Tuesday, December 06, 2011

NIKMAT HIDUP

Hujung tahun mula menjelang. Urusan pejabat masih banyak yang perlu diselesaikan. Urusan keluarga begitu juga. Kedua-dua urusan mencari nafkah dan mengurus keluarga perlu dibereskan pada suatu masa.
j
Ditambah pula, kerja-kerja persatuan, surau dan politik memerlukan tenaga, buah fikiran, masa bahkan wang ringgit.

Sememangnya letih, penat dan terasa bebanan untuk melaksanakan semua tanggungjawab serentak, namun apabila memikirkan tentang anugerah yang Pencipta berikan, dengan keupayaan kewangan, kenderaan, kesihatan dan pencapaian kerjaya, terasa rendah diri kepadaNya, jika tidak melaksanakan suruhannya; bersama-sama dengan teman-teman menunaikan hak Allah, Rasul dan umat seluruhnya.

Sejak dua bulan lepas, out station, bermesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), di Kota Kinabalu, seterusnya di Langkawi, wakil Malaysia SLOM WG, ASEAN dan hari ini baru selesai Program Memupuk Keharmonian di Johor Bahru, terasa terubat dapat mencuri-curi masa bertemu/menziarah kawan-kawan lama di negeri Johor, Kedah dan Johor, walaupun sibuk dengan urusan kerja (OGS).

Hidup ini sebenarnya punya keseronakan tersendiri pada sesiapa yang ingin melihat sesuatu usaha yang dilakukan untuk dikecapi di hari kemudian.

Maka, walaupun kita rasa teramat-amat penat, lakukanlah dengan ikhlas, redha, sentiasa memohon taufik hidayahNya, semoga yang dilaksanakan memperolehi ganjaran di sisiNya, itupun terpulang kepadaNya jua.

Pengorbanan masa,. tenaga, fikiran dan ringgit serta sen janganlah dikira-kira sangat. Laburkan diri berbakti kepada Pencipta melalui aktiviti yang kita minat dan suka, maka terasa hidup ini ada maknanya.


Tuesday, November 15, 2011

DAFTAR HAJI

Walaupun pada hari ini, kalau ikutkan hati, memang kerja sentiasa menunggu di pejabat, namun ada baki cuti, saya ambillah juga kerana hendak menyelesaikan urusan anak.

Terlintas di hati ke Tabung Haji di Kelana Jaya. Dirasakan hati ini ingin ke tanah suci semula menemui Baitullah.

Sayapun daftar hari ini, 15 November 2011 dan perlu memberikan pembayaran sejumlah RM1,300.00.

Saya diberikan sehelai kertas dan dimaklumkan; tercatat hanya boleh berangkat ke Makkah pada tahun 2043. Kalau begitu keadaannya, kalau ikut prosedur biasa perlu tunggu 32 tahun lagi dan masa itu saya kalau masih hiduppun sudah mencecah umur Tun Dr. Mahathir.


Tuesday, October 04, 2011

Sunday, September 04, 2011

Syawal Dan Haji

Ramadhan sudahpun beberapa hari berlalu. Ketibaan Syawal tanda kemenangan kepada mereka yang tekun beribadat dan merapatkan diri kepadaNya. Maaf zahir dan batin dipinta dari saya sekeluarga.

Walaupun Syawal tiba, saya mendoakan semua teman di mana jua anda berada, sentiasa berlumba-lumba menunaikan kewajipan kepada Ilahi, mengikhlaskan diri dan mencari redhaNya semata-mata.

Mudah-mudahan bulan haji sudahpun menjelang, ada antara kita yang bersiap sedia untuk ke tanah suci, menyahut panggilan Ilahi. Kepada teman yang dipanggil dan akan menziarahi Rasul Muhammad s.a.w. pada tahun 1432 Hijriah ini, diucapkan tahniah dan semoga memperolehi haji mabrur.

Selamat berangkat dan sentiasa berjihad di jalanNya.


Saturday, July 16, 2011

Akhlak

Adab ketika berjalan kaki/bersiar-siar

Manusia hidup dengan akhlak. Salah satu adab yang ingin dikongsi bersama adalah adab ketika berjalan kaki.

Ramai yang saya jumpa, ketika bertemu atau berjumpa jarang senyum dan bersapa atau ingin berkomunikasi (bercakap), melainkan orang yang sudah dikenali.

Adab penting seperti berikut:

1. Mulakan doa kepada Allah, sekurang-kurang membaca bismillah
2. Menutup aurat
3. Memaakai kasut
4. Mulakan dengan langkah kanan
5. Niat berjalan untuk tujuan yang baik sahaja
6. Meminta izin daripada keluarga/ketua keluarga/ibubapa apabila hendak keluar rumah
7. Berhati-hati semasa berjalan dengan mengikut peraturan
8. Menundukkan sedikit kepala ketika berjalan
9. Memberi salam ketika bertemu sesama Islam
10. Memberi laluan kepada orang yang lebih tua


Thursday, June 23, 2011

KABINET PAS SELANGOR SESI 2011-2013

PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR PADA 20 JUN 2011

PJ: YB.DR. ABD RANI OSMAN

TP1: YB. ISKANDAR ABDUL SAMAD

TP2: UST. SALLEHEN MUKHYI

TP3: YB. KHALID ABD SAMAD

S/U: MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN

BENDAHARI: IR. IZHAM HASHIM

KETUA PENERANGAN: YB SAARI SUNGIB

PENGARAH PILIHANRAYA: JAAFAR SAMSUDIN

AJK

YB. DATO’ DR. HASAN MOHAMAED ALI

AHMAD MOHAMAD

MOHD SANI HAMZAN

ABDUL RAHMAN SADIKIN

YB. DR. HALIMAH ALI

USTAZAH MARIAM ABDUL RASHID

NORAINI HUSIN

Saturday, June 11, 2011

KEBERSIHAN KERETA

Saya tidaklah kerap menumpang kereta kawan untuk ke mana-mana, namun sekali sekala, adalah kesempatan naik kereta 'member' bila ada 'hal bersama' ke satu-satu tempat.

Kereta apa jenis, kecil ke besar, saya tak kisah, tetapi saya kisah tentang kebersihan di dalamnya. Maaf, cakap, macam-macam ada, bersepah-sepah dan boleh saya sifatkan, macam tempat kucing beranak.

Saya selalu pesan kepada anak-anak, jika hendak ajak kawan naik kereta sekali pergi 'berjalan-jalan', pastikan tayar, minyak cukup dan ada bawa 'belanja' serta terpenting, buang benda-benda yang tak patut dan bersihkan 'cushion' dan nampak selesa dan kemas. Kalau ada pewangi, lagi bagus, tetapi syarat setelah benar-benar bersih dan tak ada bau busuk.


Wednesday, June 08, 2011

NICE WORDS


'I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow.'

'I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life.'

'I've learned that making a 'living' is not the same thing as making a life.'

'I've learned that life sometimes gives you a second chance.'

'I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back...'

'I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision..'

'I've learned that even when I have pains, I don't have to be one..'

'I've learned that every day you should reach out and touch someone. People love a warm hug, or just a friendly pat on the back...'

'I've learned that I still have a lot to learn..'

'I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.'


Friday, May 13, 2011

Selamat Hari Guru

Gambar diambil daripada blog As-Sarawaki


Kepada semua guru diucapkan Selamat Hari Guru.

Mudah-mudahan semua guru adalah pejuang dan pendidik anak bangsa.

Bakti guru akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.

Tarikh 16 Mei adalah tanda penghargaan kepada semua guru.

Teruskan perjuangan anda semua sebagai penyuluh kehidupan.

Kepada teman-teman guru di Jeram dan di Kuala Selangor, bakti anda tetap dikenang.

Tuesday, April 05, 2011

UMRAH

Kali terakhir saya ke tanah suci pada tahun 2005. Pada tahun tersebut saya bersama adik ipar, ibu mentua, isteri menunaikan ibadat umrah kerana merasakan sudah terasa lama tidak menziarahi Rasulullah s.a.w. selepas menunaikan haji pada tahun 2001.



Desakan adik ipar yang sudah agak lewat usia untuk bertemu jodoh, akhirnya terpanggil ke tanah suci untuk bermunajat, memohon hajat, berdoa sungguh-sungguh agar bertemu jodoh dan akhirnya dalam masa yang dianggap singkat, adik ipar dilamar, bertunang dan berkahwin.



Pada 22 Mac hingga 4 April 2011, saya berkesempatan dan bersyukur dapat pergi semula ke tanah suci selepas enam tahun berlalu bersama emak sendiri yang sudah berusia 69 tahun, isteri dan anak perempuan saya.



Kali ini saya berurusan dengan C. S. Holidays Sdn. Bhd. untuk berangkat ke tanah suci dan dapat menunaikan ibadat ini dengan sempurna dengan bimbingan ustaz, mutawwif yang terlatih.



Dirasakan selepas beberapa tahun kebelakangkan ini, kehidupan semakin mencabar dan ujian pelbagai ditempuh dan menuntut saya ke tanah suci untuk membuat beberapa keputusan penting di dalam aspek kerjaya, memohon hajat mudah-mudahan dipermudahkan pintu rezeki dan diberi kejayaan anak-anak di dalam apa jua bidang yang akan diceburi. Kami memohon agar hidup ini sentiasa diberi keselamatan dan kesejahteraan, di samping diberikan keyakinan serta bertambah kelazatan di dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.



Pelbagai doa kami panjatkan kepada Allah s.w.t., namun saya pohon dapat bertemu Rasulullah s.a.w. saban tahun, terasa rindu untuk terus bersama dengannya, mati di dalam iman, ketaatan dan mati di Madinah.



Ustaz yang membimbing kami ada menjelaskan sesiapa yang mati di kota suci Madinah akan terlepas daripada azab kubur dan ahli-ahli kubur di perkuburan Baqi' akan dibangkitkan lebih awal bersama-sama nabi Muhammad s.a.w. di barisan pertama menuju ke padang mahsyar.



Saya dapat minum air zamzam berliter-liter setiap hari bahkan isteri dan anak saya berkesempatan mandi air zamzam setiap petang di Makkah untuk memulihkan semangat dan kesihatan.



Hari ini ada beberapa teman yang sempat menziarahi saya di rumah dan dapat merasa pelbagai jenis kurma yang dibeli terus daripada ladang kurma di Madinah.



Mudah-mudahan ada teman yang bercadang ke tanah suci dan boleh memilih bulan Mac/April, cuaca yang masih nyaman, hampir sama suhu dengan kita di Malaysia.








Sunday, January 30, 2011

REUNION PELAJAR SAAS 1975-1979






Hari Sabtu, 29 Januari 2011, saya dan beberapa kenalan lama, semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor dapat bertemu selepas 30 tahun yang lalu.

Terima kasih tidak terhingga kepada Jawatankuasa yang dibentuk terutama kepada teman Jaafar Sidek Kamsah, Kamaruddin Arif, Khairuddin Abdul Rahman yang sudi berkongsi maklumat dan menjemput ke program reunion tersebut.

Perasaan bercampur-campur, gembira bahkan terasa sayu, bila dinyatakan ada beberapa teman yang telahpun meninggal dunia.

Semuanya nampak sihat dan berjaya di bidang masing-masing. Kepada Dr. Mohd Saupi Hj. Md Said, Mohd Aris Mohd Arif, Ahmad Suratman Hayroni dan yang lainnya, semoga semuanya sihat dan maju di dalam lapangan masing-masing.

Boleh layari facebook Reunion SAAS 1979 untuk paparan selanjutnya.