Friday, March 15, 2013

Kagum

Ada manusia merasa kagum terhadap kehebatan diri sendiri sehingga memandang rendah keupayaan orang lain.

Seseorang itu akan menjadi sombong, angkuh, bongkak dan megah.

Sifat demikian ini merupakan cita-cita dan kehendak nafsu dan hasutan iblis yang menyesatkan.

Agenda manusia yang lalai dan lupa ini boleh kita temui pada orang kaya yang tamak dan rakus, orang politik yang gilakan kuasa dan mabuk pengaruh dan orang yang miskin merasa diri dihargai, namun hakikatnya maruah diri dijual dengan tukaran harga benda yang murah.

Friday, January 11, 2013




Gambar kenangan semasa di SAAS, Kuala Selangor. Moga teman-teman yang masih ingat boleh berhubung untuk bersuai kenal semula.

Tuesday, April 03, 2012

Majlis Perpisahan








Majlis Perpisahan di Korporat yang dirakamkan pada 30 Mac 2012 (Jumaat). Hadiah disampaikan oleh Datuk CEO. Kelihatan dalam gambar ialah TKE (Korporat), Pengurus Besar Bahagian Korporat, Pengurus Cawangan Perancangan & Dasar dan Pengurus Aduan.



Saturday, March 10, 2012

Gambar Kenangan Program penyerahan beg sekolah di Puncak Alam Fasa 1




Program pada 4 Mac, 2012 (Ahad) menemui penduduk, bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat, Jeram menyerahkan 40 beg sekolah sumbangan kerajaan Negeri.


Tuesday, December 06, 2011

NIKMAT HIDUP

Hujung tahun mula menjelang. Urusan pejabat masih banyak yang perlu diselesaikan. Urusan keluarga begitu juga. Kedua-dua urusan mencari nafkah dan mengurus keluarga perlu dibereskan pada suatu masa.
j
Ditambah pula, kerja-kerja persatuan, surau dan politik memerlukan tenaga, buah fikiran, masa bahkan wang ringgit.

Sememangnya letih, penat dan terasa bebanan untuk melaksanakan semua tanggungjawab serentak, namun apabila memikirkan tentang anugerah yang Pencipta berikan, dengan keupayaan kewangan, kenderaan, kesihatan dan pencapaian kerjaya, terasa rendah diri kepadaNya, jika tidak melaksanakan suruhannya; bersama-sama dengan teman-teman menunaikan hak Allah, Rasul dan umat seluruhnya.

Sejak dua bulan lepas, out station, bermesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), di Kota Kinabalu, seterusnya di Langkawi, wakil Malaysia SLOM WG, ASEAN dan hari ini baru selesai Program Memupuk Keharmonian di Johor Bahru, terasa terubat dapat mencuri-curi masa bertemu/menziarah kawan-kawan lama di negeri Johor, Kedah dan Johor, walaupun sibuk dengan urusan kerja (OGS).

Hidup ini sebenarnya punya keseronakan tersendiri pada sesiapa yang ingin melihat sesuatu usaha yang dilakukan untuk dikecapi di hari kemudian.

Maka, walaupun kita rasa teramat-amat penat, lakukanlah dengan ikhlas, redha, sentiasa memohon taufik hidayahNya, semoga yang dilaksanakan memperolehi ganjaran di sisiNya, itupun terpulang kepadaNya jua.

Pengorbanan masa,. tenaga, fikiran dan ringgit serta sen janganlah dikira-kira sangat. Laburkan diri berbakti kepada Pencipta melalui aktiviti yang kita minat dan suka, maka terasa hidup ini ada maknanya.


Tuesday, November 15, 2011

DAFTAR HAJI

Walaupun pada hari ini, kalau ikutkan hati, memang kerja sentiasa menunggu di pejabat, namun ada baki cuti, saya ambillah juga kerana hendak menyelesaikan urusan anak.

Terlintas di hati ke Tabung Haji di Kelana Jaya. Dirasakan hati ini ingin ke tanah suci semula menemui Baitullah.

Sayapun daftar hari ini, 15 November 2011 dan perlu memberikan pembayaran sejumlah RM1,300.00.

Saya diberikan sehelai kertas dan dimaklumkan; tercatat hanya boleh berangkat ke Makkah pada tahun 2043. Kalau begitu keadaannya, kalau ikut prosedur biasa perlu tunggu 32 tahun lagi dan masa itu saya kalau masih hiduppun sudah mencecah umur Tun Dr. Mahathir.


Tuesday, October 04, 2011