Monday, September 14, 2009

Royalti Minyak

Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak berjumlah RM1 bilion, namun kenyataan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, permohonan Kelantan masih di peringkat kajian kerana alasannya, kawasan minyak yang dijumpai itu berada di zon antarabangsa dan Perdana Menteri turut melaporkan pada 1 Ogos lalu, proses kajian mendalam wajar dilakukan kerana melibatkan kawasan bertindih.

Menurut Awang Adek Hussin juga, telaga minyak terletak jauh dari pesisir pantai Kelantan.

Kerajaan Kelantan menuntut tunggakan royalti adalah sejak 2004.

Sikap kerajaan Persekutuan

1. Sentiasa melengah-lengahkan tuntutan apabila kerajaan diperintah oleh parti pembangkang, seperti yang terjadi di Sabah dan Terengganu.

2. Kerajaan Pusat berhak dan dianggap sesuai dan amat tetap membelanjakan wang daripada hasil minyak untuk pembangunan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu untuk kegunaan sesuatu negeri tertentu.

3. Alasan yang pelbagai diberi bagi menyelesaikan tuntutan tersebut, namun hakikatnya, tiada kesungguhan dan kajian mendalam dilaksanakan segera.

4. Kerajaan Pusat menuduh kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut royalti kerana royalti minyak bukan milik negeri sebagai kenyataan Menteri MITI, Datuk Mustapa Mohamed, semasa pilihananraya kecil Manek Urai.

5. Petronas wajar bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang sebenar dan bukan bermain politik.



1 comment:

ahmadnizamhamid said...

Salam,
baru terjumpa blog ini.paparan menarik dan perlu diteruskan.

sempena adilfitri,kami sekeluarga menghulurkan salam silaturahim.
jika ke chenor/temerloh,sukacita menghubungi saya,insyaAllah.