Wednesday, June 23, 2010

CITA-CITA TINGGI

Walaupun, kadang-kadang sukar untuk mencapai apa yang kita cita-citakan, namun kita semua digalakkan berusaha dengan gigih.

Saya mengakui agak payah bagi diri ini ingin mencapai atau memenuhi impian cita-cita tinggi, apabila saya berubat minggu lepas dan perawat tersebut menegur saya, betapa diri saya ini tidak akan mampu untuk melonjakkan diri jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Saya sememangnya berminat untuk berkecimpung di dalam hal kemasyarakatan, namun kedapatan kesukaran ekoran penyakit yang menimpa, terutama apabila ada orang yang tidak gemar kita bersama-sama menyumbang sehingga kita 'dibuat' menjadi sakit.

Sesiapapun tidak akan terlepas daripada ilmu hitam dalam apa jua bentuk seperti sihir di dalam dunia serba maju ini, jika ada orang yang masih merasa iri hati dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dan seseorang akan mengunakan ilmu syaitan ini untuk memusnahkan kehidupan dan kerjaya orang lain.

Maka, sila berhati-hati dengan seseorang, walaupun mungkin kita amat percaya kepadanya. Sihir masih laku dan akan dipergunakan terutama di dalam dunia politik. Orang tidak takut kepada kerja syirik ini, asalkan hajatnya tercapai.

Saya dikatakan oleh perawat itu bahawa saya selama hidup ini tidak benar-benar menikmati kehidupan berkeluarga, kerana mengejar cita-cita tinggi itu.

Saya dinasihati untuk memikirkan semula arah cita-cita saya itu.



Saturday, June 12, 2010

KARAOKE & MAJLIS KENDURI KAHWIN

Pada minggu lepas dan minggu ini, sempena cuti sekolah, majlis perkahwinan amat meriah di mana-mana di seluruh negara.

Sayapun banyak terima undangan dan turut hadir 'rewang' pada hari Sabtu dan Ahad lepas di rumah abang ipar saya.

Isnin lepas, biras saya rasa terkilan dengan perangai anak buah yang dianggap tidak tahu rasa hormat dengan orang tua.

Beliau ada sms kepada saya, yang menyentuh perasaan terkilan beliau,
" saya sungguh sedih dan kecewa, pagi-pagi lagi kami balik, anak Ngahpun balik sama. Pengantin lelaki tak salampun pada kami. Hadiahpun tidak dibuka bersama-sama untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka. Bukan karaoke yang boleh merapatkan silaturrahim di antara kita semua. Pak Su dan Mak Supun kecewa.

Isteri sayapun menjawab dengan katanya, "no problem. Pak Su, kami dah agak dan lama rasa 'frust' dengan mereka. Memang budak-budak tu nak kena sebiji. Tak apa, tengah cari idea, macam mana nak sedarkan budak-budak itu dengan maknya sekali".

Biras saya, membalas semula dengan katanya, " la Mak De. Emak yang didik anak. Semuanya berjaya belajar hingga luar negara. Setelah balik ke tanah air, budaya ini yang dibawa. Apa cerita ini. Pak De, Ustaz. Pak Teh, pengarah. Pak Ngahpun sama. Apa cerita ini. Kasihanke mak. Kita semua balik dan hormat kerana ada mak. Saya bukan nak api-apikan. Kita berkumpul sementara mak masih ada".

Isteri saya membalas balik sms dengan katanya, " Budak-budak itu tak mature dan kurang diajar, so kena ada orang yang ajarkan tentang benda-benda ini. Mereka ingat dan fikir hidup ini hanyalah gelak-gelak, makan-makan, hiburan itu sahaja. Dengan mak-mak saudara yang mereka berat ke sanapun, budak-budak itupun, bukan menghayati erti saudara sebenar. Mereka suka duduk-duduk, gelak-gelak tu sahaja. Setakat sehari dua ini, mereka baik dengan saudara sebelah emaknya sahaja. Budak-budak ini nak kena diperbetulkan".

Saya dan isteri sememangnya turut terkilan kerana dua minggu sebulan majlis kenduri tersebut, kami balik kampung bermesyuarat dan tidakpun diperbincangkan mengenai hiburan karaoke.

Malam Ahad suara penyanyi-penyanyi terpekik-pekik dan terjerit-jerit hingga melalak jauh malam, mengganggu ramai jiran.

Kami bercadang, jika ada lagi anak buah nak kahwin, saya dan isteri akan membangkitkan perkara ini dan akan menghalang perkara ini berulang. Sekadar dendangan nasyid tahanlah juga, itupun tak perlulah dipasang terlalu kuat atau sehingga larut malam.

Friday, June 04, 2010

KONSEP BINA RUMAH BUNGALOW



Di atas rumah bungalow setingkat yang sedang di dalam pembinaan di Mukim labu, Sepang yang dibina oleh Al Ansar Properties Sdn. Bhd di bawah Pengarah Urusannya, Muhamad Khanafi Husin.

Rumah ini dibina di atas milik tanah saya. Memandangkan dirasakan amat mudah jika membina rumah dan menjualkannya daripada bercadang menjual tanah sahaja, maka kenalan saya ini telah mencadangkan kepada saya konsep membina rumah dibiayai sepenuhnya oleh pemaju ini, sebelum menjual tanah.

Alhamdulillah, kini urusan penjualan tanah sedang berjalan dengan baik dan sudah ada pembeli.

Sesiapa yang berhajat menjual tanah atau membina rumah di atas tanah sendiri bolehlah berurusan dengan beliau di talian 0193312505.