Sunday, January 18, 2009

Gambar-Gambar Yang Dirakamkan Sejak 2006

Sekadar mengimbas kembali kenangan yang ada. Beberapa gambar yang sempat diambil sejak tahun 2006. Aku ketika ini sedang berusaha untuk mengumpulkan gambar-gambar yang ada untuk tatapan semua bagi berkongsi pengalaman dan memori. Sila layari Razali's FotoPage - Fotopages.com untuk gambar penuh.

AGM Kelab Melayu Hull

Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya Kelab Melayu Hull telah berjaya mengadakan AGMnya pada hari Sabtu, 17 januari, 2009, jam 1.30 tengahari. AGM tahun ini telah membuat pemilihan EXCO untuk tempoh dua tahun 2009/2010. Mereka yang telah berjaya dipilih di dalam pemilihan ini ialah:

Pengerusi: Sdr Shafudin Mohd Yatim

Tim. pengerusi : Sdr Meor Azli Meor Ayub

Setiausaha: Sdr Mohd Zuber bin Hasbullah

Bendahari : Sdr Ahmad Rohidi

Ketua Wanita: Sdri Noriza bt Mohd Jamal

Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih. Diharapkan amanah yang diberi ini akan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin bagi meneruskan tradisi keharmonian dan persaudaraan masyarakat Melayu Hull. Selamat maju jaya. Sila tatapi gambar yang diambil oleh temanku, Hasmi semasa AGM 2009/2010 berlangsung.

Gotong Royong Angkut Barang

Pada kelazimannya, apabila ada pelajar yang akan pulang ke tanah air, setelah tamat pengajian, tentunya akan balik terus balik ke Malaysia, melainkan ada urusan kerja, maka seperti biasalah, kami di Hull ini akan bergotong royong mengangkut barangan peribadi mereka termasuklah tempahan dari ahli kelurga, sanak saudara dan rakan taulan. Ada jugalah teman-teman di sini yang rasa hendak hantar barang lebih awal, turut serta dan bolehlah tumpang ‘sekaki’.

Pada 16 Januari yang lalu, bersamaan hari Jumaat, mulai jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari, kami beramai-ramai membantu mengangkut barang seorang adik ‘undergrad’, Khairul Nizam yang telah menghabiskan kursusnya dan akan pulang ke Malaysia pada esoknya, Sabtu, 17 Januari, 2009. Lihatlah gambarnya, ‘handsome’ ke tidak? Sebelum pagi Jumaat itu, hari Khamis, aku dan isteri turut sibuk melabel dan merekodkan senarai 14 kotak, sebuah beg dan membungkus 2 trolley yang hendak dibawa balik ke Malaysia atas pesanan rakan rapat dan iparku.

Teman ini bernasib baik harga ’20 ft shipping container’ yang ditawarkan dikenakan bayaran £750.00. Kalau tidak berharga £850.00, sebabnya menggunakan nama ada seorang rakan kami, Pn Rozalina, seorang ‘PhD student’ yang sudah biasa menghantar beberapa kontena balik ke Malaysia dan terpaksalah kami mengangkut barang di tempat beliau di rumahnya di 436 Inglemire Lane, Hull.

Aktiviti gotong royong ini dirasakan meriah kerana:-

i) Kami dapat berkumpul bertanya khabar dan seterusnya meringankan kerja mengangkut barang tersebut. Padaku semuanya dapat berperanan dengan baik, terutama mereka yang hendak menyusun di dalam kontena tersebut. Nampaknya, mereka cukup mahir kerana terdapatnya almari Italian bercermin dan kotak yang mengandungi barangan pinggan mangkuk (fragile). Pada hari itu, walaupun kami tidaklah berapa ramai, namun semuanya dapat diselesaikan kira-kira jam 10.35 pagi. Aktiviti 'berkebajikan' ini tetap diteruskan dan setiap keluarga akan merasainya apabila tiba masanya nanti. Kami akan tetap membantu sesama teman agar teman lain yang akan berangkat pulang nanti turut dibantu oleh rakan-rakan baru yang lain. In other words, by working together, we'll be able to get closer to each other, thus building a better brotherhood or neighborhood.

ii) Aktiviti makan adalah kemuncaknya. Pada amnya, tuan rumah akan bersusah payah menyediakan juadah tengahari dan kami turut menikmati kuih muih yang disediakan oleh beberapa keluarga yang lain. Setelah selesai mengangkut barang, kami akan makan beramai-ramai sehingga menjilat jari. Teman-teman kita yang masih bujang, apatah lagi, inilah peluang menikmati hidangan kakak-kakak mereka. Dapur mereka tidak perlu berasap tengahari itu.