintai dan betul-betul merangkap kita sama ada bersembunyi di sebalik tiang atau di dalam longkang mahupun gerai buah-buahan. Negara manakah yang lebih telus dan mendidik para pemandu?

Keempatnya, Pemandu di UK rata-rata memandu dengan penuh sopan dan sepanjang aku di sini amat jarang, pemandu memandu dengan diistilahkan sebagai ‘reckless driver’ dan semacam ”mat rempit”. Motosikal amat jarang kelihatan, mungkin keadaan sejuk melainkan waktu ‘summer’, lebih sedikit, itupun tidaklah seperti di negara kita, motosikal menjadi “raja di jalan raya”. Pemandu sememangnya amat berdisiplin dan mengutamakan semua pengguna jalan raya terutama pejalan kaki dan ‘cyclist’, berbanding dengan pemandu-pemandu Malaysia. Kadar kemalangan jalan raya dan kematian adalah jauh lebih rendah daripada kita. Di sepanjang tahun, kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengumumkan laporan, “Road Casualties Great Britain, Annual Report” bagi tatapan umum dan boleh dibeli oleh semua. Laporan ini akan menghurai, menggambarkan dan menganalisa data-data dan statistik dan langkah-langkah yang patut diambil sebagai pencegahan. Sesiapa yang mempunyai lesen memandu, hanya laku untuk tempoh setahun, melainkan mereka yang mempunyai lesen dari Hong Kong boleh ditukarkan terus kepada lesen U.K. Kerajaan British hanya mengiktiraf beberapa negara sahaja, yang membolehkan lesen mereka itu ditukarkan kepada lesen UK termasuklah Hong Kong dan negara-negara yang didapati kadar kemalangannya agak rendah, seperti Namibia, sebuah negara di benua Afrika dan Singapura. Malaysia tidak masuk dalam kumpulan tersebut. Fikirkanlah sendiri bagaimana cara kita memandu dan mungkin ada kaitan dengan masa, bayaran, sukatan bahkan cara pengendalian pusat, kaedah pengujian dan kursus memandu di negara kita. Ini bermakna, jika kita hendak setara sekurang-kurangnya dengan Singapura ataupun Korea Selatan, barangkali kita perlu belajar dan menggunakan sukatan memandu negara-negara ini. Aku difahamkan, ada seorang kenalanku di Angkatan Tentera Malaysia, beliau belajar dan diuji memandu pelbagai trak dan saiz serta diuji pelbagai lapangan seperti pendakian yang tinggi dan setelah dipastikan mahir, barulah disahkan lulus dan boleh memandu kenderaan tentera. Beliau sehingga mempersoalkan, mengapakah sekarang anak-anak muda yang belajar memandu kereta diuji dengan Kancil dan mudah lulus?

Hari Khamis, 25 Disember 2008, setelah bersarapan kamipun bertolak ke Land’s End, Sennen, Cornwall. Pada pagi itu, kira-kira jam 8.00 pagi kami mencari lokasi yang sesuai untuk mengambil gambar di sekitar Plymouth dan meneruskan perjalanan ke Land’s End iaitu 9 batu dari barat Penzance, yang menghadap benua Amerika Utara. Kami sampai di sana kira-kira jam 12.30 tengahari. Memandangkan hari tersebut hari cuti, maka tidak ramailah pengunjung dan tempat-tempat permainan kanak-kanak semuanya ditutup. Dapatlah kami melihat suasana sekitar hujung England dan mengambil gambar masing-masing dan beramai-ramai. Selepas hampir sejam kami di sini, kamipun terus bertolak ke London melalui jalan pantai dan dapat singgah di sebuah tempat rekreasi di tepi pantai dan sebuah pantai di dalam perjalanan tersebut. Kami tidaklah dapat singgah lama di situ, setelah solat dan ambil gambar, kamipun meneruskan perjalanan segera. Kami melalui jalan negeri yang dianggap berliku-liku, tetapi tidaklah banyak berselekoh tajam macam di tempat kita dan kelajuan maksimum yang dibenarkan ialah 60 batu sejam. Kami tidak dapat cepat sampai apabila salah seorang kereta rakan kami, Uncle Z terkandas akibat tayar sebelah kiri hadapan pecah dan terpaksalah kami menukarkan tayar dan menunggu mekanik RAC selesai menyediakan ‘paper-work’. Hampir sejam juga selesai menungu dan kami dapat bergerak semula pada jam 5.30 petang. (hari sudahpun gelap). Maklumlah melalui jalan yang gelap gulita, kami terpaksa memandu dengan penuh waspada dan cermat dan kerap berhenti di ‘service station’ dan akhirnya, sampai di hotel kami di Travelodge Illford, sebuah pekan di pinggir kota London. Setiap daripada kami, sememangnya ada mengambil ‘breakdown membership’ tersebut seperti AAM di Malaysia bagi tujuan kecemasan. Kami sampai jam 11.35 malam dan masing-masing mengurus keluarga sendiri. Sebenarnya, apabila kami hendak turun ke London, di Travelodge, Illford inilah tempat penginapan kami yang biasa dan paling memikat hati kami. Kami menginap untuk dua malam di sini dengan harga £19.00 semalam, harga promosi, sama seperti kami bermalam di Plymouth. Kalau tiada harga promosi, harganya ialah £50.00 semalam. Bukan sahaja hotel ini pada kami dianggap paling murah bahkan agak selesa untuk keluarga, apatah lagi pada kami yang rasa hendak mengurangkan kos perbelanjaan tentunya amat sesuai. Tambahan pula di sekitar bandar Illford inipun makanan halal amat mudah diperolehi kerana terdapat kedai-kedai makan ‘take away muslims’ dan harganya bolehlah dikatakan munasabah dan mampu dibayar, contohnya, semangkuk kecil kari daging kambing £1.50 dan seekor ayam panggang, £6.00. Semuanya ada, termasuk ayam tandori seperti terasa duduk di Penang. Apa yang hendak dikongsikan bersama juga di dalam perjalanan ini ialah berjalan dalam waktu malam dengan melalui jalan bukan sepenuhnya lebuhraya terasa teramat meletihkan. Perjalanan dari Sennen ke Illford tersebut mengambil masa 6 jam, jika ‘non stop’ dan kami mengambil masa hampir 9 jam untuk sampai. Ada teman-teman termasuk aku sendiri kadang-kadang terhoyong-hayang dan termasuk ke jalan orang lain. Ini sebenarnya amat bahaya, sehingga ada teman-teman yang meminta berpatah balik untuk mengambil lebuhraya, walaupun agak jauh sedikit dan tidaklah amat memenatkan kerana jalannya lebar dan satu hala. Namun, Zam, seorang rakan dari Stoke yang ‘lead’ kali ini, meminta kami meneruskan jalan yang sama. Dalam perjalanan tersebut sentiasa kami banyak ‘call dan sms’ kerana ada setengah teman yang tertinggal agak jauh ke belakang dan memperlahankan keretanya kerana agak keletihan. Kami sentiasa ‘alert’ kerana takut tersesat dan tertinggal. Ini di negara orang dan bukannya di negara sendiri. Setibanya kami di M3, maka kami berpecah dua kumpulan, seperti di awal perjalanan dahulu pada 24 Disember 2008. Kami yang sudah dianggap veteran memandu dengan perlahan sedikit kerana agak mengantuk. Pengalaman memandu lama seperti ini, tidak permah kami lakukan, walaupun ramai rakan-rakan kita yang balik kampung semasa Hari Raya Haji dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mengambil masa 12 atau 13 jam akibat kesesakan teruk.

Hari Jumaat, 26 Disember, 2008 yang dikenali juga ‘Boxing day’ di U.K. setelah selesai bersarapan, kira-kira jam 9.00 pagi kami ke kota London dengan menaiki keretapi bawah tanah. Sebelum itu, bacalah dahulu apa maksud ‘Boxing day’ itu. Boxing Day is a bank holiday or a public holiday in the United Kingdom, Australia, Canada, New Zealand, Hong Kong and countries in the Commonwealth of Nations with a mainly Christian population. It is based on the tradition of giving gifts to the less fortunate members of society. Contemporary Boxing Day in many countries is for many a "shopping holiday" associated with post-Christmas sales and early starts to 'January sales'. This day is historically the UK's name for St. Stephen's Day. Saint Stephen was the first Christian martyr, being stoned to death in Jerusalem around A.D. 34–35. St. Stephen's Day is usually celebrated on December 26, which is a public holiday in some countries and areas in Europe (including but not limited to the UK, Germany, Italy, Alsace and the northern part of Lorraine in France, Catalonia in Spain) and around the world with predominantly Christian populations. Pada pagi itu, untuk bergerak ke stesen yang berdekatan, kami mengambil kereta masing-masing dan bergerak ke Gants Hill Tube Station untuk meletakkan kenderaan dan menaiki ‘tube’ dari sana, namun malang nasib kami, stesen tersebut ditutup kerana masalah ‘vandalism’. Ini adalah satu masalah biasa yang dihadapi di London terutama kawasan-kawasan yang ramai didiami oleh penduduk ‘black’. Kawasan Gants Hill dan Illford ramai penduduknya berasal dari India,dan Pakistan, yang beragama Islam, Hindu, Sikh termasuk kaum Yahudi. Maka, Zam cuba membaca navigatornya dan cuba mencari serta mengesan stesen yang berdekatan dan akhirnya, kami pergi menghala ke Redbridge Tube Station. Kamipun meletakkan kereta di sini dan membayar £1.00 sahaja kerana hari cuti umum diberi diskaun. Pada pagi tersebut, Uncle Z dan ‘family’, tidak turun sekali kerana hendak menukar tayar keretanya. Kami lima keluargapun menempah tiket secara kumpulan (group ticket). Alhamdulillah, kami yang seramai 34 orang ini hanya membayar £49.00 iaitu £3.50 untuk dewasa, £1.00 untuk budak-budak sekolah dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 11 tahun. Pada amnya, pengalaman kami yang lepas-lepas, pada hari biasa, bukannya cuti umum seperti di Christmas Eve ini, harga tiket untuk dewasa ialah £7.00 sehari. Pada kami yang seronoknya, sehari itu sehingga jam 12.00 tengah malam, kami bebas ke mana-mana menggunakan mana-mana perkhidmatan ‘tube line’ dan boleh menaiki bas dua tingkat yang tercatat logo RV1, London underground. Destinasi pertama kami ialah Wembley Stadium dengan menaiki Central Line dan Bakerloo Line untuk memberikan keseronokan kepada anak-anak. Setelah selesai meronda-ronda kawasan tersebut, kamipun bertolak ke Tower Bridge, London. Memandangkan kami dalam musafir, ramai ahli rombongan bersepakat agar menunaikan solat zohor dan jamak serta qasar, maka kami mencari mana-mana ‘shopping complex’ yang sesuai untuk menunaikan tuntutan Allah tersebut. Kamipun berhenti di Stesen Elephant and Castle. Hanim, isteri Zam, sememangnya seorang wanita dan ibu yang tahan lasak, badannya agak besar juga dapat mencari satu sudut untuk mendirikan solat, namun telah dihalang oleh dua orang ‘security guard’ daripada solat di situ, namun sebahagian besar daripada kami tetap meneruskan solat, walaupun Hanim terpaksa bertikam lidah dengan mereka. Aku dan isteriku yang terlewat sedikit, kerana terpaksa berbaris di tandas dan bilik air terpaksalah solat duduk di atas kerusi di suatu penjuru yang lain. Aku rasa inilah pengalaman kami yang kedua, cuba dihalau dari solat dengan sempurna. Pertama kali, kami alami semasa kami bersolat di suatu ruang kosong di bawah tangga di suatu bangunan berhampiran The London Eye dua tahun yang lalu. Kadang-kadang aku terfikir, mudah lagi solat di tanah airku, sebab di komples membeli-belah, semuanya ada dewan solat dan terpulanglah kepada kita pula untuk memanfaatkannya. Setelah selesai solat, kamipun bertolak segera ke Tower Bridge, kerana waktu sudah hampir jam 2.45 petang dan haripun mula hendak menjelang senja. Kami dapat singgah ke Tower Bridge dan anak-anakku termasuk diriku tidaklah terasa apa-apa ‘excited’ kerana sudah kerap sampai ke sini. Namun untuk keluarga Najib dari Stoke dan Jawari dari Hull, ‘very excited’ dan bergambar sepuas-puasnya sebaik turun dari bas RV1, apatah lagi isteri Jawari dapat bertemu dengan rakan kenalannya yang sama-sama belajar yang turun ke London pada waktu yang sama. Mereka bertuah dapat berjumpa tanpa diduga. Setelah masing-masing puas hati mengambil gambar sehingga hari gelap, kamipun menaiki bas RV1 berpusing-pusing di kota London dan akhirnya turun ke Trafalgar Square dan ke Lillywhite’s, 24 Lower Regent Street, Westminster, London, SW1Y 4QF, berhampiran Piccadilly Circus Tube Station untuk sedikit ‘shopping’. Tempat inilah yang menjadi tarikan membeli-belah di kota London untuk mereka seperti kami yang dianggap tidak berduit kerana harga yang ditawarkan bolehlah jauh lebih murah daripada kedai-kedai lain. Tiba-tiba muncul Uncle Z bersama-sama tiga orang anak perempuannya yang berminat membeli-belah di Lillywhite’s. Mereka turut menaiki tube. Siapa yang berminat membeli kasut seperti Timberland, kasut-kasut sukan yang berjenama seperti Gola, gloves, pakaian sejuk dan jenis pakaian yang lainnya semuanya ada dijual di sini. Oleh kerana aku bukannya berminat sangat dengan apa-apa jenama yang ada, tambahan pula, kocekku sudahpun semakin kempis, maka aku tidak peduli dengan pelanggan-pelanggan yang ada di situ. Aku hanya mundar-mandir sebentar dan akhirnya aku duduk lama bersandar di satu anak tangga di dalam kedai itu untuk berehat dan menanti teman-teman lain selesai berbelanja. Setelah selesai ‘shopping’, maka kami terus balik ke hotel melalui ‘tube station’ di bawah kedai tersebut. Kalau di Kuala Lumpur ada macam ini, mungkin bagus dan tidaklah banyak menghabiskan masa ‘jammed’ di atas jalan raya. Perjalanan balik ke hotel dengan menaiki ‘tube’ tidaklah semudah yang dijangkakan, walaupun menunggu tidaklah begitu lama, namun di bawah tanah itu manusia macam semut, menunggu tube dan bersesak-sesak, terutama di Central Line. Kami terpaksa berpecah-pecah untuk menaiki gerabak/coach. Aku dan berapa orang anak-anakku yang besar terpaksa berasak-asak untuk menaiki ‘tube’ dan ‘tube’ tidak berhenti lama di suatu stesen, barangkali tidak sampai seminit sudah mula hendak bergerak. Masing-masing seolah-olah berebut untuk menaiki ‘tube’ dan malam itu kami terpaksa berhimpit-himpit berdiri. Anakku yang bongsu dan ibunya serta beberapa teman yang lain terpaksa menunggu ‘tube’ yang lain kerana semua ‘tube’ sentiasa penuh dan padat. Walaupun aku dan beberapa orang yang lain sampai 10 minit lebih awal di stesen Redbridge tempat di mana kami memulakan perjalanan dan ‘parking’ kenderaan kami, namun kami terpaksa menunggu rakan-rakan yang lain kerana tiket kumpulan ada padaku. Kami selamat sampai ke hotel dan setelah meletakkan kereta di tempat ‘parking’ aku dan bapa-bapa yang lain mencari kedai makan dan membeli lauk dan daging ayam panggang untuk makanan malam kami yang sudah terlewat. Aku telahpun memberitahu isteriku agar dapat memasak nasi sahaja di bilik hotel. Setelah aku membawa lauk untuk dimakan segera, tetapi aku dapati bilikku gelap dan isteriku memberitahu semasa dia sedang memasak air untuk minuman, tiba-tiba elektrik padam. Isteriku telahpun memaklumkan kepada hotel untuk memeriksa dan diperbaiki namun setengah jam menunggu, mereka tidak membuat apa-apa tindakan. Isterikupun meminta izin temannya di bilik lain untuk tumpang masak nasi dan menunggulah kami seketika, sedangkan perut sudahpun berbunyi, bermacam-macam lagu dan irama. Setelah nasi masak, walaupun berkali-kali rakanku menjemput makan di biliknya, namun aku pula ‘mengarah’ anak buahku, Syahid, turun semula ke ‘reception’ dan meminta bilik lain dan akhirnya, kami memperolehi bilik lain. Aku tahu anak buahku, bukannya mahir sangat berbahasa Inggeris, namun sejak dua kali datang dan duduk bersama kami di U.K. ini darjah keyakinannya dan ingin mencuba amat tinggi. Dia kini dapat menguasai bahasa ini dengan baik. Masa itu aku dapati, isteriku tidak bermaya dan mampu berfikir lagi. Aku kerahku semua anakku untuk berpindah bilik dengan segera, akupun dapat makan dengan segera dan seterusnya berehat dan terlelap.

Hari Sabtu, 27 Disember 2008, hari terakhir perjalanan kami ke kota London semula dengan membawa kenderaan sendiri. Seperti biasa kami bersepakat untuk keluar jam 9.00 pagi, namun satu berita yang tidak baik kami terima, isteri Najib, Nik Su, kenalan baru kami dari Stoke yang sedang mengandung, didapati keguguran dan sedang sakit di dalam bilik. Hanim dan ibu-ibu lain membuat keputusan, agar kami dapat berjalan-jalan di bawah hotel ini untuk meninjau-ninjau atau’ window shopping’ sehingga paling lewat pukul 10.30 pagi, sebelum bertolak ke London. Akhirnya, semuanya dapat bergerak mulai jam 11.00 pagi dan tempat yang dituju adalah British Museum di Great Russell Street dan Science Museum. Kami berpecah beberapa kumpulan kerana masing-masing ada Tom Tom. Kami terpaksa berbuat begitu kerana di dalam kota London, jalannya sempit, kelajuannya hanya 30 batu sejam dan banyak simpang dan lampu isyarat, walaupun tidak sesak, melainkan di kawasan-kawasan yang bukan di dalam lingkungan ‘Conjestion Fee’. Di London, parking di tepi-tepi jalan amatlah terhad dan mahal iaitu 5 minit untuk 40p atau sejam £4.80p. Akhirnya, kami dapat meletakkan kenderaan di satu bangunan di Museum Street dan membayar sejumlah £15.40p. Walaupun terasa berat, terimalah hakikat itu. Barangkali inilah agaknya, ramai orang termasuk penduduk London menggunakan ‘tube’ untuk bergerak ke mana-mana kerana bayaran letak kereta amatlah mahal. Muzium ini dibuka sejak tahun 1743 dan para pengunjung masuk secara percuma, walaupun di beberapa lokasi, para pengunjung digalakkan memberikan ‘donation’. Aku sempat juga menghulurkan RM1.00 sebagai kenang-kenangan. Banyak barang lama dipamerkan di British Museum ini, termasuklah sejarah matawang, tembikar, jam, Mummies of Ancient Egypt, Greece, Islamic World, Babylon. Setelah kami dapat mengambil gambar dari semua sudut dan masing-masing letih dan selesai solat di suatu sudut di dalam bangunan ini, kamipun bertolak ke Science Museum di Exhibition Road, South Kensington, London SW7 2DD, manakala Najib lebih awal balik ke Stoke bagi mendapatkan rawatan doktor untuk isterinya. Seperti biasa, terdapat kesukaran untuk mencari ‘parking’. Akhirnya, kami dapat meletakkan kenderaan kami di Imperial College Parking, yang bersebelah dengan Science Museum ini. ‘Parking’ di sini mengikut jam iaitu, £3.00 sejam, £6.00 2 jam, £11.00 3 jam. Semakin lama meletak kereta, semakin bertambah mahallah harga ‘parking’ yang perlu dibayar. The Science Museum mempunyai lebih 300,000 barangan pameran termasuklah ‘the oldest surviving steam locomotive, documentation of the first typewriter, digital technology Glimpses of Medical History, sejarah pembuatan plastik dan sejarah pembuatan kereta sumbangan Nissan, Jepun. Hampir dua jam di sini, maka kami berpakat untuk terus balik ke rumah masing-masing, manakala Jawari menuju ke Essex, ke rumah kenalannya dan bermalam di sana. Kami yang tinggal lima kereta terus keluar dari kota London menuju ke M1 dan mencari R & R yang terdekat untuk makan malam dan makanlah kami beramai-ramai lebihan lauk semalam yang masih elok dan segar. Kami tiba di rumah jam 12.15 malam.

Kelebihan berjalan secara Konvoi:-

Dengan tidak menafikan ada kelemahan di dalam berkonvoi, namun difikirkan secara positif, banyak kelebihan berjalan secara berkonvoi iaitu:-


i) Bersepakat membuat keputusan dan mematuhi setiap perancangan dan pelaksanaannya, yakni tanpa mementingkan urusan diri sendiri.
ii) Belajar berkongsi pengalaman dan sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa dalam perjalanan dan menerima hakikat kesenangan serta kesusahan yang menimpa. Ingatilah peribahasa kita, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.
iii) Bersama-sama memberikan pandangan, pendapat dan bertolak ansur untuk kebaikan ahli rombongan, contohnya, cara-cara penjimatan perbelanjaan.
iv) Suatu proses sosialisasi, interaksi, komunikasi, kemesraan yang bermakna untuk dipelajari oleh semua ahli rombongan termasuk anak-anak untuk mengenali dan mempraktikkan maksud kerjasama serta hal-hal kemanusiaan. Ini juga boleh dinyatakan sebagai asas pendidikan untuk anak-anak. Ingatilah peribahasa kita, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
v) Menguji sifat peribadi masing-masing, terutama keyakinan, ketaatan kepada kepimpinan dan kesabaran dan bukan bermaksud menonjolkan kehebatan sendiri. vi) Dapat mengenal dengan jelas dan terperinci hati budi, perwatakan, perangai, tingkahlaku, peribadi masing-masing. Dalam konteks jemaah, di sinilah kita boleh melihat karektor, personaliti individu yang terbabit dan jika ditinjau dari sudut tarbiyah, ini juga satu bentuk mentarbiyah rohiah, aqliah dan jasadiah. Maka, terpulanglah kepada kita untuk menilai, membuat tanggapan, persepsi terhadap sikap dan personaliti teman-teman masing-masing. Hakikatnya, kita masing-masing akan mampu menyesuaikan dan menerima apa jua karenah-karenah dan watak-watak yang berbeza. Jika kita mampu untuk menegur sebarang kesilapan atau kesalahan perangai yang difikirkan tidak sesuai, adalah suatu yang terbaik untuk kebaikan bersama.

Nukilan ini untuk bahan penglipur lara, pengalaman, berita/maklumat sebenar, menjadi bahan koleksi, simpanan peribadi, elemen pendidikan, berkongsi perbincangan membina dan berniat untuk membentuk potensi semulajadi. Apa yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t.dan yang buruk itu lahir dari diriku sendiri. Semoga bertemu semula di ruangan seterusnya.

Selamat maju jaya dalam tahun baru Hijriah dan Masihi Tahun 2009 ini. Wallahualam bi shawab.

Lawatan Ke Brussels, Paris, Luzern, Zurich






Teman-teman yang dikasihi dan para pembaca sekelian. Tatapilah siri perjalanan kami sebenar ke beberapa negara di benua Eropah ini. Pada hari Isnin, 15 Disember 2008, kira-kira jam hampir 2.30 pagi, kami bertolak ke Terminal 1, Manchester Airport. Perjalanan pada hari malam, gelap gulita dan dingin dapat mempercepatkan kami semua ke lapangan terbang tersebut. Pukul 4.00 pagi kamipun sampai. Aku memandu kereta sewa Europcar, Peugeot, nombor pendaftaran KS08XAO yang diambil pada hari Sabtu, dua hari lebih awal, kerana hari Ahad pejabatnya ditutup dan terpaksa membayar untuk dua hari. Untuk makluman teman-teman, kalau ada nombor pendaftaran angka 08 bermakna kereta ini didaftarkan pada tahun tersebut. Semua kereta sewa di sini, kereta baru-baru dan tentunya lancar memecut di atas Motorway. Untuk dua hari sewa tersebut, isteriku membayar £54.73. Anakku Fathul memandu kereta burukku dan sahabatku Uncle Z memandu kereta Toyota Lucidanya.

Setelah kami sampai di Airport, aku letakkan kereta sewa di tempat yang disediakan di Airport tersebut dan dua kereta lain di tempat letak kereta ‘long stay ‘. Kami telahpun ‘serve internet’ dan bayar ‘on-line’ untuk parking kedua-dua kenderaan tersebut. Satu kereta perlu membayar £44.00 untuk tempoh hari dan masa yang ditentukan oleh pengguna sendiri.

Kami membayar £211.61 untuk satu keluarga bagi penerbangan ini. Flight kami 8084 ke Charleroi, Brussels sepatutnya boleh bertolak tepat 7.20 pagi, namun dimaklumkan, keadaan cuaca buruk, kabut (fog), menyebabkan penerbangan hanya bertolak hampir 8.30 pagi. Kami rasakan perjalanan ini hanya mengambil masa sejam 20 minit, namun keadaan bertambah cemas dan kapal terbang yang membawa kami berlegar-legar di ruang udara Brussels selama 45 minit, tidak boleh mendarat kerana kabut yang tebal, walaupun di atas awan, keadaan amat cantik, ‘very cloudy’. Pesawat dibenarkan mendarat dan terpaksa mendarat di lapangan terbang Leige yang terletak di sempadan Belgium dan Germany, walaupun kabut masih tebal. Kami dapat mendarat dengan selamat pada jam 10.05 pagi, Belgium local time. Aku rasa, pengalaman penerbangan berlegar-legar kerana kabut, baru kali ini aku pernah alami. Rasa kecut perut dibuatnya, apatah lagi ketika hendak mendarat memang langsung tidak nampak ‘airport runways’. Aku banyak istiqfar, selawat kepada Rasulullah dan syahadah kepada Allah s.w.t.

Setelah dimaklumkan oleh kapten, kapal dapat mendarat selamat, semua ‘Mat Salleh’ bertepuk tangan. Aku mengucap syukur, alhamdullillah, kami selamat. Kami dapat keluar dari Airport ini pada jam 11.00 pagi setelah beg berisi makanan kami dapat diambil daripada ‘conveyor claim baggage’. Kami diarah menunggu bas ke Charleroi Airport dan bas bergerak pada pukul 11.30 pagi (kerana menunggu giliran bas dan ada ahli rombongan yang bergilir-gilir ke tandas). Kami selamat sampai di Charleroi Airport pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

Maklumlah keluar rumah dalam keadaan sejuk dan waktu orang sedang lena tidur waktu itu, setibanya di Charleroi Airport, pertama-pertamanya dituju tandas dan kemudian cari tempat sesuai untuk ‘lepak’ dan makan. Ramai rombongan kami, kelaparan, tetapi amat sukar mencari ‘wider space’ sebab ‘airport’ penuh dengan penumpang yang ‘stranded’. Akhirnya, jumpa juga tempat yang sesuai , agak tersorok untuk kami menjamah nasi bungkus berlaukan ikan bilis dan kepak ayam goreng di dalam ‘tupperware’ kecil yang disediakan oleh isteriku. Setelah selesai makan, minum, buang air dan solat jamak dan qasar waktu zohor dan asar, kamipun mengambil kereta sewa Europcar di airport itu, untuk tempoh hingga Jumaat 19 Disember, menjelajah negara-negara tersebut. Aku dapat van jenis Peugeot, ‘seven seater, diesel engine dan Uncle Z memandu Van Mercedes Benz, nine seater, apatah lagi kami menuju destinasi pertama, Brussels, walaupun masa sudah teramat lewat.

Kami dapat berpusing-pusing di Bandar Brussels dan mencari ‘parking’ teramat sukar di tengah bandar ini, apatah lagi ditambah dengan kesibukan ‘traffic’. Van kami pandu agak besar, sukar untuk ‘parking’ begitu sahaja dan akhirnya setelah berpusing-pusing 30 minit, akhirnya, menemui ‘parking’ di dalam sebuah bangunan. Biasalah setelah sampai, ramai yang hendak ke tandas dan kami terus mencari Grand Place, is the central market square of Brussels, tempat tarikan utama di sini.

Setelah puas melihat pemandangan dan bangunan di sekitar Brussels, kamipun terus bergegas menuju ke tempat penginapan kami yang pertama di Hotel Ibis, 13, rue du Val de Marne, Gentilly, Paris yang mengambil masa tiga jam perjalanan non-stop. Kami menyewa dua bilik, berjumlah 156.00 EUR. Satu bilik berharga 78.00 EUR. Kami menempah hotel ini untuk dua malam. Biasalah dengan anak-anak terutama anak Uncle Z, perjalanan terpaksa banyak berhenti dan pemandu sendiripun perlu berehat-rehat sebentar. Kami sampai hampir jam 12.35 malam. Sememangnya, semua amat letih dan ramai yang turut lapar, maka kami cubalah makan dan mula tidur pada jam 2.00 pagi. Aku difahamkan anak-anak Uncle Z, sampai sahaja di hotel terus terlelap dan bermimpi.

Pada 16 Disember 2008, kira-kira jam 9.35 pagi, setelah selesai urusan peribadi, kamipun bertolak dan masuk ke Disneyland Park, Paris sahaja. Kami sampai kira-kira jam 11.00 pagi. Kalau ikut sebenarnya, daripada hotel kami hanya mengambil masa ½ jam sahaja, tetapi maklumlah di tempat orang, tidak biasa dengan jalan, terpaksa memandu lebih cermat dan kadang-kadang tersasar sedikit. Di Park ini jangan risau masalah parking, sebab tempat letak kereta di Park ini amatlah luas tetapi sekali masuk perlu membayar 8 EUR. Kami menghabiskan masa berlegar-legar di sini hingga tutup jam 7.00 malam, setelah selesai perarakan/parade.


Berikut adalah sejarah latar belakang Disneyland Park Paris dan aktiviti-aktivitinya, tetapi perlu dibaca di dalam bahasa Inggeris. I am so sorry brothers and sisters.


Disneyland Resort Paris, originally known as Euro Disney, is a theme park run by Euro Disney SCA, 39% of which is owned by The Walt Disney Company, in Marne-la-Vallée near Paris. Construction began in 1988 and the theme park complex officially opened on April 12, 1992, but attendances were low and there were protests by those who thought a Disney park in France would harm French culture.

In October 1994, the former Euro Disney changed its name to Disneyland Paris, and now to Disneyland Resort Paris. By 1995, Disneyland Paris started to attract more visitors and what began as a near failure for the Walt Disney Company has become more successful.

Disneyland Resort Paris is between the original Disneyland and the much larger Walt Disney World in size. Disneyland Paris has five major sections: its version of the Disneyland theme park (Magic Kingdom, essentially); the Walt Disney Studios Park, a theme park similar to Walt Disney World's Disney/MGM Studios; its version of the Disney Village; the Disney Hotels area; and Golf Disneyland.

Disneyland ® Park has 5 magical Lands depicting fairytales characters, futuristic adventures, storybook charm and high technology.

MAIN STREET, A LIVELY AMERICAN STREET OF THE EARLY 20 TH CENTURY WHERE YOU CAN TRAVEL IN A VINTAGE CAR OR A HORSE-DRAWN TRAM... HERE YOU CAN MEET DISNEY CHARACTERS AND EXPERIENCE DAILY PARADES

5 ATTRACTIONS

  • LIBERTY ARCADE & STATUE OF LIBERTY TABLEAU (COVERED WALKWAY ON LEFT SIDE)
  • DISNEYLAND RAILROAD MAIN STREET STATION
  • HORSE-DRAWN STREETCARS
  • MAIN STREET VEHICLES
  • DISCOVERY ARCADE (COVERED WALKWAY ON RIGHT SIDE)

EN ROUTE FOR THE FAR WEST. YOU ARRIVE AT THE PEAK OF THE GOLD RUSH. FRONTIERLAND BRINGS BACK TO LIFE THE LEGENDARY CONQUEST OF THE WILD WEST

9 ATTRACTIONS

  • CRITTER CORRAL
  • DISNEYLAND RAILROAD FRONTIERLAND DEPOT
  • POCAHONTAS INDIAN VILLAGE
  • BIG THUNDER MOUNTAIN
  • RUSTLER ROUNDUP SHOOTIN' GALLERY
  • THUNDER MESA RIVERBOAT LANDING
  • PHANTOM MANOR
  • LEGENDS OF THE WILD WEST
  • GRAND CANYON DIORAMA

FANTASYLAND, THE HAPPIEST OF KINGDOMS, WHERE FAIRY TALES AND FABLES BECAME GREAT DISNEY CLASSICS

15 ATTRACTIONS

  • LE PAYS DES CONTES DE FÉES
  • CASEY JR., LE PETIT TRAIN DU CIRQUE
  • LES PIROUETTES DU VIEUX MOULIN
  • “IT'S ASMALL WORLD”
  • DISNEYLAND® RAILROAD FANTASYLAND STATION
  • ALICE'S CURIOUS LABYRINTH
  • MAD HATTER'S TEA CUPS
  • DUMBO THE FLYING ELEPHANT
  • PETER PAN’S FLIGHT
  • LANCELOT’S CARROUSEL
  • LES VOYAGES DE PINOCCHIO
  • LA TANIÈRE DU DRAGON
  • BLANCHE-NEIGE ET LES SEPT NAINS
  • SLEEPING BEAUTY CASTLE
  • LA GALERIE DE LA BELLE AU BOIS DORMANT

AN ENTRANCE INTO THE DEPTHS OF THE JUNGLE. AN EXOTIC ATMOSPHERE ON ADVENTURERS AND EXPLORERS’ TRACKS

6 ATTRACTIONS

  • PIRATES OF THE CARIBBEAN
  • ADVENTURE ISLE
  • INDIANA JONES™ AND THE TEMPLE OF PERIL
  • LA CABANE DES ROBINSON
  • PIRATES’ BEACH
  • LE PASSAGE ENCHANTÉ D'ALADDIN

GET READY FOR INTERGALACTIC VOYAGES, SPECIAL EFFECTS, THE HISTORY OF INVENTIONS, AND VISION OF THE FUTURE, SPEED, EMOTION, ILLUSION, AND
MYSTERY ARE GUARANTEED

12 ATTRACTIONS

  • ARCADE ALPHA
  • ARCADE BETA
  • ARCADE OMÉGA
  • LE VISIONARIUM
  • ORBITRON®
  • AUTOPIA
  • LES MYSTÈRES DU NAUTILUS
  • SPACE MOUNTAIN
  • HONEY, I SHRUNK THE AUDIENCE
  • STAR TOURS™
  • DISNEYLAND RAILROAD DISCOVERYLAND STATION
  • L’ASTROSPORT, SERVICES INTERSTELLAIRES

Nampaknya, semua puas hati dan letih. Anak-anakku sudah tidak risau dengan sejuk dan mereka kata pula badan mereka panas. Apatahnya, mereka semua berlari-lari dari satu point ke satu point yang lain. Mereka bebas memilih apa-apa sahaja permainan yang hendak dilakukan. Amat kesian dua orang anak Uncle Z yang masih sekolah rendah kerap merengek dan menangis kerana tidak tahan sejuk. Kami terpaksalah melayan karenah mereka dan kerap ke bilik air dan ke arcade/restoran untuk memanaskan badan, sementara menunggu budak-budak besar menghabiskan masa bermain. Sekali masuk untuk orang dewasa £35.00 dan kanak-kanak £30.00. Kami habis di sini sahaja £275.00.

Kamipun balik menghala ke hotel Ibis semula, tetapi singgah dahulu di Carrefour untuk membeli bahan makanan yang sudah kehabisan. Kami tidurpun agak lewat juga, hampir pukul 12.00 tengah malam kerana hendak selesaikan solat jamak takhir isya’ dan maghrib dan makan malam yang sudah agak lewat.

Pada 17 Disember 2008, seperti dijadualkan perlu ‘check-out’ dan bergerak ke tengah bandar Paris menuju ke Eiffel Tower. Akupun menuju ke tempat parking, kira-kira jam 9.35 pagi tetapi amat malang nasibku, cermin kereta sewaku di sebelah pemandu dipecah orang. Akupun memberitahu Uncle Z dan isteriku turut membaca apa-apa butiran di dalam perjanjian kereta sewa berkenaan. Kami difahamkan di dalam surat tersebut hanya menghendaki laporan polis apabila terdapat kerosakan besar kereta yang bernilai melebihi 500 EUR. Aku tanya pihak hotel, adakah perkara ini sering berlaku di sini? Tempat yang aku parking kereta, sebenarnya parking di tepi jalan, agak 50 meter daripada hotel dan rupanya tidak selamat. Petugas kaunter hotel menyatakan kejadian pecah cermin kereta sudah menjadi lumrah di Paris.

Aku dan isteri terpaksa menghubungi pihak Europcar untuk ‘car replacement’, namun van jenis kami pandu ini sudah habis ditempah dan aku diarah untuk menggantikan cermin yang baru dengan membiayai kosnya dahulu dan boleh ‘ask for refund’. Kami amat risau, kalau deposit 350 EUR sewaan kereta boleh ‘burn’ begitu sahaja. Kami terpaksa meminta pertolongan pihak hotel, kerana kebanyakan pekerja-pekerja Europcar hanya hendak bertutur di dalam bahasa French. Kami terpaksa ‘request’ kakitangan Europcar yang boleh berbahasa Inggeris dan didapati berurusan dengan mereka amatlah lambat dan mereka banyak menanya soalan-soalan tentang kereta dan nampaknya pagi itu seolah-olah mereka amat sukar untuk membantu kami.

Akhirnya, mereka mencadangkan agar kami berurusan dengan satu bengkel untuk menggantikan cermin yang pecah atau digantikan dahulu dengan ‘plastic cover for temporary protection’ dan syarikat itu setelah kami hubungi sanggup menyediakan temporary plastic dan perlu datang semula keesokannya untuk digantikan cermin tingkap yang baru.

Kamipun bersetuju dan terpaksa mencari alamat kedai bengkel tersebut di tengah-tengah bandar Paris, arah ke Avenue Aristid Briand, Montrouge. Pada peringkat awal, aku dimaklumkan oleh petugas kaunter hotel, alamatnya di No. 28, puaslah kami dengan bantuan Tom Tom mencari tetapi tidak berjumpa, hinggalah kami terpaksa menelefon berulang-ulang kali dengan Europcar yang berpejabat di Belgium untuk menanyakan alamat bengkel yang sebenar. Pada kesudahannya kami berjaya mencari bengkel tersebut yang terletak di no. 128.

Akhirnya, aku sampai juga di bengkel tersebut dan pekerjanya berbangsa Arab Algeria yang fasih berbahasa Arab dan French dan bukannya berbahasa Inggeris. Akupun hentamlah cakap Arab sedikit. Beliau sanggup menukarkan cermin plastik dahulu dan esoknya perlu datang semula ke kedainya untuk ditukarkan cermin baru. Kamipun buat-buat setuju dan setelah siap aku berunding semula dengan pihak Europcar dan Carglass Co tersebut untuk memasangnya di tempat lain yang dekat dengan hotel, hari keesokannya di sekitar pekan Beaune, yang menghala ke Switzerland. Pihak Carglass Co bersetuju dan semua kos penggantian sementara itu dianggap percuma. Isteriku menghubungi pihak Europcar semula dan meminta mereka faham kedudukan kami, mana ada masa hendak menghantar kereta untuk diperbaiki sedangkan jadual perjalanan kami amat ketat dan masa terhad. Mereka diam sahaja dan aku berdoa keadaan ini boleh selesai sebentar lagi.

Aku duduk di bengkel itu hinggalah pukul 2.15 petang dan selesai minum air cokelat, macam milo kita, dengan membelinya di mesindan dapat tumpang solat, akupun mulakan perjalanan ke Eiffel Tower. Malang sekali lagi, co-pilot anakku yang sulung, Fathul teragak-agak untuk mencari jalan ke situ dan Tom Tom pula macam tidak berfungsi. Akhirnya, kami tawaf highway sepanjang hampir 30 km barulah sampai ke jalan menuju ke Eiffel Tower, tetapi keadaan masa sudah hendak gelap. Setelah meletakkan kereta di tempat yang kosong, tanpa berfikir lagi lantas turun daripada kenderaan dan mengambil gambar beberapa segera dan meronda-meronda tempat berkenaan. Walaupun masa itu aku dan Uncle Z turut sempat bertanya polis yang berbasikal seramai tiga orang, dibenarkan atau tidak parking di sini. Mereka jawap, “is not my job”. Uncle Z lantas mempunyai persepsi bahawa polis di Paris ini ‘memang jahat’ dan tidak boleh membantu atau menasihati para pelancong. Setelah hari hampir gelap, kamipun hendak ke tempat letak kereta semula dan anakku yang bongsu, Hidayat cuba hendak mengambil gambar sendiri, akhirnya kamera digital kami jatuh dan terus tidak dapat berfungsi. Nampaknya, kamera yang dibeli hampir setahun yang lalu dengan harga £90.00 rosak dan pecah. Aku hendak marahpun tidak jadi marah. Mungkin kerana cuaca sejuk, akupun jadi ‘cool’ dan mungkin juga kerana sudah cukup letih.

Kamipun ke tempat parking, apa yang amat mendukacitakan, kedua-dua kereta sewa kami disaman dan kereta Uncle Z digaris sedikit dan kebetulan ada lima orang polis ada bersembang-sembang di situ, buat muka selamba sahaja setelah kami mengajukan saman tersebut. Kami terpaksalah mencari kedai jual rokok (agen pemungut saman, ada istilahnya, akupun sudah lupa) di tengah Paris, hampir 1 km untuk membeli stamp dan kemudian mengeposkannya di pejabat pos. Aku kata dalam hati, apalah nasib yang menimpa macam ini. Terkopaklah 35.00 EUR untuk saman akibat perbuatan “bodoh kami sendiri”.

Kamipun bergerak menuju Beaune, sebuah pecan kecil di Perancis untuk penginapan kami yang terakhir di motel Formula 1, Rue du Pre neuf yang berharga 30.00 EUR sebilik. Kami anak-beranak menyewa dua bilik dan Uncle Z sebilik sahaja. Akupun tidak tahulah macam mana beliau sumbatkan anak-anak mereka enam orang itu.

Aku rasa hendak cepat sampai di motel berkenaan, namun apabila hamper 7 minit berjalan Uncle Z perasaan, kereta sorong anaknya tertinggal, sedangkan anak-anak besarnya sentiasa menjaga kereta sorong tersebut. Terpaksalah kami berpatah balik ke Eiffel Tower untuk mengambil kereta sorong tersebut dan didapati ramai polis mengerumi kereta sorong tersebut agak jauh sedikit, mungkin pada fikiran mereka ada bom agaknya. Uncle Z terus memasukkannya ke dalam bonet keretanya. Kami tidak bergerak lagi di situ dan ada pula anak saudaraku, Syahid dan anak-anak Uncle Z hendak membeli sorveniour, maka ‘lepak’ semula untuk beberapa ketika.

Setelah selesai membeli ala kadar, kamipun terus ke motel dan ianya mengambil masa tiga jam non-stop, namun kami sampai ke motel tersebutpun sampai jam hampir 12.35 malam, setelah tersalah ambil jalan kampung (lama) dan bukannya highway yang bertol. Jalan lama sememangnya sunyi, jalan berbengkang-bengkok, berbukit-bukau dan teramat sunyi sepanjang hampir 30 batu. Isteriku memarahiku kerana terambil jalan yang teramat gelap, basah setelah turunnya salji dan beliau mengingatkan aku lagi jangan cuba ambil risiko. Aku diam sahaja.

Seperti yang aku sebutkan, Lebuhraya di Perancis bertol, maka sediakan bayaran untuk tol. Akupun tidak sempat hendak catat semuanya, berapa jumlah tol yang telah dibayar, tetapi tidaklah sehebat Malaysia, everyway ada tol.



Aku tertarik dengan motel ini kerana hendak masuk ke ruang lobi dan bilik motel, ‘occupant’ tidak diberi kad atau kunci tetapi diberi nombor sebanyak 6 angka untuk memasuki motel. Aku berehat sekejap dan isteriku seperti biasa akan mengeluarkan barangan makanan lalu memasak, memanas dan menghidang. Pada kami, inilah masa kami dapat makan sepuas-puasnya, sebab semasa berjalan, seolah-olah tidak berasa lapar dan dahaga.Setelah selesai solat jamak takhir isya’ dan maghrib, akupun tidur.

Pada 18 Disember 2008, kamipun bertolak seperti biasa jam 9.30 pagi menuju ke Switzerland dan tempat pertama yang hendak dituju ialah Luzern iaitu kira-kira 3 ½ jam perjalanan atau hampir 365 km. Seperti biasa, minyak kereta perlu diperiksa dan jika kurang separuh, kami akan mencari ‘servis station’ untuk mengisi minyak bagi mengelakkan kesulitan di jalan raya. Akupun tidak ingat berapa banyak berhenti kerana Uncle Z terlalu mengantuk. Rupa-rupanya, malam yang kami dapat tidur lena di Beaune, beliau terpaksa berjaga malam kerana baby meraung, menangis dan demam sehingga hampir jam 4.00 pagi baru beliau boleh terlelap. Akupun tidak boleh buat apa-apa. Perjalanan agak tergendala, tetapi kata isteriku berhentilah beberapa kerap dan pandulah perlahan sedikit untuk menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan.

Kami sampai di sempadan Switzerland melalui Highway A35, tetapi sampai di sempadan, Uncle Z ditahan oleh pihak imigresen dan diperiksa identiti dan diminta passport. Mujurlah anakku, Nahdia yang menumpang di dalam kereta itu tidak diperiksa sedangkan passport ada pada isteriku. Kereta beliau diperiksa bonetnya. Hampir 10 minit aku menunggu dan akhirnya beliau dibenarkan meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, kami menikmati keindahan salji. Sememangnya Switzerland cukup menakjubkan, penuh dengan salji di kawasan-kawasan pergunungannya. Perjalanan ke Luzern ini, tidak kurang tujuh terowong kami lalui, seperti di Lebuhraya KL- Karak kita. Di dalam terowong dilengkapi dengan radar dan siaran radio boleh kedengaran. Kami sampai di Luzern sudah hampir 3.40 petang dan beberapa minit lagi sudah masuk senja. Kami dapatlah meronda di tengah-tengah bandar tersebut dan berhenti di suatu tasik yang amat cantik, yang jernih airnya, tanpa ada pencemaran air. Seni bina bangunannya juga amat menarik dan terserlah, bukan malap seperti di U.K. Dapatlah kami merakamkan gambar menerusi hand phone dan kanak-kanak mula bermain-main dengan salji. Mereka belum mengerti untuk menghargai keindahan penciptaan Allah s.w.t. Di kepala mereka tahu hendak bermain-main sahaja sehingga anakku yang bongsu, Hidayat kebas tangan dan kaki kerana kesejukan dan stokin basah kerana bermain salji dan meminta kepada ibunya ganti stokin yang lain. Jika ada budak, begitulah keadaaanya. ‘We have to accept that situation’.

Kami tidak lama di sini dan Uncle Z berbincang denganku bahwa beliau sudah tidak larat memandu begitu lama dan kalau boleh tidak singgah di Zurich dan Luxembourg, terus sahaja ke Charleroi Airport kerana esoknya, 19 Disember 2008, flight kami berlepas jam 6.30 pagi dan perlu menghantar kereta sewa selewat-lewatnya jam 11.00 malam dan perlu berada di Airport jam 4.30 pagi untuk check-in.

Isteriku, meminta aku dan beliau teruskan perjalanan ke Zurich, ronda bandar sekejap dan lalu sahaja di pinggir bandar Luxembourg. Aku turuti juga kata isteriku sedangkan anakku Fathul sudah mula mengantuk dan mula terlena. Aku tidak kisah sangat, aku gagahkan sahaja, walaupun kakiku sudah mula ketar kerana sudah keletihan. Di Switzerland, ada had kelajuan 100 km sahaja, maka ini juga akan mengambil masa untuk sampai dengan segera ke Airport semula.

Isteriku menerima panggilan daripada Europcar bahawa kereta boleh dihantar pada bila-bila masa. Kunci kereta boleh dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di hadapan pejabat, dipastikan minyak diisi penuh sebelum dipulangkan dan berkenaan dengan cermin yang pecah akan diselesaikan oleh Europcar sendiri.

Aku lega sedikit dan kami memecut terus ke Zurich, lebih kurang sejam sampai dan meneruskan perjalanan dengan cepat melebihi had kelajuan yang ada dan tidak banyak berhenti lama di R & R dan anakku, Fathul, walaupun tertidur aku paksa sekejap-sekejap tengok arah perjalanan betul atau tidak mengikut Tom Tom dan Google map. Kami sempat meronda-ronda bandar tersebut dan terus melaui pinggir bandar Luxembourg, tetapi tiada rakaman gambar video atau kamera dapat dilakukan kerana penumpang ramai yang terlelap. Isteriku yang selalu ‘jaga’, berbual-bual denganku. Kalau isteriku terlelap, apa maknanya hendak melihat pemandangan di Zurich.

Perjalanan kami tidak ada halangan akibat tersesat tetapi terhalang kelajuan akibat kabut tebal yang menyukarkan aku menekan minyak, terutama laluan Expressway A4/E411 sepanjang 130 km . Alhamdulillah kami sampai di Charleroi Airport jam 3.50 pagi. Sampai di tempat parking kereta sewa, kamipun ‘lepak’ lebih kurang 20 minit, terutama pemandu yang tidak sempat tidur sepanjang siang dan malam semata-mata hendak sampai di airport on time.

‘Right after dropping the car’s key inside the box provided’ dan tepat jam 4.30 pagi, 19 Disember 2008, setelah selesai minum ringan, basuh muka dan urusan tandas, kamipun ‘immediately check in’. Flight kami, 8083 berlepas mengikut jadual dan di dalam kapal terbang aku terlena sehinggalah kedengaran kapten memaklumkan kapal akan mendarat di Manchester Airport, sebentar lagi. Pesawat kami selamat mendarat dan kami dapat keluar kira-kira jam 8.00 pagi setelah selesai semua urusan imigresen, peribadi dan solat subuh.

Kamipun ke ‘long stay parking’, mengambil kereta masing-masing dan akupun bergegas ke Europcar di Salford, Manchester untuk mengambil kereta sewa, sebab di airport sudah habis ditempah. Dalam perjalanan ke Salford ini, kami terpaksa berhati-hati disebabkan aku terlebih satu penumpang dan Uncle Z terlebih 2 penumpang. Ianya satu kesalahan terlebih penumpang di dalam sesuatu kenderaan yang telah ditetapkan tempat duduknya.

Setelah selesai urusan kereta sewa untuk perjalanan pulang ke Hull, isteriku pula berkata kepadaku, kita perlu lambatkan perjalanan balik ke Hull, sebabnya, anakku yang besar, lelaki 3 orang dan anak buahku, Syahid dan anak Uncle Z, Naim, hendak pergi ke Stadium Manchester United melawat dan memasuki stadium tersebut. Aku rasa, anak-anakku sudah kerap pergi ke stadium ini. Isteriku memujukku agar memberi peluang kepada anak-anak untuk memotivasikan mereka untuk belajar sesuatu. Aku terpaksa mengalah dan sebelum ke stadium, aku ronda di Cheetham Hill Road dahulu untuk mencari makanan pagi. Di jalan ini adalah kawasan orang Islam. Kamipun ke Stadium dan seorang membayar £9.00 untuk memasuki stadium dan ada tour guide serta sijil penyertaan disediakan. Manakala, Uncle Z meneruskan perjalanan balik ke rumah.

Setelah selesai, urusan budak-budak itu, kamipun bersolat Jumaat di Cheetham Hill Road, Manchester. Kami sampai di rumah jam 5.30 petang dan kereta sewa yang aku pandu kuserahkan di Europcar Co. di Cottingham Road, Hull, walaupun lewat ½ jam akibat kesesakan ‘traffic’ di Hull City.


Ulasanku tentang manfaat melancong terutama ‘overseas’

i) Suatu aktiviti yang amat menggembirakan, menyeronokkan, jika sekiranya dapat menghargai dan mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat bekerja. Ianya boleh dinyatakan sebagai salah satu bentuk ‘hiburan’.

ii) Suatu cara untuk menambahkan pengetahuan dan meluaskan pemahaman, pandangan mengenai sesuatu perkara di samping membuka, merehat dan melapangkan minda.

iii) Suatu kaedah untuk berkomunikasi, berinteraksi, merapatkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

iv) Suatu kaedah mengisi masa lapang dengan perkara yang boleh membawa kepada manfaat, terutama untuk memastikan anak-anak sentiasa bersama ibubapa dan hidup mereka terdorong untuk melakukan sesuatu yang baik, bermoral, berdisplin dan lebih bertanggungjawab.

v) Suatu proses latihan (pentarbiyahan) ketahanan dari aspek atau perspektif fizikal, emosi, sipiritual dan intelektual. Cuba bayangkan, jika perjalanan ini ‘such a very long journey’, mestilah ketahanan fizikal amat dipentingkan dahulu terutama semasa ‘driving’ di atas jalan raya. Ianya juga memerlukan kepada aspek kesabaran dan membuat keputusan dengan pantas dan berkesan, terutama merancang perjalanan. Untuk makluman our brothers and sisters, my trip ended by 1,773 km. Mudah-mudahan mereka yang aktif sebegini, walaupun dipandang sebagai memenuhi kehendak sendiri, namun ‘in the long run, it may help a lot in helping our political activities’.

vi) Satu usaha untuk menghabiskan ‘cash’ atau kelebihan harta yang Allah s.w.t.anugerahkan untuk manfaat diri dan keluarga dan akhirnya dapat berkongsi manfaat kepada orang lain. Berbelanjalah dengan bijak atas suatu perkara yang dapat memberikan banyak pengajaran dan bukannya membazirkan tanpa sebab.


Jumpa lagi.